May 21, 2014

Penghantaran Borang Nikah

Assallammualaikum

Hai semua apa khabar? di harap dalam keadan sihat selalu. Okay kali ini entry shaila berkisar tentang pengahantaran borang nikah. Boarang nikah korang boleh dapat di lawan web jais. Boarang nikah ada 2, satu untuk lelaki dan satu untuk perempuan, lelaki perlu selesaikan dahulu urusan borang nikah baru di turti oleh perempuan. Apabila pihak lelaki sudah siap borang nikahnya berserta cop oleh iman masjid, borang itu hendaklah di serahkan pada pihak perempuan untuk di bawa cop oleh tok kadi. Semasa penghantaran borang, macam shaila, abah shaila dan juga saksi yang uruskan. Apabila sudah siap mendapat pengesahan  tok kadi, borang itu harus dibawa ke pejabat agama islam di shah alam.


Ketika penghataran borang nini, korang boleh pergi sorang atau seeloknya pergi berpasangan sebab semasa shaila hantar borang, shaila pergi sorang, kemudian pegawai di kaunter itu bertanya juga mana bakal pengantin lelaki.


Selain itu, sebelum penghantaran, korang kena pastikan betul-betul daerah korang sebab satu pasangan ini, diorang lain daerah jadi borang diorang tidak boleh di sahkan oleh pejabat agama islam shah alam.


Proses penghantaran borang di shah alam agak teratur kerana semasa shaila, proses pengesahan itu, makan masa dalam 30 minit sahaja dan tidak perlu menunggu lama. Kadang-kadang yang merumitkan adalah apabila hantar borang tidak lengkap atau maklumat salah. itu yang buat proses pengesahan jadi lama.



Borang untuk ambil kad nikah juga di beri pada hari hantar borang pemgesahan nikah. Okay, apabila borang semua siap di cop, korang perlu bawa balik dan serahkan pada tok kadi masing-masing. kemudian done!! boleh lah nikah..hihihih

Sekian Terima Kasih

May 07, 2014

Pendaftaran Online Borang Nikah

Assallammualaikum


Hai semua apa khabar? diharap dalam keadaan sihat sejahtera. Okay Kali ini shaila hendak cerita tentang pendaftaran Borang Nikah secara Online. Cara pendaftaranya adalah :

Pertama klik laman web ini : http://ncr.jais.gov.my/


Kedua korang kena mendaftar dahulu dengan mengisi semua butiran yang di sediakan.


Ketiga korang boleh log ini menggunakan ID dan Kata Laluan yang telah korang daftarkan itu. Kemudian korang kena isi borang Seperti yang tertera seperti dibawah :

Prosedur permohonan perkahwinan (lelaki)


Prosedur permohonan perkahwinan (perempuan)

Sekian Terima Kasih
Logo KBBA

REVIEW : SUKA SUSU KAMBING COKELAT

Susu sememangnya bagus untuk kesihatan tubuh badan secara keseluruhan. Ia mengandungi sumber kalsium dan fosforus yang baik. Susu juga membe...