November 16, 2015

Throwback Food Review | Steak The Ranch House

Assallammualaikum,


Bila sampai di A'famosa ini, mesti ramai tercari-cari tempat makan yang sedapkan? disini shaila ingin cadangkan tempat makan yang sedap dan menyelerakan..yumyumyumyum..nama tempat makan ini adalah The Ranch Steak Hous. Tempat makan ini terletak di dalam old west di A'famosa melaka. Menurut En.Arif, bahagian marketing event and department A'famosa, kedai makan ini menjual makanan yang halal.


The Ranch Steak House merupakan kedai makan western food. Keistimewaan kedai makan ini adalah mereka juga ada meyediakan makanan mengikut perayaan. Macam shaila dan blogger lain, kami datang pada musim deepavali jadi makanan dia pun berkonsepkan perayaan deepavali.


Ini merupakan makanan pembukaan ketika kami sampai disini. Nama makanan ini adalah Tomato Basil Soup Served with Crouton. Rasa Sup ini masam-masam kerana menggunakan tomato. Sup ini menjadi semakin enak bila dimakan bersama crouton. Crouton ini rasa dia rangup-rangup seperti roti keras itu.


Kemudian kami dihidangkan dengan menu utama iaitu Roasted Chicken Tight with Kurma Sauce. Rasa Roasted Chicken Tight with Kurma Sauce memang sedap lebih kurang rasa makan nasi arab gitu di tambah dimakan bersama dengan sauce kurma memang perfect rasanya.


Penutup untuk makan malam kami, dihidangkan pula dengan pencuci mulut yang diberi nama Puding with Pineapple Ring. Apa macam? tergoda tak tengok puding ini? dengan body yang cun ditambah pula dengan buah cherry diatasnya...aummmm..memang menawan hati. Bagaimana pula dengan rasanya? rasa puding ini sedap tidak terlu manis dan tawar tambah dimakan bersama dengan nenas. Aishhhh tiba-tiba rasa terliur pula sambil mengingati rasa puding ini..hahahah.


Shaila bersama dengan blogger-blogger lain yang turut berada disini. Selapas makan ini, kami hendak jalan-jalan sekitar old west dan melihat carnival arena. Yang ini akan shaila review di entry akan datang yer.


Sebelum keluar, shaila sempat bergambar dengan chef yang memasak makanan kami tadi. Chef ini sangat mesra dan tidak kekok menerangkan serba sedikit tentang makanan yang dia hidangkan pada kami. Sampai disini sahaja entry shaila...jumpa lagi di entry akan datang.

Sekian Terima Kasih.















1 comment:

  1. I amat suka dengan hidangan Roasted Chicken Tight with Kurma Sauce tu. Antara hidangan yang paling sedap yang pernah I makan.

    ReplyDelete

Logo KBBA

REVIEW : SUKA SUSU KAMBING COKELAT

Susu sememangnya bagus untuk kesihatan tubuh badan secara keseluruhan. Ia mengandungi sumber kalsium dan fosforus yang baik. Susu juga membe...