Assallammualaikum
Hai semua, apa khabar? di harap adalam keadaan sihat selalu. Okay kali ini shaila hendak kongsi tentang resepi kek warna warni. Kek ini sebenarnya shaila sudah buat minggu lepas dan dah habis pun cuma hari ini baru dapat update.
Bahan-Bahan
- Tepung Gandum : 500g
- Magerin planta : 500g
- Gula Kastor : 500g
- Baking Powder : 1 Sudu Teh
- Telur 3 Biji
- Esen Vanila: 1 Sudu Teh
- Pewarna Hijau Dan Merah: 1 Sudu Teh
Untuk Mendapat bancuhan seperti diatas adalah pertama masukkan magerin planta dan gula kastor. Kemudian kacau hingga kembang. Masa yang shaila ambil untuk kacau magerin planta dan gula kastor adalah dalm sejam kerana kacau guna senduk sahaja. Kemudian Apabila sudah kembang, masukkan telur dan juga esen vanila, kacau hingga sebati.Kemudian masukkan tepung dan baling powder. Kacau hingga sebati. Untuk mendapat kesan warna warni itu, shaila bahagi kepada 3 bahagian ke dalam acuan. Bahagian pertama warna base. Bahagia kedua warna hijau dan bahagian ketiga warna merah. kemudian kacau sikit-sikit kasi warna bercampur.
Panaskan dahulu pembakar dalam 10 minit, kemudian bakar pada suhu 180 darjah celcius.Janga lupa sekali sekala check kek itu sudah masak atau tidak jangan biarkan sahaja takut terlebih masak pulak karang.
Apabila sudah masak, biarkan sejuk seketika kemudian bolehlah dipotong dan dihidang semasa minum petang bersama keluarga. Okay sampai disini sahaja entry shaila, jumpa lagi di entry akan datang.
Sekian Terima Kasih
senangnyaa ! nanti Lissa try. hee :D
ReplyDeleterajin shaila buat kek hehe..
ReplyDeletemy favourite!hehe.
ReplyDeletedulu syirah selalu buat kalau balik tganu.