Assalamualaikum ❤️
Hai semua, apa khabar? Di harap dalam keadaan sihat selalu. Okay kali ini sha ingin cerita tentang percutian sha ke Terengganu. Sha jatuh cinta dengan Terengganu ini sejak sha berkahwin dengan suami lagi. Sha cuti bulan madu juga di Pulau Redang, Terengganu.
Ada beberapa perkara yang buat sha jatuh cinta dengan Terengganu ini iaitu pertama adalah pantai dan kedua adalah makanan.
Ketika cuti sempena hari Kemerdekaan dan juga cuti Hari Raya Haji sha dan juga keluarga mertua telah pergi bercuti sambil melawat saudara mara mertua yang berada di sana.
Berbalik pada sambutan Hari Raya Haji di sana, bagi sha sama sahaja dengan di Selangor. Kami telah menyewa homestay milik saudara mertua dan bergotong royong untuk menyediakan juadah Hari Raya Haji seperti ketupat, rendang dan masak lodeh. Pada belah malam pula bergotong royong bakar BBQ.
Barisan model-model yang bergelar mak-mak orang di Hari Raya Haji. Sang suami, selepas balik sembahyang raya, makan dan terus tidur. Jadi kami sang isteri-isteri sahaja bergambar. Pada Hari Raya Haji kali ini makanya tidak dapatlah lihat sembelihan lembu seperti raya-raya yang lepas. Selepas sembahyang jumaat, kami semua bergerak ke rumah saudara yang terletak di Bandar Ketengah Jaya Dungun, Terengganu.
Sudah masuk makan tenghari, masa untuk makan! sha akan sambung lagi cerita tentang Terengganu di entry akan datang.
Sekian Terima Kasih 💕
bestnya jejalan time raya..:)
ReplyDeleteBest tapi penat... Hihihi
DeleteTahun ni xdpt balik ganuuu wuuu sedey
ReplyDeleteXpe.. Next raya boleh join.. Huhuhu
Deletetahun ni xdpt balik raya haji dekat dungun sebab abah pergi haji.
ReplyDeleteWahhh... Orang dungun yer.. Hihihi
Deletepantai timur biasa raya haji memang meriah
ReplyDeleteItulahhh... Tp sebab xdpt tgk.. Tu rasa biasa jee.. Hihihi
DeleteMerkur Gold Strike Safety Razor - FEBCASINO
ReplyDeleteMerkur's Gold 출장마사지 Strike Safety Razor, Merkur Platinum herzamanindir Edge Plated https://febcasino.com/review/merit-casino/ Finish, ventureberg.com/ German, Gold-Plated, Satin Chrome gri-go.com Finish. Merkur has a more aggressive looking,