April 02, 2015

TRAVEL:Throwback Jalan-Jalan di Pasar Malam Jonker Walk Melaka

Assallammualaikum

Semasa shaila bercuti di Melaka, Shaila sempat singgah di Jonker Walk.Jonker Walk terkenal sebagai galeri seni, kedai-kedai antik, hotel, kedai tukang emas, pembaik jam tangan, pembuat tersekat dan pembuat kasut manik, tukang besi, rotan dan buluh penenun, peniaga ubat tradisional Cina dan kedai makanan.
Kawasan ini mempunyai reputasi untuk membekalkan barangan antik dan seni sejak awal tahun lima puluhan apabila rakyat Malaysia menyertai dorongan untuk membeli-belah untuk memori masa lalu.



Gambar lorong disebelah belakang bangunan jonker walk.Deretan lampu menerangi sepanjang laluan di Jonker Walk menjadikan suasana lebih dramatik dan meriah.


Pada setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad, suasana Jonker Walk menjadi seperti pasar karat.Tiada lagi jalan raya yang lengang kerana peniaga sudah mengambil tempat masing-masing untuk berniaga


.Pengunjung juga semakin ramai memenuhi laluan sekali gus membuatkan Jonker Walk sesak dengan kunjungan orang ramai yang punya agenda tersendiri.


Barangan yang dijual? Ia tidak dapat disebut satu persatu kerana terlalu banyak barangan yang dijual termasuklah lukisan, barangan kraftangan, aksesori khusus buat kaum hawa, baju-baju kemeja-T beraneka corak dan tulisan serta permainan.


Dalam banyak-banyak kedai yang ada disitu, kedai ini menarik perhatian shaila untuk masuk mengunjunginya.


Apa yang terdapat didalam kedai itu adalah barang-barang cenderahati untuk dihadiahkan pada rakan-rakan mahupun family.

Apa yang menarik minat shaila adalah rekaan patung atau artifak daripada besi ini. Memang nampak unik dan menarik. Selain itu juga rekaanya perlbagai bentuk dan jenis. Memang kreatif betul mereka yang menciptanya. Shaila sempat juga membeli key chain yang diperbuat daripada besi ini unutk dihadiahkan pada saudara mara shaila.

Antara key chain comel yang terdapat di pasar malam jonker walk. Selain itu, di sini juga ada jual makanan TETAPI untuk orang islam better jangan beli makanan disitu sebab diragui status halalnya. Mana tidaknya majoriti makanan yang di jual disitu dimasak oleh orang cina. So faham2 jelah kan. Dimsum juga ada jual disitu ditambah aroma baunya yang agak mengancam..ermmm....


Setiap isnin hingga Khamis, deretan kedai dengan seni bina unik ini beroperasi dari jam 10 pagi hingga 6 petang. manakala, Jumaat hingga Ahad pula kebanyakan kedai beroperasi hingga 10 malam.


Sedang shaila syok jalan-jalan di lorong jonker walk, terjumpa Like Guest House ini. Hotel ini menyediakan perkhidmatan dan kemudahan yang terbaik. Kemudahan utama hotel termasuklah meja penyambut tetamu 24-jam, perkhidmatan di bilik 24-jam, simpanan bagasi, layanan bilik.


Ini pula adalah Masjid Tanjung Kling. Masjid Tanjung Kling ini terletak di bandar Melaka. Lebih tepat lagi kalau anda jalan-jalan di Jonker Walk, anda akan dapat melihat masjid tanjung kling ini dengan lebih dekat. Sebuah masjid yang agak antik, ditulis di papan info di depan masjid itu, masjid ini seakan-akan bentuk pagoda dan dipercayai dibina pada tahun 1900-an. Ada yang kata tahun 1920, dan ada yang kata tahun 1930.

Okay sampai disini sahaja entry shaila kali ini, jumpa lagi di entry akan datang! ada satu lagi tempat menarik yang shaila lawati di Melaka yang ingin shaila kongsikan.

Sekian Terima Kasih

3 comments:

  1. ssculpture cesi tu best.

    http://kucenmaster.blogspot.com/2015/04/cara-bagi-kucing-makan-di-kedai-makan.html

    ReplyDelete
  2. cerita yang bagus, kapan2 saya diajak juga boleh lah :D

    ReplyDelete
  3. da lame stay kt melaka ni. tak pernah jejak jonker walk ni lagi.. hahaha.. da tak rajin nk k bandar hilir memalam... heheh

    ReplyDelete

Logo KBBA

REVIEW : SUKA SUSU KAMBING COKELAT

Susu sememangnya bagus untuk kesihatan tubuh badan secara keseluruhan. Ia mengandungi sumber kalsium dan fosforus yang baik. Susu juga membe...