Assallammualaikum
Hai semua, apa khabar? diharap dalam keadaan sihat selalu. Okay entry shaila kali ini adalah berkenaan kelahiran putera sulung shaila. Shaila ada cerita tentang entry shaila yang lepas tentang shaila masuk hospital sungai buloh selama sehari kerana brown spot, tidak sangka pula itu merupakan salah satu tanda seminggu sebelum kelahiran bayi. Tidak sangka 31/3/2015 juga merupakan kali terakhir shaila check up bayi di klinik UITM. Check up yang lepas-lepas shaila ditemani oleh suami cuma last check up ini dia tidak dapat teman dan yang paling best adalah pada check yang lepas-lepas, shaila tidak pernah pula rasa hendak selfie berbanding check kali. Rupanya ini adalah gambar selfie yang menjadi kenangan shaila dengan baby bump. Balik dari check up shaila sempat lagi berjalan-jalan dengan mama pergi pejabat pos.
Pada 4/4/2015 pula,shaila sempat lagi pergi menonton wayang bersama suami cerita fast & furious 7..hahaha.. Sepanjang shaila menonton cerita itu, memang baby dalam perut aktif sangat bergerak-gerak, mungkin baby pun teruja tengok cerita itu..hahaha..keesokkan harinya, shaila sempat juga pergi kenduri kahwin. Di kenduri kahwin itu, shaila sempat bedal aiskrim campur bersama pulut! Yumyumyum memang sedap gua cakap lu. Kemudian pada malamnya pula shaila sempat melantak satay.Pada pukul 11 malam macam itu, shaila pergi ke toilet untuk buang air kecil, shaila terperasan ada keluar brown spot dalm kuantiti yang sedikit jadi shaila buat tidak tahu sahaja. Kemudian pada pukul 4.30 pagi, perut shaila rase memulas sangat jadi shaila pergi ke toilet umtuk buang air kecil, seperti kes sama ada keluar brown spot dalam kuantiti yang banyak sedikit. Selepas itu shaila naik untuk tidur kembali tetapi hakikatnya tidak boleh tidur kerana sakit kejap-kejap datang menyengat. Tahan punya tahan pada pukul 7 pagi shaila kejut suami sebab memang dah tak tahan dah sakitnya. Padapukul 8 pagi, suami menghantar shaila ke hospital sungai buloh. Selepas menunggu lebih kurang sejam lebih, nama shaila dipanggil untuk check up. Pada mulanya shaila sangka just sakit biasa sahaja tetapi setelah di check oleh doktor latih di situ rupanya jalan sudah buka 1 cm. Pada masa itu juga sempat shaila minta pada doktor untuk pulang kerana apa shaila tahu untuk buka 8 cm memang menunggu masa agak lama.Tetapi malangnya doktor tidak membenarkan shaila balik, jadi terpaksa lar betapa di situ. Seperti yang semua tahu hospital kerajaan memang tidak menyedia extra katil jadi terpaksalah berehat di bilik menonton. Lebih kurang tiba waktu makan tengahari, suami shaila ada belikan makanan untuk shaila tetapi shaila sempay menjamah satu suap sahaja kerana sakit contractiom semakin kuat sehingga shaila tidak lalu untuk makan. Kemudian shaila pergimke toilet. Semasa ditoilet, shaila dapati darah keluar agak banyak. Jadi shaila memberitahu nurse bertugas disitu lalu mereka menyuruh shaila berehat dahulu dibilik check up.Semasa dibilik check up, nurse check pembukaan jalan sudah terbuka 5 cm. Memang start dari situ, sakit memang sakit sangat.Nurse juga ada memberitahu bahawa shaila rasa sangat sakit adalah kerana shaila minum air selusih terlalu awal sebab itu bayi shaila keluar awal 20 hari. Tindakan shaila meminum air selusuh ini seakan memaksa bayi keluar. sehinggalah pukul 6 lebih tidak silap bukaan sudah buka 7 cm dan nurse bawa shaila ke bilik bersalin. Pada masa itu sempat juga terdetik betul ker aku nak bersalin ni ? Cuak juga rasa masa itu. Dibilik bersalin nurse menolong membuka jalan dan memecahkan air ketuban. Masa itu juga suami shaila masuk untuk memberi sokongan. Lebih kurang sejam juga rasanya shaila meneran akhir pada pukul 7.46 pm shaila berjaya mengeluarkan bayi lelaki ini.
Saat bayi lelaki shaila keluar, rasa macam zuppppp...fuhhh lega...semua keluar.Sedar-sedar nurse letak bayi atas badan shaila dan memberitahu jantina bayi shaila.Kemudian nurse mengeluarkan uri dan menjahit bahagian yang terkoyak akibat angkat punggung. Semasa meneran memang nurse marah kerana menjerit dan angkat punggung tetapi biasalah masa itu dah tidak fikir apa dah...hanya fikir hendak keluarkan bayi agar tidak bayi lemas dan kena vocuum. Bayi shaila dibawa keluar oleh nurse untuk dibersihkan.
Setelah bayi shaila dibersihkan nurse membawa kembali bayi shaila ke bilik untuk diazankan oleh suami shaila.Sementara menunggu katil kosong, sempat juga tangkap gambar dan main bersama bayi shaila. Pada pukul 8 lebih baru shaila dipindahkan ke wad. Suami shaila dapat teman sampai pukul 12 tengah malam sahaja. Waaaaa masa itu rasa..haishhhhh macamana hendak jaga bayi sorang-sorang ini? Hendak tak nak kena redhalah. Shaila tidak tidur nyenyak pun kerana bayi shaila sekejap-sekejap nangis dan di ikuti bayi yang lain yang ada disitu. Macam viral pula, sorang menangis semua ikut menangis. Pada pukul 4 pagi bayi shaila berak. Fuhhhh seronok masa itu sebab syarat untuk keluar adalah bayi berak.Keesokkan harinya selepas bayi dan diri shaila siap cheak up, kami dapat balik tengahari itu, yeaayyyy..alhamdulillah.Bayi kami diberi nama Muhammad Areez Syahmi Bin Mohd Asmadi. Semoga Areez menjadi anak yang soleh...amin...
Sekian terima kasih.
Congrats shaila..x sabrnya nak ada baby lagi..akak nyer #gula2hati pun nama Asmadi....eh..eh....
ReplyDeleteassalamualaikum shaila.taniah dear dah bergelar ibu.. heee comelnya baby. berani awak minum air selusuh, should be kalau dah ada bukaan baru minum. tindakan ni agak bahaya sebab baby boleh lemas... next baby kena aware shaila. enjoy ur confinement day ~~~
ReplyDeletetahniah dear.
ReplyDeleteseronoknya, doakan nadia juga ye.
congrats dear shaila . . seronokkan perasaan bila dah jadi ibu . , comel baby shaila . . :)
ReplyDeleteAlhamdulillah.. Dah jadi ibu dah.. Tahniah Shaila.. ^_^
ReplyDeleteRosmizaAli.Com™
Legaa sngt bila bby dh kuar kn shaila.. Hilang trus sgala sakit. Indah sngt kn..
ReplyDelete