Assallammualaikum,
Hai semua, apa khabar? diharap dalam keadaan sihat selalu. Entry shaila kali ini adalah untuk mencerita pengalama shaila semasa melancong ke langkawi. Underwater Worl Langkawi merupakan salah satu tempat yang shaila sempat lawati ketika berada di sana.Underwater World Langkawi (UWL) adalah akuarium terbesar di Malaysia menempatkan koleksi lebih 4000 kehidupan akuatik. Harga masuk untuk dewasa adalah rm30 untuk mykad manakala bukan pemegang mykad adalah rm40
Terdapat lebih daripada 500 spesies haiwan dan hidupan laut di lebih daripada 100 tangki yang direka khas yang dipamerkan di sini. Yang dibelakng shaila ini adlah salah satu spesis ketam yang terdapat disini.
Di sini juga turut dipamerkan penguin yang comel-comel. Aksi-aksi penguin ini bukan sahaja menarik perhatian shaila malah pengunjung yang lain juga terutama kanak-kanak.Paling lucu lihat aksi mereka adalah semasa diberikan makan.
Kami sekeluarga tidak melepaskan peluang untuk bersama dengan penguin gergasi yang comel ini.Perasaan shaila ketika berada disini memang teruja dan seronok melihat pelbagai jenis haiwan yang di pamerkan disini.Memang tidak rugi bayar rm30 untuk masuk ke sini.Okay sampai disini sahaja entry shaila, jumpa lagi di entry akan datang.
Sekian Terima Kasih.
bestnyaaaa :D
ReplyDeletebestnya, pergi masa tu tak sempat pulak nak pergi sana hehe :D
ReplyDeleteLast pergi, tahun 1998....
ReplyDelete