November 04, 2015

Event Review | Fiesta Bowling Amal PTPK

Assallammualaikum


Hai semua pembaca blog www.illazwritter.com. Terima kasih kasih kerana sudi datang membaca blog ini. Entry shaila kali ini adlah berkenaan Fiesta Bowling Amal anjuran PTPK. Fiesta Bowling Amal PTPK ini berlangsung di iOi City Mall, Putrajaya.Yang datang pada hari itu untuk merasmikan Fiesta Bowling Amal PTPK ini adalah Timbalan Menteri.


Terdapat lebih 30 company join Fiesta Bowling Amal PTPK ini. Ada company dari sektor kerajaan dan juga ada company dari sektor swasta. Shaila dan tiga orang lagi kawan sekerja shaila mewakili company kami. Shaila pun sebab nama kena petik oleh rakan sekerja. 


Sebelum main, tangkap gambar dulu. Shaila memang ratu main masuk longkang. Itu memang terbukti bila kebanyakkan balingan bowling shaila lebih "termasuk" yer bukan masuk ke dalam longkang..hahahah..Tapi sebenanrya sudah lama shaila tidak bermain bowling, skill pun memang kuranglah sebab tidak sempat hendak asah. Then bila tiba-tiba kena main kembali, mengambil masa yang lama jugalah untuk dapatkan balik mood balingan.


Group shaila di link nombor 15 di bahagian tengah, kami satu group memang sekadar main untuk suka-suka sahaja.Memang kami tidak target untuk menang..Cewahhhh ayat selamat agar tidak kecewa bila kalah..kahkahkah..Lagi pun kami tahu kami tidak boleh menang so have fun!! sahaja pada hari itu. Tapi itulah surau agak jauh dari bowling, jadi kena menapak jugaklah tetapi walaupun jauh tetapi surau iOi City Mall tip top dan sangat selesa.


Yang bernama Noor itu adalah shaila, shaila pun tidak tahu larrr..nape dia letak nama shaila Noor. Hasil balingan banyak masuk longkang yang shaila lakukan, dapat la nombor 3 tertinggi. Group mana yang menang shaila tidak tahu kerana sebaik shaja tamat permainan kami bergegas pulang kerana sudah lewat malam.Okaylah tu dapat juga markah daripada kosongkan..hahaha...okaylah sampai disini sahaja entry shaila, jumpa lagi di entry akan datang.

Sekian Terima Kasih.

No comments:

Post a Comment

Logo KBBA

REVIEW : SUKA SUSU KAMBING COKELAT

Susu sememangnya bagus untuk kesihatan tubuh badan secara keseluruhan. Ia mengandungi sumber kalsium dan fosforus yang baik. Susu juga membe...