March 30, 2015

TRAVEL: Throwback Bercuti di Pantai Klebang Melaka

Assallammualaikum


Hai semua! kali ini shaila ingin cerita kisah shaila jalan-jalan makan angin di Melaka. Sebenarnya kisah ini dah lama berlalu, sekarang baru hendak cerita. Pada 6 February 2015 adalah tarikh lahir shaila yang ke ?? hurmmmm...hahaha. Jadi shaila dan suami telah buat keputusan untuk bersiar-siar di sekitar Melaka. Masa itu, ais krim pasu memang terkenal di Melaka selain coconut shake. Jadi di kesempatan yang ada, shaila dan suami telah pergi merasai keenakkan dan keunikkan ais krim pasu.Sebenarnya ais krim pasu itu biasa saja rasanya seperti ais krim biasa cuma cara display dia itu sahaja yang menarik perhatian. Harga untuk ais krim pasu di Pantai Kleabang adalah RM 5 sepasu.


Selepas menikmati ais krim pasu, Shaila dan suami berjalan-jalan menuju ke pantai untuk menikmati suasana pantai dan angin bayu di situ.Ketika ini sudah petang dan cuaca agak mendung.Shaila pergi Pantai Klebang pada petang jumaat jadi masa ini tidaklah ramai sangat pengunjung yang datang. Kalau ramai pun mungkin pada sebelah malam kerana pada sebelah malam area Pantai Klebang ini menang meriah.


Memang terase tenang sahaja ketika berada disini.Tambahan pula melihat panorama yang indah ditambah pula dengan tiupan angin yang sepoi--sepoi bahasa dan deruan ombak yang memecah pantai pasti membuat kita berasa damai sehingga terlupa seketika kesibukkan di kota.Selepas menikmati pemandangan di pantai, shaila dan suami pulang ke hotel penginapan untuk berehat. Next entry shaila akan cerita hotel mana shaila menetap.Okay! jumpa lagi di entry akan datang!

Sekian Terima Kasih



No comments:

Post a Comment

Logo KBBA

REVIEW : SUKA SUSU KAMBING COKELAT

Susu sememangnya bagus untuk kesihatan tubuh badan secara keseluruhan. Ia mengandungi sumber kalsium dan fosforus yang baik. Susu juga membe...