January 27, 2013

Kick Off to Sabah-Water Rafting

Assallamualaikum^^


hai semua...ini merupakan aktiviti terakhir sebelum balik.First time saya juga saya cube water rafting,Sebelum ini tidak pernak cuba pun.Actually aktiviti ini sangat-sangat best.Selain dapat memupuk semangat kerja sama antara pasukan.


 yang belakang itu adalah pasilator kitaorang dan pengudi yang penting.Dia yang kawal dan mengimbangkan pergerakkan bot yang kitaorang dayung.

walaupun banyak rintang tapi still dapat mengharungi arus sungai.Arus pula bergantung ada beberapa tempat agak deras dan ade beberapa tempat tenang sahaja.

Sungai ini sangat cantik begitu juga dengan pemandangan disitu.Selain airnya yang bersih dan udara yang segar sekali.

Akhirnya kitaorang sampai juga^^.Habis aktiviti ini,kami pun berangkat ke Kota kinabalu airport untuk pulang...

Sekian...bubye...

January 20, 2013

kick Off to Sabah-Drive Motivation

Assallamualaikum^^


Pada 17 to 19 haribulan yang lepas,tempat kerja saya buat rombongan ke Kota Kinabalu Sabah.Kami menginap di Kinabalu Daya Hotel.Kinabalu Daya Hotel ini terletak ditengah bandar Kota Kinabalu. Kemudahan dan perkhidmatan hotel ini juga bagus.

Drive Motivation


Ini adalah aktiviti pada hari pertama yang dilakukan apabila sampai di Sabah iaitu drive motivation.Aktiviti ini berlula dari pukul 12.00 tengahari hingga 6.00 petang.Drive motivation ini adalah presantation yang boss bentangkan  untuk memberi info berkenaan marketing,sale dan juga target yang perlu dicapai.Sebelum ini selalu training dekat UITM,then bila masuk alam perkerjaan bila ada trainning jadi culture shock jugalah kerana cara yang berbeza.


Okay ini adalah perkerja contoh yang baik..Apabila mata start rase mengantuk itulah hasilnya..^^

Makan Malam


Juadah diatas adalah menu makan malam kami semasa disana..masakannya boleh tahanlah tapi saya kurang minat sangat sebab dia masakan ala-ala cine.Apa-apa pun masak orang melayu juga terbaik..huhuhu...^^


Antara gambar diambil semasa makan malam di restoran itu^^


Ini adalah gambar-gambar diatas diambil selepas makan malam.Actually suasana time malam disini sangat meriah berbanding dengan Sarawak.Sarawak time malam kebanyakkan kedai sudah tutup tapi disini still buka lagi.Selain itu banyak lampu-lampu yang menghiasi tempat ini menjadikanya nampak ceria.


Antara tarikkan ditempat ini adalah Pasar filipina tidak silap nama die..Terdapat banyak barang cenderahati dan juga mutiara yang dijual disitu.Memang rambang matalah dibuatnya semua barang rasa nak beli...huhuhu.Tapi saya tidak banyak shopping pun,tengah bulanlah katakan...^^

Sekian..Terima kasih..Bubye^^

January 13, 2013

MAjlis cukur jambul Aleesha Malaiqah

Assallamualaikum^^


HAi semua,entry kali ini adalah serba sedikit story majlis cukur jambul my lovely anak buah Aleesha Malaiqah.Sebelum itu,apa itu cukur jambul?Sebenarnya ia adalah kali pertama bayi bergunting rambut, dilakukan mengikut tradisi Melayu. Ia adalah satu upacara tradisi yang penting yang diadakan supaya keluarga dapat berkumpul beramai-ramai untuk mengukuhkan ikatan dan menyambut kedatangan bayi ke dalam keluarga.



Dalam kenduri cukur jambul yang tradisional, rambut bayi akan dicukur dan kemudian ditanam. Ahli keluarga terdekat selalunya dijemput untuk menyaksikan upacara tersebut. Selalunya, doa dibacakan atau dinyanyikan (marhaban atau berzanji). Sambutan secara lain bergantung kepada tradisi keluarga dan adat setempat. 


Okay..mata dia memang sangat bulat..ada macam mata Heliza Helmi tak?huhuhu


Okay..pelamin itu,saya,adik dan kakak ipar yang hias dan reka tau^^cantik tak?hihihi



Dua diatas gamabar saya dengan adik,actually kalau kitaorang keluar atau bersama ramai tidak percaya dia adik saya^^hebat tak?huhuhu


Budak kecik saya pangku tu nama dia fitri and die memang suke ketawa^^

Sekian..bubye^^

January 09, 2013

Trick Art Museum

Assallamualaikum^^


Pada hari ahad yang lepas,saya berpeluang melawat trick art museum di ict,sangat teruja melihat lukisan-lukisan 3D yang di pamerkan disitu.Antaranya adalah:

alamak tak sempat nak tadah...air dah melimpah..huhuhu

 sukanya buaya nak makan kite^^

sukanya dia kena makan ikan paus...huhuhu...



Okay...best dapat peluk dia...demukkk dan gebu...huhuhu

Okay...jangan pergi dekat dia..

Spiderman...please safe me^^

Hahaha..mumia makanlah saya^^


Jom pergi melancong^^

Gorila lawan manusia

koboi boy^^

pingu-pingu...comelkan

real x saya lukis monalisa...huhuhu

orang dalam frame...frame dalam orang^^

alamak seluar kena tanggal^^


jom cari harta karun^^


Sekian Terima kasih..bubye^^


January 08, 2013

Bintik minyak atau Oils Glands dibawah MATA

Assallamualaikum^^


HAi semua,kali ini ini saya nak cerita pasal bintik minyak atau oil glands yang selalu kelihatan dibawah mata.Apa yang saya alami adalah bintik minyak ini selalu terjadi apabila saya memakai  garnier light eye roll on pada bawah mata.Pada mulanya bintik minyak itu tidak kelihatan,tapi lama kelamaan makin kelihatan.So sy buat keputusan untuk stop memakai garnier light eye roll on.Alhamdulillah dalam masa seminggu bintik minyak itu semakin hilang...hilang dan hilang...^^ Selain itu juga,faktor lain yang menyebabkan terjadinya bintik minyak adalah kita mencuci make up dimata dan juga bawah mata dengan menggunakan baby oil, minyak zaitun atau apa-apa produk yang berminyak.Jika krim muka terlalu berminyak juga boleh menyebabkan pembentukan bintik bawah mata.Sekarang saya menggunakan krim kontur mata dari jenama safi balqis,buat masa ini tiada bintik minyak yang kelihatan.


fungsi krim ini adalah untuk mengurangkan lingkaran gelap dengan formula ringan dan cepat meresap tanpa menyebabkan pembentukan bintik minyak di bawah mata.

P/S:kawasan bawah mata adalah sangat sensitif dan nipis.

Petua Traditional untuk penjagaan mata^^
  • AIR BATU => tuam dekat mata selama mungkin.
  • TEH UNCANG => yang dah habis pakai punya yaaa..suam-suam letak pada mata sambil tido
  • TIMUN => hiris nipis letak pada mata sambil baring-baring
Sekian..Bubye^^

January 03, 2013

Kepentingan toner/penyegar muka

Assallamualaikum^^


Hai...semua...entry kali ini nak story sikit tentang kepentingan toner.Actually toner itu agak penting dalam penjagaan wajah..tapi toner itulah yang selalu kita malas pakai,termasuklah saya..hahaha...so kawan-kawan jom kite dalami kepentingan toner dalam penjagaan wajah..^^

Terdapat banyak salah fahaman tentang tugas atau peranan toner... Toner atau penyegar ni salah satu benda yang penting dalam proses pembersihan wajah. Kenanpa? Kerana ianya merupakan bahan untuk meninggalkan sisa-sisa yang tertinggal semasa membersihkan wajah tadi dan jugak menyediakan kulit muka kita untuk di letakkan pelembab.

Jika anda mempunyai kulit yang normal, kombinasi ataupun berminyak, anda boleh gunakan toner atau penyegar yang mempunyai kandungan alkohol yang rendah. Dan jika anda mempunyai kulit disekitar normal dan kering, maka selok-eloknya gunakan toner atau penyegar yang bebas alkohol.

Toner/penyegar merupakan bahan terpenting dalam satu 'skin regime'.Toner/penyegar berfungsi untuk menutup liang roma anda. Sebelum skrub muka, harus menutup liang roma dahulu, untuk mendapatkan pengelupasan sel kulit mati yang optima.

Sekian...Bubye

January 02, 2013

Sambut Tahun Baru di Shah Alam

Assallamualaikum^^

Hai semua...apa khabar...belum terlewat lagi mengucap Selamat Tahun Baru kepada semua pembaca...Alhamdulillah...jumlah follower saya sudah mencecah 100..terima kasih kepada semua yang sudi follower saya dan juga sudi support saya..Tahun baru semalam, saya  dan juga family sambut new year di Bukit Cahaya Seri Alam,ShahAlam..apa yang ada disana yer?


Di Bukit Cahaya Seri Alam ini,tempat yang menjadi tarikkan pengunjung adalah rumah iklim sederhana empat musim.Selain itu terdapat juga beberapa tempat menarik antaranya :

Taman & Kebun
Taman Haiwan
Taman Hiasan
Taman Rempah Ratus & Pelbagai Minuman
Taman Kaktus
Taman Buah-buahan Tropika
Empangan/Tasik
Kampung & Chalet


jom melancong...huhuhu...korang nak pergi mana? saya pilih nak pergi Paris...huhuhu...


snowman menyorok dibelakang sane...


Ini adalah beruang kutub Shah Alam..hahaha


tiga gambar diatas adalah suasana dalam umah salji dan decoration yang dipamerkan didalam rumah salji itu.Antaranya adalah beruang kutub dan penguin.Untuk pengetahuan semua,rumah salji ini sangat sejuk dan agak terhad...^^


my lovely mama dan abah^^


untuk rumah dibelakang,saya pun tidak tahu motif dia direka dan diletakkan dtgh halaman..anggap sajalah contoh rumah traditional lama...^^



Dua budak demukk..huhuhu


Merenung masa depan sekejap



Ada gaya model x?hahaha..just kidding...


okay..my mama buat muka takut,padahal berlakon je tuu^^

Sekian...bubye...^^
Logo KBBA

REVIEW : SUKA SUSU KAMBING COKELAT

Susu sememangnya bagus untuk kesihatan tubuh badan secara keseluruhan. Ia mengandungi sumber kalsium dan fosforus yang baik. Susu juga membe...