May 18, 2016

Travel Review | Sunway Lagoon

Assallammualaikum 



Ini merupakan aktiviti shaila pada minggu lalu. Shaila dan keluarga pergi beriadah ke Taman Tema Sunway Lagoon. Tiket masuk untuk taman tema ini adalah berbeza. Shaila dapat tiket separuh harga yang dijual oleh kawan ipar.



Amusement Park pula menampilkan Wild Wild West yang menawarkan pelbagai tarikan terkenal seperti Grand Canyon River Rapids dicatatkan di dalam Malaysia’s Book of Records sebagai yang pertama seumpamanya Apa yang ada di Wild Wild West. Terdapat banyak permainan yang berada disini. Jom kita lihat antara permainan yang ada di sini.

 

Inilah permainan yang pertama kami terjah. Permaianan ini dinamakan Grand Canyon River rapids. Permainan ini boleh naik 2 hingga 6 orang. Sementara itu, pengembaraan menjadi nyata di World of Adventure di atas Pirate’s Revenge sebuah kapal lanun yang boleh berputar 360 darjah!

 

Gran Canyon River Rapids ini memberikan para pengunjung pengalaman seolah-olah sedang berlakon di dalam filem koboi mereka sendiri. 

 

Kemudian shaila dan keluarga ke permainan seterusnya iaitu Vultures. Permainan ini lebih kurang rasa ala-ala terbang ke udara gitu. Semasa rendah rasa steady dan cool sahaja tetapi bila makin lama makin naik tinggi, sampai senget-senget badan tahan kaki. Mana tidaknya rasa hendak terjatuh pun ada, rasa gayat pun ada...hahaha

 

Cawan pusing adalah permainan seterusnya yang kami naik. Cawan pusing ini best sebab dua kali kami repeat naik. 
 

Bahagian tengah itu adalah bahagian control pusingan cawan. Kalau tidak mahu pusing sangat biar dia  pusing sendiri tetapi kalau hendak super pusing bolehlah pusingkan laju-laju tombol tengah itu.


Untuk permainan kapal ini, shaila tidak naik sebab dulu shaila pernah naik sekali rasa hendak tercabut jantung. Meleleh-lelehlah air liur sebab menjerit sahaja. Untuk kali ini memang tidaklah adik ipar shaila sahaja yang naik.

 

Jom kita melawat binatang di Wild Life Park. Zoo mini yang menempatkan beberapa haiwan seperti singa putih,harimau belang,Beruang Matahari, harimau kumbang dan sangkar burung.

 

Ini adalah salah satu tarikkan utama yang terdapat dalam Wild Life Park adalah white lion.Sunway Lagoon juga sudah mempunyai tarikan hidupan liar yang menempatkan 150 spesis haiwan dari seluruh pelosok dunia yang sangat menarik untuk dilawati. Antara haiwan-haiwan yang menjadi tumpuan di sini ialah singa putih, harimau belang, harimau kumbang, burung-burung dan sebagainya. Di sini juga ada persembahan haiwan yang diadakan setiap hari di antara pukul 3 hingga 3.15 petang bertempat di Wildlife Theatre.

 

Untuk permainan ini, shaila tidak naik kerana anak shaila tiada orang hendak jaga semasa itu. Vuvuzela merupakan permainan terbesar dan terkenal di Sunway Lagoon. Vuvuzela dengan laluan air sepanjang 152 meter, direka untuk menyamai perjalanan melalui sungai yang bergelora sebelum jatuh ke corong air terbesar dunia.Ia juga dilengkapi lif yang membawa pelampung dengan enam tempat duduk ke dek pelepasan.Untuk menaiki permainan tersebut, pengunjung mestilah mempunyai tinggi sekurang-kurangnya tiga kaki dan 7.3 inci (110 sentimeter). Setiap pusingan permainan boleh memuatkan berat maksimum 454kg untuk setiap pelampung.



Kemudian seterusnya kami ke Scream Park untuk berjumpa dengan hantu-hantu di dalam itu. Semasa kami hendak masuk tiba-tiba ada wanita arab keluar dari situ katanya "not good not good" jadi shaila teka mesti hantu di dalam sana amat menyeramkan. Dup dup dup jantung semasa itu. Rupanya di dalam ini ada banyak peringkat dan setiap peringkat akan diberi penerangan oleh perkerja yang jaga di dalam itu. Hantu di dalam ini tiadalah seram sangat dan tiada konsep sentuh jadi korang perlu bimbang hantu-hantu didalam ini tidak akan sentuh korang. Hanya bunyi dentuman yang kuat sesekali kelibat hantu buat kita terkejut, itu sahaja.

 

Lihat, anak shaila pun tidak takut dengan hantu tau, elok  jer ambil gambar bersama hantu. Hailah anak, muncung tu tidak boleh cover betul...hahahah.

 

Okay setelah penat bermain permainan kering, jom kita mandi pula. Okay dekat area sini memang ramai orang dan panas. Disini juga disediakan ponduk untuk letak barang tetapai kalau lambat, memang penuhlah.

 

Air dia bersih cuma bau klorin sangat kuat. Memang gelap muka kami sekeluarga berjemur. Mana tidaknya mandi tidak ingat dunia, sedar-sedar sudah petang. Petang itu tiba-tiba hujan lebat selepas berteduh kami salin baju dan pulang. Sampai disini sahaja entry shaila, jumpa lagi di entry akan datang.

Sekian Terima Kasih

3 comments:

  1. wohaa...mcm best....teringat masa kat melaka hari tu...best best

    ReplyDelete
  2. permainan dia lebih kurang dekat melaka...memang best...hihihi

    ReplyDelete
  3. hahaha anak sila bergambar dengan hantu tu rileks je dia.. steady je...hahahaha

    ReplyDelete

Logo KBBA

REVIEW : SUKA SUSU KAMBING COKELAT

Susu sememangnya bagus untuk kesihatan tubuh badan secara keseluruhan. Ia mengandungi sumber kalsium dan fosforus yang baik. Susu juga membe...