Hai semua,hari ini jom kita berbicara tentang jodoh. Jodoh datang dalam pelbagai cara. Ada jodoh yang datang sendiri dan ada juga yang kita perlu cari. Pasti ada sesetengah daripada yang masih belum mendapat jodoh berasa runsingkan. Untuk mencari jodoh perlu ada skills bukan main redah sahaja. Terdapat banyak cara yang boleh kita gunakan untuk mendapatkan skills dalam menjodohkan orang. Sekarang tidak perlu khuatir lagi kerana Matchmaking Masterclass by Lunch Actually dapat membantu anda
Sesi disampaikan oleh Ms Violet Lim, Ketua Pegawai Eksekutif dan juga co-founder Kumpulan Lunch Actually. Beliau merupakan 'certified matchmaker' yang ditauliahkan oleh Matchmaking Institute New York. Mengasaskan Lunch Actually pada tahun 2004, kini merupakan syarikat terbesar nombor 1 di Asia yang telah membantu menguruskan lebih 90,000 temujanji dengan 85% kejayaan mempertemukan jodoh di seluruh asia.
7 Tips Terbaik Cara Jodohkan Orang dari Lunch Actually
1. Minta Izin
Sebelum korang nak bawa member pegi jumpa yang mungkin bakal pasangan dia tu, paling-paling bagitau la dia, mintak kebenaran bagitahu tujuan korang. Ye la, tak semua orang okay dengan cara kita. Mungkin la dia memang tak bersedia nak ada pasangan lagi ke kan.
2. Kita Bukan Tuhan
Maksudnya, kita ni boleh ramalkan dan cuba jodohkan, tapi tak semestinya mereka tu serasi. Kadang-kadang kita rasa kawan yang sesama main game akan lebih serasi, padahal deorang taknak pasangan main game jugak.
3. Perbaiki Skil Matchmaking Anda
Seseorang matchmaker yang baik adalah mereka yang mengambil masa untuk mengenali skil dan kata hati mereka. Mereka perlu sensitif dan ada pandangan dari pelbagai aspek dan perspektif.
4. Belajar Apa Yang Mereka Mahu, Tahu Apa Yang Mereka Perlu
Matchmaker patut mengambil masa untuk lebih mengenali orang yang mereka nak jodohkan tu sebab nak jodohkan orang ada banyak faktor kita kena tahu. Contoh: hobi, hubungan lalu, kepercayaan mereka, dan banyak lagi.
5. Memberi Kasih-Sayang Memang Sukar
Belajar untuk cakap secara lembut dan memujuk. Setengah orang, nak calon pasangan dia tinggi la, kurus la, pandai la tapi itu semua bukan faktor untuk hubungan yang berjaya dan bermakna. Jadi tugas kita kena nasihat mereka.
6. Memahami Halangan
Tak mudah untuk seseorang bukak cerita mengenai kehidupan peribadi dia, tapi itu salah satu tugas sebagai matchmaker. Korang perlu tahu, kenapa mereka macam tu, dan apa halangan yang mereka hadapi contoh macam tak yakin atau fobia dengan pengalaman lalu.
7. Paling Penting, Jadi Non-Judgemental
Point paling penting sekali jangan senang-senang kita nilai seseorang tu dari perangai dia bila 1-2 kali jumpa. Kita kena kenal pasti cara dia dengan pelbagai faktor. Kotla dia bad mood ke apa semua tu mempengaruhi rasa mereka.
Sebagai matchmaker, kita kenalah jadi pendengar yang baik, tanpa mengadili masalah mereka, dan pada waktu yang sama jangan mudah milai seseorang. Untuk mengetahui lebih lanjut boleh hubungi mereka seperti alamat tertera dibawah ini.
Lunch Actually
Alamat: Suite A-29-10, Level 29,
Menara UOA Bangsar, Jalan Bangsar Utama,
Bangsar 59000, Kuala Lumpur
Contact: +603 2282 8310
Email: klcupids@lunchactually.com
Website: www.lunchactually.com
Terima Kasih
Credit to :
No comments:
Post a Comment