August 15, 2017

KUEH Cafe Seksyen 13 Shah Alam

Assalamualaikum ❤️


Hari ini sha ingin berkongsi dengan korang tentang satu cafe yang terkenal dengan pelbagai jenis kuih. Yang menariknya di sini juga terdapat beberapa kuih tradisi yang mungkin juga korang tidak pernah lihat dan rasa sebelum ini.


Sha mengetahui pasal KUEH Cafe ini melalui rakan-rakan. Memandangkan cafe ini berdekatan dengan office jadi semasa makan tenghari, kitaorang melencong makan di situ. Ketika sampai di sini agak terkejut juga sebab lengang dan senang sangat dapat parking. Keadaan di dalam cafe ini tersusun kemas dan selasa. Banyak tempat duduk yang disediakan. Siap pilih lagi tempat mana nak duduk.


Konsep cafe ini adalah bayar dahulu. Korang perlu buat pesanan dan bayar di kaunter. Sha memesan nasi kerabu bersama ais chocolate. Rasa nasi kerabu ini boleh tahan ditambah dengan bahan-bahan sepeti ayam goreng, cili, kelapa, telu masin dan sayur memang menaikkan selera sha untuk makan hingga habis. Kalau sampai sini rugilah kalau tidak makan kuihkan. Sha dan kawan office memilih lima jenis kuih yang berharga RM4.00. Keseluruhan adalah makanan, minuman dan juga kuih berbaloi dengan harganya. Sha juga tidak teragak untuk datang kembali ke sini. Okay sampai di sini sahaja entry sha kali ini, jumpa lagi di entry akan datang.

Alamat :
Jalan Renang 13/26, Tadisma Business Park, 40100 Shah Alam, Selangor, Malaysia

Waktu Berniaga :
10 Pagi hingga 10 Malam

Terima Kasih 

19 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. owh kuih ni yg rita rudaini punya kann. teringin nak kesini.. tp belum berkesempatan. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaa... Hopefully pas ni.. Dapat sampai disini... Jgn lupa tag sha... Hihihi

      Delete
  3. Ni kafe artis kan rita rudaini kalau tak silap.asyik lalu lupaaa je nak singgah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.. Klu dah byk kali lalu.. Wajib singgah ni... Hahhaa

      Delete
  4. semua kafe best2 jauh dari rumah sobs .. nanti terpergi sana boleh lah cuba

    ReplyDelete
  5. Ada ye cawangan KUEH kat Shah Alam?
    Boleh singgah ni

    ReplyDelete
  6. Best makan di cafe begini sebab masih mengekalkan menu tradisional.. Al-maklum sekarang susah juga jumpa kuih tradisi..

    By the way, salam kenal Sha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tau xpe.. Rambang mata tgk kuih2 yang ada disitu.. Hihihi

      Delete
  7. jauh pula nak pergi . tp besttt ada kuih2 tu

    ReplyDelete
  8. cafe ni pernah masuk program jjcm tv3..kalau tgk mmg banyak jenis kuih yg ada meriah betul

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat meriah kak.. Geram tgk kuih yg ada dekat situ..hihihi

      Delete
  9. Terbaik! Kena singgah kalau ke Shah Alam nanti.

    ReplyDelete

Logo KBBA

REVIEW : SUKA SUSU KAMBING COKELAT

Susu sememangnya bagus untuk kesihatan tubuh badan secara keseluruhan. Ia mengandungi sumber kalsium dan fosforus yang baik. Susu juga membe...