October 28, 2016

Pengalaman Minum Air Gula

Assallammualaikum

 

Bila dengar sahaja nurse bagitahu kena minum air gula, pasti ibu-ibu akan berasa cuak dan lemahkan. Begitu juga dengan Shailla. Ini merupakan pengalaman Shailla kali pertama minum air gula kerana semasa mengandungkan Areez Syahmi, Shailla memang terlepas daripada kena minum air gula.

Sebenarnya rasa air gula itu tiadalah teruk mana pun cuma yang tidak tahan adalah kena cucuk untuk ambil simple darah dan kena tunggu 2 jam kemudian ambil darah kembali. Jadi ibu-ibu tidak perlu risau kerana rasa air gula tidaklah horrible seperti yang Shailla bayangkan sebelum ini. 

Untuk keputusannya pula, kita akan mengetahui pada check up akan datang. Bila fikir risau juga, tapi harap tiada masaalah dengan kencing manis.Aminnnnn...okay setakat ini sahaja entry Shailla untuk kali ini. 

Sekian Terima Kasih ❤️

2 comments:

  1. akak lepas minum tu duduk dulu. alhamdulillah dah lepas zaman mengandung. semoga adinda pula selamat mengharungi pengalaman manis ini

    ReplyDelete

Logo KBBA

REVIEW : SUKA SUSU KAMBING COKELAT

Susu sememangnya bagus untuk kesihatan tubuh badan secara keseluruhan. Ia mengandungi sumber kalsium dan fosforus yang baik. Susu juga membe...