March 31, 2015

Pengalaman Brown Spot dan Jantung Baby Lemah

Assallammualaikum,


Entry ini ditulis pada pukul 3:08 pagi pada 28/3/2015.Tengahari tadi shaila dapati ada brown spot pada underware. So kawan-kawan nasihat supaya pergi ke klinik untuk check sebab risau kalau ada apa-apa jadi dekat baby.Kalau ikut due date lambat lagi iaitu pada 26/4/2015.Shaila terus pergi wad bersalin Hospital Sungai Buloh.Sampai di hospital dalam setengah jam, nurse check jantung baby. Jantung baby lemah, risau shaila dibuatnya.Kemudian nurse masukkan air sebotol then dalam masa sejam juga lar jantung baby kembali normal. Kemudian shaila diminta tunggu di kerusi luar untuk check up dengan doktor. Hampir 2 jam menunggu kemudian doktor latih panggil untuk buat check up. Mula-mula check up secara lisan kemudian barulah check jantung, tekanan darah dan tut. Yang tidak tahan check tut lar..aishhhh memamg perkara yang tidak digemari kaum perempuan. Nasib shaila dapat pelatih perempuan, tidak la malu sangat. Kamudian shaila diminta duduk diluar kembali dalam sejam lebih nama shaila di panggil kembali untuk ambil darah dan masuk ubat.Bab masukkan ubat, sakit dia boleh tahan lar tetapi bab kena cucuk tang punggung! alahai rasa nak sepak jer..sakit!.kemudian shaila diminta duduk diluar kembali kerana tiada katil.

11.00 pm hingga 12.00 am (27/3/2015)

Nama di panggil kembali untuk masukkan ubat di bahagia tut. Now masih di ruangan menunggu menanti siang datang menjelma. Penat tidak usah dikata, 24 jam duduk sahaja! dah macam berjaga untuk jawab exam lak pagi esok. Waaa..tidak sabar hendak pulang menunggu katil yang empuk! esok masukkan ubat sekali lagi dan cucuk punggung! ohhh tidak! sob..sob..sob..


Pukul 4.00 am hingga 5.00 am (28/3/2015)

Nurse panggil untuk check up jantung baby. Alhamdulillah jantung baby dalam keadaan baik.Now kembali ke kerusi rehat untuk tunggu cucuk pukul 8.00 am nanti.

Pada pukul 11am,shaila dapat cucuk yang kedua. Kemudian nurse check up jantung baby kembali.Alhamdulillah jantung baby pun bail day shaila juga tidal mengalami turun darah lagi. Pada pukul 12 pm shaila dibenarkan pulang..yahoooo! semoga baby kuat tinggal 26 hari saja lagi ini, tidak sabar hendak jumpa kamu sayang!

Sampai disini sahaja entry shaila, jumpa lagi di entry akan datang.

Sekian Terima Kasih.

14 comments:

  1. Assalammualaikum.. Semoga keadaan Shaila dan Baby sentiasa sihat.. Tak lama dah kan.. :)

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah tak ada apa yg jadi . . bestkan mengandung ? muni tak dpt lupa moment tu . bla skrg baby dh keluar tuhan ja tao mcm mna happynya jadi seorang ibu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah muni..xsabar rase nak jadi seorg ibu..hihihi 😊

      Delete
  3. Hai Shaila.. Alhamdulillah, baby & ibu selamat.. Mieza yang baca ni pun rasa berdebar2 tau.. Semoga selamat bersalin.. Lagi 26 hari kan? In Shaa Allah, everything will be great.. baby pun mesti comey ni.. ^^,
    RosmizaAli.Com™

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaallah amin..berdebar-bedar juga ni menanti cahya mata..hihihi

      Delete
  4. Alhamdulillah segalanya dah baik kembali. Akak pun pernah alami brown spot juga, tapi tak masuk ward. Pergi klinik swasta doktor suh berehat di rumah hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ohh..yeke...shaila pun kalau ikut xmau pergi tapi dah ramai sangat menyuruh...terpaksalah...huhuhu

      Delete
  5. Assalamualaikum shaila. ubat apa dia masukkan tu? just nak tahu..dulu sheila spotting awal pregnancy tapi kita pergi swasta makan ubat duphaston utk kuatkan rahim.

    ReplyDelete
    Replies
    1. shaila kena masuk ubat untuk keputihan, katanya ada kuman..nama ubat tidak pasti pulak...hihihi

      Delete
  6. Shaila semoga segalanya dalam keadaan baik-baik dan dipermudahkan yer... akak doakan yang terbaik untuk Shaila...

    ReplyDelete

Logo KBBA

REVIEW : SUKA SUSU KAMBING COKELAT

Susu sememangnya bagus untuk kesihatan tubuh badan secara keseluruhan. Ia mengandungi sumber kalsium dan fosforus yang baik. Susu juga membe...