Kerana sering dihujani dengan pelbagai pertanyaan dan persoalan tentang bedak Tanaka yang tidak dapat Shaila balas lagi. Entry kali ini Shaila akan menjawab beberapa persoalan yang telah dikemukakan. Untuk pengetahuan semua. Shaila memang tidak menjual bedak tanaka ini dan hanya buat review sahaja. Bedak ini memang sukar ditemui dipasaran sekarang kerana kali terakhir Shaila pakai adalah pada tahun 2013. Mungkin juga bedak ini masih ada jual lagi di Myanmar kerana asal bedak ini adalah daripada Myanmar.
Kelebihan Bedak Tanaka ini adalahalah Bedak Tanaka ini juga boleh menutupi ruang-ruang rongga si pemakai agar muka nampak rata dan flawless. Bedak tanaka ini memang sesuai untuk kulit muka yang BERJERAWAT tetapi tidak mampu untuk memudarkan JERAGAT. Sebenarnya jeragat memang susah untuk hilang melainkan menjalani rawatan laser yang memerlukan jumlah kos rawatan yang tinggi. Kepada yang sesiapa yang mengalami kulit JERAGAT, memang sukar untuk dihilangkan dengan menggunakan produk biasa tetapi hanya boleh dikawal agar tidak terus merebak. Shaila juga mengalami masaallah jeragat yang dihadapai sejak tahun 2012 hingga sekarang masih belum dapat diatasi. Jeragat ini disebabkan oleh beberapa faktor seperti berikut :
Sinaran matahari
Ultraviolet (UV) daripada matahari boleh merangsang tahap melanoctes.Malah, jeragat yang pudar boleh kembali dengan hanya sedikit pendedahan pada matahari.
Perubahan hormon
Wanita hamil sering mendapat jeragat. Apabila jeragat muncul di kalangan wanita hamil, ia dipanggil chloasma atau topeng kehamilan. Pil kawalan kelahiran dan ubat hormon juga boleh menyebabkan jeragat di muka.
Kosmetik
Produk penjagaan kulit dan alat make-up yang mengandungi bahan kimia berbahaya boleh merangsang kulit dan memburukkan lagi jeragat di muka.
Keturunan.
Akibat daripada genetik.
VITAMIN C
Penting dalam pembentukan kolagen.Ramai wanita mengamalkan produk kolagen walhal dengan hanya dengan mengamalkan makanan yng tinggi kandungan vitamin c mmbantu penghasilan kolagen dengan lebih baik.
VITAMIN E
Terkenal sebgai vitamin awet muda.Ia juga dikatakan melambatkan proses penuaan.Selainitu vitamin E juga dikatakan membantu keseimbangan hormon dan mengawal kadar minyak dalam liang kulit.Vitamin E juga membantu mengurangkan kesan kulit jeragat selain pengambilan beta carotene.

PROTEIN
Ianya membantu mengurangkan kesan hitam (kulit mati akibat jeragat).Tompokan hitam pada kulit akibat jeragat sangat sukar dihilangkan jika tidak mendapat cukup protein yang membantu dalam penghasilan sel baru.Untuk mendapatkan kulit yang cantik kita perlulah mendapatkan makanan yang bersumberkan protein yang baik.

Air
Sangat penting dalam pengaliran darah,penyerapan semua nutrien dari sumber makanan untuk diserap oleh tubuh.Kekurangan airboleh menyebabkan kita mempunyai kulit yang kering seterusnya mempunyai kulit yang bermasalah.
Sekian Terima Kasih
cik nor xpakai pn shaila..bau dia kuat sangat..blh pning dbuatnya..haha
ReplyDeleteaahhhh..bau dia agak kuat tapi fresh...shaila pun last pakai tahun 2013..hihihi
Delete