February 23, 2016

Food Review |Teriyaki chicken from shogun2u

Assallammualaikum


Cuti hujung minggu ini, shaila habiskan di rumah sahaja. Hurmmmm apa menu untuk masak hari ini? shaila pun tiada idea untuk masak hari ini. Haaa!!! sekali sekala pesan untuk menu makan tenghari okay jugakkan. Shaila teringin pula hendak makan menu makanan Jepun. Jom kita ke www.shogun2u.com untuk order online makanan siap penghantaran lagi. Shaila order lebih kurang pukul 11.30 dan sampai lebih kurang pukul 12.30 agak cepat jugak penghantaranya. Tetapi memang pada laman web sudah mention penghantaranya lebih kurang 1 jam.


Di shogun2u terdapat pelbagai jenis makanan korea, japanese, Chinese,western, thai dan lain-lain. Disebabkan shaila teringin makan makanan japan, jadi menu makanan yang shaila order adalah Teriyaki Chicken. Shaila tengok ayam dia itu macam memyelerakan sahaja. Itu baru tengok belum rasa lagi.


Tadi bekas bertutupkan, haaa...inilah dia Terayaki chicken yang shaila order itu. Buka sahaja bekas sudah bau aroma ayam yang menyelerakan...nyummmyyyyyyyy!!! . Apa lagi tidak sabar hendak rasa ini...hahaha...Okay untuk nasi, nasi dia adalah dari nasi pulut yang agak kenyal. Ayam dia pula rasanya boleh tahan lebih kurang rasa ayam the chicken rice shop tapi tidaklah exactly sama. Kicap dia agak masin sikit. Tapi kalau ada sup mungkin akan lebih sedap sebab bila makan tidak berkuah ini rasa tercekik pula. Lagi satu makan sampai sudah sejuk...kalau tengah-tengah panas-panas mungkin bertambah menyelerakan.


Set ini di datangi dengan air. Pada mulanya shaila ingatkan air halia sebab ada batang dalam air itu. Tetapi bila di amati rupanya batang tebu. Nama air ini adalah sugar cane. Rasa air sedap dan tidak terlalu manis. Bila dua kali rasa macam air buah kundur pun ada.


Menu tambahan shaila adalah Ninja Shushi. Sudah lama rasanya tidak makan shushi ini, last shaila makan adalah zaman universiti. Rasa teringin pula, jadi shaila pun orderlah satu. Haaa...rasa dia boleh tahan tapi agak hanyir sedikit. Bila sudah cicah dengan kuah disediakan ngappp!!! hanyir itu tidaklah terasa sangat. Mungkin itu fungsi kuah itu, untuk hilangkan bau hanyir.


Ohhh yaaa...dalam set itu, kek itu juga diberikan. Kek ini adalah Black Forest Cake. Harga kek ini RM8.80 kalau tengok dalam laman web shogun2u, kek ini merupakan best seller. Hurmmmm memang padanlah dengan rasa dia yang enak dan secukup rasa. Untuk kek ini boleh repeat order lagi ini. Okay sampai disini sahaja entry shaila, jumpa  lagi di entry akan datang.

Sekian Terima kasih.

February 08, 2016

Travel Review | Melaka 2016 Hari Kedua

Assallammualaikum 



Lokasi shaila pada hari kedua adalah Perigi Hang Tuah. Apa yang menarik di sini adalah ole-ole dia yang murah. Kalau macam gula melaka, shaila cadangkan lebih baik beli di sini kerana di sini lebih murah dan lebih ahli berbanding di tempat lain. Terdapat banyak ole-ole yang dijual disini seperti dodol, kerepek, belacan, cencalok, dan lain-lain.



Selain ole-ole, beg juga ada dijual disini. Beg ini memang menjadi tarikkan pengunjung yang datang ke sini. Mama shaila juga membeli beg ini kerana hasilnya yang cantik dan kemas.



Selain itu, tudung salji yang berwarna warni ini juga menjadi tarikkan. Warna dia yang lembut memang menjadikan ia lebih nampak menarik dan moden.



Inilah dia rupa perigi hang tuah. Airnya sejuk dan tidak pernah kering. Kalau kita tengok gambar macam tidak dalam tetapi hakikatnya sangat dalam, jangan sesiapa cuba terjun pula bila sampai di sini.



Selepas membeli barang di perigi hang tuah, lokasi seterusnya sebelum pulang ke sungai buloh adalah Pantai Klebang. Tujuan kami ke sini adalah untuk mengambil udara dan angin pantai.



Cuaca ketika gambar ini diambil sangat panas. Sebab itu mata kami berdua kecil sahaja. Ketika kami datang, memang ramai pengunjung datang ke sini jalan-jalan dan ambil gambar di tepi pantai. 



Bila cuaca panas, tekak pun kering apa lagi pergi pekena Abc atau cendol pun sedap. Shaila memilih Abc manakala yang lain memilih cendol. Kenapa gambar cendol tiada?? kerana shaila malas ambil gambar review untuk kedai ini. Bukan apa pertama cendol sampai tidak mengikut kuantiti di order. kedua pula shaila pesan soto kosong untuk baby tetapi yang sampai soto siap letak cili. Mak cik shaila pesan Mee Kari tetapi mee kari rasa masin. Kira punya kira...hurmmm harga tidak berbaloi dengan makan. FAILED!!

Selepas makan, kami pun bergerak pulang ke sungai buloh. Alhamdulillah perjalanan kami lancar dan tidak tersekat dengan jem. Okay sampai di sini sahaja entry shaila, jumpa lagi di entry akan datang.

Sekian Terima Kasih.

Travel Review | Melaka 2016 Hari Pertama

Assallammualaikum 



Tujuan shaila ke Melaka adalah untuk menghadiri undangan perkahwinan dari saudara belah Melaka. Kami bertolak dari Sungai Buloh ke Melaka pada pukul 8.30 dan sampai ke Melaka pada pukul 12.00. Kami singgah dahulu homestay yg telah kami booking semiggu sebelum datang ke sini. Setalah berehat dan tukar baju, kami pun bergerak ke kenduri kahwin yang lokasinya tidak jauh dari homestay kami menetap.



Inilah pengantin yang diraikan itu. Tema untuk majlis perkahwinan ini adalah lebih kepada traditional melaka. Semua ahli keluarga pengantin memakai baju pahlawan dan juga baju songket. Tetamu memang ramai, dah ambil makanan pun kena berdiri menanti meja yang kosong. Sesudah makan, kami terus bersalaman dengan kelurga pengantin untuk pulang ke homestay. 



Selepas asar, kami bergerak ke dataran pahlawan. Kami lepak minum dahulu sambil makan burger berhadapan Asam Pedas JR. Burger dia boleh tahan sedap juga..ohhh yaaa...gambar burger tidak sempat shaila ambil kerana dah ngap dulu sebaik burger sampai...hihihi



Selepas minum-minum, kami bergerak ke pasar uptown pahlawan walk untuk jalan-jalan cuci mata. Memang banyak barang di jual di situ antaranya baju, kasut beg tangan dan lain-lain. Untuk beg harga dia lebih kurang harga di selangor manakala ada sesetengah baju  agak mahal dari Shah Alam. Sedang seronok berjalan, tiba-tiba hujan turun pulak, jadi kami terus bergerak ke lokasi serterusnya iaitu cari restoran ikan bakar.



Shaila tidak meletakkan nama restoran atau gambar restoran kerana kurang memuaskan. Sementara menunggu makanan sampai kami berborak-borak sambil melihat perlawan bola.



Antara makanan yang diminta adalah kailan ikan masin. Kailan ikan masin ini sedap, antara banyak-banyak restoran yang shaila pergi, dekat sini sedap.



Menu seterusnya adalah sotong tepung. Sotong ini di saluti tepung yang tebal tetapi isi sikit. Selain itu tepung dia tawar. Bila makan cepat muak kerana tepung yang tebal dan tawar.



Menu seterusnya adalah ikan pari bakar. Ikan pari ini sampai lambat, kami sudah habis makan baru sampai. kami   order 2, jadi satu makan dan satu bungkus. Selain itu ada menu makanan yang kami order satu dia bagi dua. Tetapi harga dia makanan dia murah. Harga untuk 9 orang makan RM140. Selepas bayar kami pun pulang ke rumah untuk berehat.

Sekian Terima Kasih.
Logo KBBA

REVIEW : SUKA SUSU KAMBING COKELAT

Susu sememangnya bagus untuk kesihatan tubuh badan secara keseluruhan. Ia mengandungi sumber kalsium dan fosforus yang baik. Susu juga membe...