Assallammualaikum
Hai semua, apa khabar? di harap dalam keadaan sihat selalu. Entry shaila kali ini adalah berkenaan pengalaman shaila menonton teater Tahta 3 Ratu.
Teater arahan Erma Fatima yang memberi tumpuan kepada sudut pandang cerita tiga ratu, Galuh Chenderai, Lela Wangsa dan Puteri Hang Li Po ini dibarisi pelakon berkredibiliti termasuk Erra yang akan menjayakan Tun Teja, Izreen Azminda (Raden Galuh Chenderai), Soo Wincci (Hang Li Po).
Tahta 3 Ratu turut dibintangi Awie yang tanggungjawab menggalas watak Laksamana Melaka, Hang Tuah, Beto Khusyairi (Hang Jebat), Azri Iskandar (Sultan Mansur), Remy Ishak (Megat Terawih), Ellie Suriaty (Mbok Kuriang), Tasha Shilla (Sekar) dan Michael Ang (Gui Ying). Ini merupakan pengalaman pertama shaila menonton teater.
Tiket shaila kali ini, di sponser oleh kakak Ipar shaila.Teater Takhta 3 Ratu mengisahkan puteri Majapahit iaitu Galuh Chenderai (Izreen) yang berkahwin dengan Sultan Mansur (Azri Iskandar) kecewa dan terluka apabila suaminya itu mengahwini Puteri Hang Li Po (Soo Wincci) demi mengukuhkan pertalian persahabatan antara Melaka dan China.
Dalam persengketaan antara Galuh Chenderai dan Li Po, kedua-duanya terkejut dan cukup kecewa apabila Sultan Mansur mahu menikahi Lela Wangsa (Erra), puteri kepada Maharaja Dewa Sura, pemerintah Inderapura yang cuba menyerang Melaka. Ketiga-tiga Puteri ini telah melahirkan 3 orang Putera tetapi Putera siapakah yang layak untuk memegang kuasa kerajaan Melaka? Jawapan adalah anak erra Fazira kerana erra fazira keturunan melayu asli jadi anak dia lebih layak memegang takhta.
Ketika teater bermula, kita di larang sama sekali untuk mengambil gambar dan juga video. Prop yang digunakan sangat menakjubkan kerana pentas boleh bertukar-tukar dalam beberapa minit sahaja tidak perlu masa yang lama.
Semasa berhenti berehat selama 15 minit, shaila sempat bergambar dengan Ayda Jebat.Serius cakap, Ayda Jebat sangat comel.
Gambar semasa teater berakhir, semua para artis ke hadapan.
Shaila bersama biras dan juga adik ipar.
Sekian Terima Kasih
No comments:
Post a Comment