December 28, 2014

Review Bio Essence Tanaka White dan Bird's Nest Nutri-Collagen & Whitening Advancer

Assallammualaikum

Hai semua apa khabar? diharap dalam keadaan sihat selalu, untuk mangsa banjir di Kelantan, Terengganu, Johor, Perak , Pahang dan beberapa buah negeri lagi, diharap tabah menghadapi dugaan ini, semoga semuanya akan pulih seperti sedia kala. Amin...

Okay entry shaila kali ini adalah berkenaan review produk yang shaila gunakan.Beberapa minggu lepas shaila dapat email bertanyakan produk muka yang shaila gunakan sekarang, jadi hari ini shaila hendak kongsikan dengan semua.

Bio Essence  Bird's Nest Nutri-Collagen & Whitening Advancer

Untuk Pembersih muka dan toner, shaila gunakan Bio Essence  Bird's Nest Nutri-Collagen & Whitening Advancer. Shaila guna produk ini, sudah hampir setahun. Produk ini serasi dengan kulit shaila. Kulit shaila menjadi lembut dan tegang kerana produk ini mempunyai kollagen. Selain itu juga, kulit shaila menjadi gebu dan mulus sahaja.

 Bio Essence Tanaka White


Untuk pelembap pula, shaila pakai pelembap  Bio Essence Tanaka White, Shaila ada beli pelembap  Bird's Nest Nutri-Collagen & Whitening Advancer, tetapi tidak serasi dengan kulit shaila kerana kulit shaila naik jerawat bintik-bintik halus, jadi shaila bertukar ke  pelembap  Bio Essence Tanaka White. Dengan  pelembap  Bio Essence Tanaka White, masaalah jerawat shaila berkurangan,.hurmmm bukan berkurangan lar tetapi memang tidak tumbuh jerawat pun kalau naik pun seketul dua sahaja itu pun jarang-jarang. Cuma masaalah jeragat sahaja masih tidak dapat di atasi.


Tumpang gambar tuan tanah satu...hahaha..Okay sampai disini sahaja entry shaila kali ini, jumpa lagi..daaa

Sekian Terima Kasih


2 comments:

  1. kalau sesuai okey la.. ada sesetengah org tak sesuai dgn kulit. cantikkkkk!!

    ReplyDelete
  2. Cantiknyaa! Untung muka sesuai. Btw, berapa harga semua sekali satu set?

    ReplyDelete

Logo KBBA

REVIEW : SUKA SUSU KAMBING COKELAT

Susu sememangnya bagus untuk kesihatan tubuh badan secara keseluruhan. Ia mengandungi sumber kalsium dan fosforus yang baik. Susu juga membe...