Assallammualaikum
Hai semua..ini merupakan entry berhabuk yang telah terperap di dalam draft selama setahun. Wahhh tahun lepas punya tahun ini baru nak upload. Sebenarnya bukan tidak mahu upload tapi saja nak tunggu setahun baru publish untuk refresh balik kenangan semasa bercuti honeymoon di Pulau Redang (sebenarnya ayat cover saja). Shaila plan untuk pergi bercuti ini, sebelum berkahwin lagi. Semasa itu, shaila tidak tahu pun kewujudan web booking hotel seperti agoda jadi shaila booking terus melalui chalet yang shaila hendak bermalam. Shaila ambil pakej 3 hari 2 malam termasuk pakej snorkeling. Shaila pergi bercuti menaiki kereta. Shaila bergerak selepas maghrib.Perjalanan shaila mengambil masa dalam 4 hingga 5 jam. Pada pukul 4.30 pagi, shaila sampai di bandar Shah Bandar Kuala Terengganu. Sementara menunggu subuh, shaila dan suami lepak minum dan makan di macdonald. Selepas subuh,Shaila dan suami bergerak ke Jeti Shah Bandar Kuala Terengganu. Sementara menunggu feri sampai, kami berjalan-jalan di pasar payang dan kedai terletak bersebelahan jeti.
Selepas mengambil tiket di kaunter Redang Holiday, lebih kurang 9.30 am shaila dan suami lepak di tempat menunggu sementara menunggu feri tiba. Terdapat beberapa kumpulan berbangsa china juga sedang menanti feri ketika itu.Perjalanan menaiki feri mengambil masa dalam 2 jam setengah.Setelah sampai, shaila dan suami check in di Redang Holiday.Gambar chalet lupa pula hendak hendak tangkap masa itu tapi suasana bilik dia sederhana TETAPI makanan dia tip top.
Shaila memilih Pulau Redang sebagai lokasi percutiaan shaila adalah kerana keindahan pantainya.Shaila memang dari kecil teruja melihat keindahan pantai dan mendengar deruan ombak pantai kerana kedua-dua element itu, sangat memberi ketenangan pada shaila.
Selama 3 hari 2 malam berada di situ, aktiviti shaila dan suami adalah snorkeling dan pada sebelah malam pula, kami akan berjalan-jalan di tepi pantai sambil menikmati suasana malam di pantai.Tempat ini boleh di kategori sebagai tempat yang terpencil dan private kerana di pulau itu memang tidak banyak tempat boleh berjalan hanya ada kedai cenderahati dan kafe. Kalau untuk menenangkan jiwa yang kacau, tempat ini memang sesuai.
Dalam pakej shaila, terdapat 4 sesi snorkeling di tempat dan pulau yang berbeza. Muka tak payah cakap memang burn teruk tapi tidak kisah pun kerana yang penting seronok dapat tengok ikan-ikan bermain.
Pada hari yang ketiga, shaila dan suami rancang untuk tidak pulang ke rumah dahulu sebalik kami menyewa homestay dan menghabiskan masa berjalan-jalan di sekitar bandar terengganu. Cari punya cari maka terjumpalah homestay ini. Shaila tidak ingat apa nama homestay ini tetapi owner perempuan melayu.
Shaila memang suka hiasan terdapat dalam homestay ini. Hiasan dia lebih kepada gaya english.Walaupun bilik ini nampak kecik tetapi lengkap semua ada kecuali dapur memasak.
Sekian Terima Kasih.
terliur tgk udang goreng tepung tu,,,menguji keimanan!..hihihi...salam ramadhan!singgah blogwalking!
ReplyDeleteWah, sungguh best. Tak pernah sampai lagi ke sana.
ReplyDeletewah bestnyaa. ada juga plan nak pergi sana. tapi tak tahu bila ><
ReplyDeleteKalu berminat nl ke pulau redang bleh call/wasap no ni:
ReplyDelete0179799773atau lawat fb page:
Holifay runner