November 24, 2015

Throwback Travel Review | Safari Wonderland A'famosa Melaka

Assallammualaikum


Cuti sekolah ini, kalau bawa anak dan keluarga beriadah sambil  melihat pelbagai jenis binatang macam seronok sahaja, tapi dimanakah lokasi yang menarik untuk dibawa? Haaa...mai sini shaila cadangankan tempat sesuai untuk membawa keluarga dan juga anak melihat binatang. Lokasinya adalah di A'Famosa Melaka. Siapa pernah dengar safari wonderland? mesti semua pernah dengarkan? Safari wonderland ini tarikkan utamanya adalah binatang akan di lepaskan berkeliaran didalam satu kawasan. Jangan terkejut pula tiba-tiba pak belang lalu sebelah anda sambil menghadiahkan jelingan manja..hahahah..jom kita-kita sama terokai apakah yang menarik yang ada di dalam Safari Wonderland A'famosa Melaka ini.

Elephant Encounter | 10.15 AM & 4.30 PM


Dekat mana-mana zoo mesti ada pertunjukkan gajahkan? di Safari Wonderland A'famosa Melaka juga ada pertunjukkan gajah. Pertunjukkan gajah hanya ada dua sesi sahaja yer. Sesi pertama pada pukul 10.15am tidak silap shaila manakala sesi kedua pula pada pukul 4.30ptg. Jadi kalau sesiapa terlepas sesi pagi bolehlah tunggu show seterusnya pada sesi petang pula.


Gajah-gajah ini memang bijak dan terlatih. Antara show yang mereka lakukan adalah seperti mengangkat pelatih mereka merangkap staff Safari Wonderland A'famosa Melaka dan mengangkat kayu.


 Selain itu ada satu show yang menarik perhatian shaila ialah gajah tidur. Apa yang menarik tentang show ini adalah gajah dengan perlahannya akan menjatuhkan badan untuk tidur. Tidur sudah berjaya tetapi mampukan gajah bangunkan badan untuk berdiri kembali? haaa...jawapannya mestilah mampu. Gajah yang tengah berdiri itu sebenarnya sedang mengejutkan gajah yang sedang tidur ini tetapai tidak berjaya kejut. Sekali datang seekor lagi gajah bawa air lalu siram pada gajah tidur ini. Hurmmm terus mengenjutkan badan lalu bersiri..bijak..bijak...haahaha.


Selepas persembahan tamat, korang bolehllah memberi gajah makan sambil bergambar dengan gajah-gajah bijak ini.


A'Famosa Resort juga mempunyai tarikkan istimewa baru dalam Safari Wonderland  yang bertema Replies House. Di dalam Replies House, anda akan melihat pelbagai jenis ular, cicak dan sebagainya. Okay jom kita berjalan ke tempat seterusnya pula. Tempat seterusnya ini adalah reptiles house. Hurmmmm shaila paling lemah area sini sebab shaila geli dengan ular...hahahah.


Antara binatang yang ada disini adalah seperti biawak ini...biawak ke ni? macam cicak kobeng pun adakan...ngehngehngeh.


Haaa...ini antara spesis ular yang sempat shaila rakamkan.Nama ular ini adalah mangrove snake. ular ini antara ular yang berbisa dan menggerunkan hokey. Tengok dari luar cermin dah rase ngeri..hihihi


Di penghujung reptiles house ini ada ditempatkan anak-anak ayam yang comel.


"anaklah ayam,anak ayam turun sepuluh, matinseekor...mati seekor tinggal sembilan..teng..teng..teng..teret..teng..teng.ahaaa..tapi kalau banyak macam ni mati seekor pun tidak perasan.


Kita dibenarkan mengambil gambar dan memegang anak ayam ini yer. Tapi jangan korang picit sudah, mati pulak anak ayam ini. Mana lagi comel. shaila ke anak ayam. kahkahkaha.

jom kita lihat pula antara binantang-binatang yang turut berada di Safari wonderland A'Famosa Melaka. 



Lihat sahaja gelagat kambing itu. Ketika ini dia sedang tunjuk tanduknya kepada kambing lain. Kambing putih ini samseng tau,asyik hendak belasah kambing lain yang turut berada di situ.


Haaaa...apakah binatang ini? sekali di serang, habis tercacak satu badan dengan durinya. Inilah dia landak.

Colour Of The Bird | 12.00 PM & 3.45 PM


Untuk pertunjukkan colour of bird ini memaparkan tentang kebijaksanaan burung-burung yang telah dilatih oleh pihak Safari wonderland. Seperti gambar diatas burung kakak tua itu sedang menggit slot number card. Setiap pengiraan di beri, burung itu akan mengambil slot card itu untuk memberikan jawapan.


Ini pula ala-ala cerita titanic itu, tapi yang titanic lain..hahaha...seorang pengunjung akan dipanggil untuk dijadikan model berdiri ala titanic. kedua-kedua tapak tangannya akan diletakkan makanan untuk tujuan burung itu hingga ke du-dua belah tangannya.


Ini pula lintas langsung pelbgai jenis burung seperti yang kita lihat didalam gambar itu.

Multi Animal Funtime | 11.20 AM & 3.00 PM


Gambar merupakan pertunjukkan memerang. Memerang ini sedang beraksi dengan membawa bola sambil mendengar arahan dari staff Safarai Wonderland.



Orang Hutan sedang beraksi. wahhh dah nampak macam gymnastics pula orang hutan ini..hahaha

Wild wild west show | 2.15 PM


Persembahan ini bertempat di old western. Permulaan persembahan kami terdapat satu watak lebih kurang cali caplin yang memakai baju koboi berwarna oren. Watak dia ini memang kalang kabut tetapi menghiburkan dengan aksi lawak yang dipersembahkan.


Watak untuk dua orang koboi ini adalah saling bertelingkah kerana seorang puteri red indians yang cantik. lebih kurang jalan cerita seorang hero datang datang menyelematkan puteri.


Memang gamat dan gimik tempat ini dengan bunyi letupan, senapang dan bom. Anak shaila yang sedang tidur itu terus bangun terkekut dengan bunyi itu. Persembahan mereka amat menarik dan bertenaga.Antara barisan pelakon yang terlibat dalam show ini.

Safari Wonderland


Setelah penat berjalan, jom naik truck pula untuk explorer satu Safari wonderland. Kalau korang perasan, truck yang kami naik semua bertutup dengan pakai besi. Ini adalah langkah keselamatan, manalah tahu sedang kami melawat tiba-tiba harimau mengamuk tidak ke haru biru di buatnya.


Kawasan ini dibahagiakan mengikut jenis haiwan. Setiap kawasan mempunyai pintu berpalang yang berfungsi untuk tujuan keselamatan dan juga mengelak haiwan lain menceroboh. Antara haiwan yang terdapat disini adalah seperti ziraffah.


Sekumpulan rusa sedang berehat. Anak kancil juga turut ada di sini, kalau harimau nampak ini...habis kena ngap...hihihi


Yang ini pula mak belang. lihat sahaja taring dan bulunya boleh bikin gerun. Mak belang ini ada dua ekor anak harimau yang comel.

Anak Singa Putih


Anak singa putih yang telah dinanti-nanti akhirnya telah sampai di Safari Wonderland pada 26 Ogos 2015. Kedua-dua anak singa ini di import dari afrika dan dilahir pada 8 april 2015 aiyu singa jantan manakala singa betina dilahirkan pada 28 april 2015.Anak singa ini berusia 7 bulan. Anak singa putih ini memang comel. Kalau korang tengok diorang bergurau senda...haishhhh macam kucing pula comelnya.


Kalau korang hendak tahu, anak singa ini berkenan betul dengan Areez, dari sampai asyik pandang Areez sahaja. Sampaikan ada satu gambar shaila sedang duduk, tiba-tiba dia datang mcam hendak terkam, terkejut mak nok masa itu...apa lagi terus melompat...hahaha. Tapi mungkin sebab usia harimau ini dengan Areez sebaya..itu yang dia berkenan sangat itu..kahkahkah.


Bersama dengan blogger terkenal dengan sikap peramahnya iaitu yannie.


Bersama dengan blogger femes lagi retis iaitu Nyiena dan Uzu 


Thanks kepada pihak Safrai wonderland dan A' famosa kerana menaja kami ke sini. Dan kepada En.Arif, terima kasih memilih shaila untuk buat review ini.

 Pakej Safari Wonderland 


Okay sampai disini sahaja entry shaila, jumpa lagi di entry akan datang.

Sekian Terima Kasih

No comments:

Post a Comment

Logo KBBA

REVIEW : SUKA SUSU KAMBING COKELAT

Susu sememangnya bagus untuk kesihatan tubuh badan secara keseluruhan. Ia mengandungi sumber kalsium dan fosforus yang baik. Susu juga membe...