September 24, 2019

SERVIS KERETA DI CASUMINA TYRE (M) SDN BHD

Assallammualaikum






Hari itu Shailla bawa anak pergi jalan-jalan ke Aeon Mall Shah Alam. Sebelum ke Aeon Mall Shah Alam, Shailla singgah dahulu servis kereta di Pusat Servis Kenderaan dan Tayar di area Shah. Nama pusat servis itu adalah Casumina Tyre (M) Sdn Bhd yang terletak di kawasan kilang area Seksyen 15 Shah Alam. Memang besar dan luas pusat servis ini.



Antara servis yang Shailla buat ketika berada di sini adalah seperti tukar minyak enjin, penapis minyak dan minyak auto (ATF).



Enjin dan minyak memang tidak dapat dipisahkan dalam dunia kenderaan berenjin. Untuk minyak enjin, Shailla pilih minyak enjin dari jenama Casumina Tyre sendiri iaitu G-energy Gazpromneft di mana minyak enjin mereka adalah tulen dan berkualiti yang di import dari Italy, Russia & Jepun. Fungsi minyak enjin ini adalah membersihkan, melincirkan dan menyejukkan komponen dalaman enjin, sekali gus menghalang kerosakan berlaku. Minyak enjin berkualiti tinggi dan sesuai akan memastikan kelancaran serta memanjangkan usia enjin.

Kalau sudah tukar minyak enjin, harus juga tukar penapis minyak bagi membersihkan minyak enjin sebelum disalurkan ke seluruh komponen dalaman enjin yang bergerak. Penapis minyak akan memastikan tiada jelaga, logam atau bendasing yang sangat kecil (15-40 mikron) menembus masuk yang boleh menyebabkan komponen enjin saling bergesel.



Kebiasaannya, ramai pengguna akan tukar penapis minyak ketika servis minyak enjin tetapi ramai yang tidak tukar auto filter ketika servis minyak auto (ATF). Auto filter adalah penapis pada gearbox yang berfungsi untuk menapis minyak auto dari kotoran terutamanya habuk besi. Jika auto filter tidak ditukar mengikut jadual, ia akan mengundang kepada masalah filter TERSUMBAT. Tekanan hidraulik dalam gearbox akan terganggu dan terdedah pada masalah pertukaran gear yang tidak lancar. Menyedari akan kepentingan minyak auto, jadi Shailla buat keputusan untuk menukar menukar minyak auto sekali.


Foreman dia pula buat kerja sangat teliti. Dia servis kereta ibarat macam dia servis kereta dia sendiri. Semua dia periksa untuk memastikan kenderaan dalam keadaan baik.


Paling seronok adalah kereta Shailla siap dicucikan sekali. Elok la tu, sejak jerubu ni, kereta pun cepat sangat berdebu. Tambah pula parking bawah pokok lagilah dengan daun dan ranting kecil terselit sana sini.



Sebelum cuci kereta, kena cuci enjin dahulu. Korang boleh lihat perbezaan antara gambar di atas enjin nampak berhabuk dan kotor manakala gambar di bawah adalah setelah dicuci memang nampak berkilat dan bersih sahaja.



Pada yang hadapi masaalah tayar bocor, rosak atau bunga tayar dah botak, jangan risau di Casumina Tyre korang boleh dapat tayar baru dengan harga yang murah dan berpatutan. Kalau korang nak tahu,di Casumina Tyre ada jenama tayar mereka sendiri. Tayar mereka adalah buatan China. Walaupun buatan dari China tapi berkualiti.


Untuk menambahkan lagi ciri-ciri keselamatan pada tayar  korang, di Casumina Tyre juga ada menjual safety bar yang mana bertujuan untuk memastikan pengendalian kereta terutama di selekoh, lebih kemas dan tidak 'buang' atau gelong.

Untuk info lanjut boleh klik link  ini https://www.facebook.com/mycasumina/

Sekian Terima Kasih

No comments:

Post a Comment

Logo KBBA

REVIEW : SUKA SUSU KAMBING COKELAT

Susu sememangnya bagus untuk kesihatan tubuh badan secara keseluruhan. Ia mengandungi sumber kalsium dan fosforus yang baik. Susu juga membe...