June 26, 2014

Percutian Ke Gold Coast Morib Resort

Assallammualaikum


Hai semua...apa khabar? sudah rasa lamanya shaila tidak update blog, sudah bersawang jadinya...hohoho. Okay entry shaila kali ini, Shaila hendak cerita percutian shaila bersama family mertua..hikhikhik.Pada 14/6/2014 yang lepas, shaila pergi bercuti ke Gold Coast Morib Resort selama 2 hari satu malam.


Sebelum sampai ke Gold Coast Morib Resort, Kami singgah di pantai  morib dahulu untuk menikmati makan tengahari dan bersiar-siar sebentar sambil main layang-layang kerana angin dekat situ memang kuat jadi sesuai untuk aktiviti main layang-layang.


shaila bersama kakak-kakak ipar, adik ipar dan suami


Bapa dan mak mertua shaila


Shaila bersama the only one adik ipar.


Shaila bersama family kakak ipar. Okay perjalanan dari sungai buloh ke Gold Coast Morib Resort mengambil masa satu jam setengah untuk sampai di sana.

Review Gold Coast Morib Resort


Pandangan Dari Bilik


Bilik Penginapan Shaila


Jacuzzi


Salah satu gambar di Gold Coast Morib Resort. Pada pandangan shaila, bilik di Gold Coast Morib Resort memang tip top dan selesa. Water park Gold Coast Morib ini tempat dia terhad dan tidak seluas wet world shah alam tiada banyak permainan yang ada tetapi air dia bersih, memang puas lar mandi kolam...huhuhu..


Shaila sempat berjalan di pantai belakang Gold Coast Morib Resort, pantainya sama seperti dahulu, still kotor dan tidak boleh mandi, kalau untuk aktiviti pantai sesuai atau untuk release tension tengok peandangan pantai dan deruan ombak.

Bowling Time


Balik dari Gold Coast Morib Resort, kami singgah main bowling di Alamanda Putrajaya.


Anak-anak buah pun semangat main bowling..hahaha


Group Girls


Group Boys

Dan pemenangnya adalah group boys..Shaila? hurmmm tak payah cakap lar..longkang tu tempat fav shaila baling bola bowling..hahahah..Okay sampai sini sahaja entry shaila..Ada masa shaila update entry sekitar Majlis Perkahwinan Shaila, cewahhh...ayat retis pula..kuikukui..

Sekian, Terima Kasih


12 comments:

  1. Seronoknya bercuti mcm ni.....lama x dtg sini tau2 shaila dh jd isteri dah...

    ReplyDelete
  2. adeh..
    sronok pulak tgk org bcuti nie.
    pergi pulak gold coast..
    dh mcm g oversea pulak nama tempat tue.

    ReplyDelete
  3. Bestnya tengok Shaila pergi bercuti.. :)

    ReplyDelete
  4. perghjhh gold coast tuu..hurm aku bleh mimpi ja la malam ni..heh heh heh

    ReplyDelete
  5. Asslmkm shaila.. Selamat kembali... :)
    Waaaa... Bestnya bercuti.. Sekali pakej berhoneymon eh..hihi

    ReplyDelete
  6. bestnyaa pergi bercuti ramai2.. pre honeymoon ea kak shaila..hehehe..

    ReplyDelete
  7. syoknya shaila..ada jakuzi lam bilik..hehehe
    btw, selamat pengantin baru yer..tak terlmbat sgt kot nak wish..hehehe

    ReplyDelete
  8. waalaikumussalam..lama nye menghilang !! wahh bilik siap ada jkuzzi..syiok la !!

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum shaila. wahh bestnya.. selamat pengantin baru, sheila dah lama tak BW sini. hehe SAlam Ramadhan buat shaila sekeluarga ~~~

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum...tgh riki2 review psl gold coast ni tercari2 yg plg latest...heheheh sbb baca entri yg lama awal2 tahun semua bad review... so shaila yg x byk komen psl room service.. so far dh ok ke skrg ?? Sbb akak nak pergi esok...ngeeeeee... book 4 bilik sekali dgn familio... hope sgt semua berjalan lancar...

    ReplyDelete
    Replies
    1. So far room service dia bagus dear..selesa, siap ade jacuzzi lagi tuuu..huhuhu

      Delete

Logo KBBA

REVIEW : SUKA SUSU KAMBING COKELAT

Susu sememangnya bagus untuk kesihatan tubuh badan secara keseluruhan. Ia mengandungi sumber kalsium dan fosforus yang baik. Susu juga membe...