Tujuan shaila ke Melaka adalah untuk menghadiri undangan perkahwinan dari saudara belah Melaka. Kami bertolak dari Sungai Buloh ke Melaka pada pukul 8.30 dan sampai ke Melaka pada pukul 12.00. Kami singgah dahulu homestay yg telah kami booking semiggu sebelum datang ke sini. Setalah berehat dan tukar baju, kami pun bergerak ke kenduri kahwin yang lokasinya tidak jauh dari homestay kami menetap.
Inilah pengantin yang diraikan itu. Tema untuk majlis perkahwinan ini adalah lebih kepada traditional melaka. Semua ahli keluarga pengantin memakai baju pahlawan dan juga baju songket. Tetamu memang ramai, dah ambil makanan pun kena berdiri menanti meja yang kosong. Sesudah makan, kami terus bersalaman dengan kelurga pengantin untuk pulang ke homestay.
Selepas asar, kami bergerak ke dataran pahlawan. Kami lepak minum dahulu sambil makan burger berhadapan Asam Pedas JR. Burger dia boleh tahan sedap juga..ohhh yaaa...gambar burger tidak sempat shaila ambil kerana dah ngap dulu sebaik burger sampai...hihihi
Selepas minum-minum, kami bergerak ke pasar uptown pahlawan walk untuk jalan-jalan cuci mata. Memang banyak barang di jual di situ antaranya baju, kasut beg tangan dan lain-lain. Untuk beg harga dia lebih kurang harga di selangor manakala ada sesetengah baju agak mahal dari Shah Alam. Sedang seronok berjalan, tiba-tiba hujan turun pulak, jadi kami terus bergerak ke lokasi serterusnya iaitu cari restoran ikan bakar.
Shaila tidak meletakkan nama restoran atau gambar restoran kerana kurang memuaskan. Sementara menunggu makanan sampai kami berborak-borak sambil melihat perlawan bola.
Antara makanan yang diminta adalah kailan ikan masin. Kailan ikan masin ini sedap, antara banyak-banyak restoran yang shaila pergi, dekat sini sedap.
Menu seterusnya adalah sotong tepung. Sotong ini di saluti tepung yang tebal tetapi isi sikit. Selain itu tepung dia tawar. Bila makan cepat muak kerana tepung yang tebal dan tawar.
Menu seterusnya adalah ikan pari bakar. Ikan pari ini sampai lambat, kami sudah habis makan baru sampai. kami order 2, jadi satu makan dan satu bungkus. Selain itu ada menu makanan yang kami order satu dia bagi dua. Tetapi harga dia makanan dia murah. Harga untuk 9 orang makan RM140. Selepas bayar kami pun pulang ke rumah untuk berehat.
Sekian Terima Kasih.
Alahai.. Sotong tu dh mcm pisang goreng je rupanya.
ReplyDelete