November 16, 2017

KL Tower Mini Zoo Tempat Menarik Harus Dikunjungi

Assallammualaikum 



Memandangkan Areez Syahmi telah mencecah umur 1 tahun 7 bulan, Shailla dengan suami ada rancang untuk bawa Areez Syahmi mengenali haiwan. Kebetulan KBBA9 telah mengadakan aktiviti beriadah bersama keluarga sambil mengeratkan lagi silaturrahim antara ahli KBBA9 di KL Tower Mini Zoo pada minggu yang lalu.

 
 

Shailla sampai disini dalam pukul 9.30 pagi dan kebetulan ketika kami sampai ada pula parking berdekatan dengan pintu masuk jadi Shailla tidak perlu jalan jauh. Ketika sampai di depan pintu masuk KL Tower Mini Zoo kelihatan beberapa blogger daripada kelab KBBA9 telah pun sampai. Apa yang menarik adalah didepan pintu masuk KL Tower Mini Zoo ditempatkan dua ekor burung kakak tua yang menarik para pengunjung disitu.

 

Pasti ramai hendak tahu harga untuk masuk ke sinikan. Diatas Shailla kongsikan  harga tiket untuk masuk ke dalam KL Tower Mini Zoo.

 

Inilah dia keluarga KBBA9 yang turut serta dalam aktiviti beriadah ke KL Tower Mini Zoo ini. Memang gamaklah suasana didalam KL Tower Mini Zoo dengan kehadiran ahli KBBA9. Nasib binatang-binatang didalam KL Tower Mini Zoo ini tidak diserang sakit jantung apabila menerima lawatan daripada KBBA9.

 

Ini merupakan haiwan yang ada disitu, memang comel geram sahaja shailla tengok, nasib haiwan ini duduk dalam cermin, kalau tidak memang kena picit dengan Areez Syahmi.

 

Tengah shailla pusing-pusing didalam KL Tower Mini Zoo ini, tiba-tiba terlihat kanggaro yang comel ini tergantung didalam karung ini. 

 

Areez Syahmi tengah kusyuk melihat anak buaya itu berenang. Kalau hendak tahu, sebenarnya Areez Syahmi buat-buat berani sahaja itu. Bila anak buaya itu dekat dengan dia terus hendak menangis.

 

Kambing juga ada didalam KL Tower Mini Zoo ini tau. Kita juga boleh memberinya makan tetapi dengan kebenaran penjaga disitu.

 

Ketika ini ahli KBBA9 tengah sibuk bergambar dengan burung yang terdapat disini. Memang terdapat pelbagai jenis spesis burung yang ditempatkan di KL Tower Mini Zoo ini.

 

Ini adalah antara burung yang ada disini. Cantikkan buring belakang Shailla ini, bulunya berwarna warni gitu memang menarik perhatian pada sesiapa yang memandangnya.

 

Kambing biri-biri juga ada disini. Kita boleh pegang dan juga memberinya makan.

 

Masa untuk tangkap ikan. Haaaa ini memang kegemaran Areez Syahmi. Ikan didalam kolam kecil sangat jadi memang suiar untuk ditangkap. Setakat untuk main-main tangkap ikan bolehlah. Macam Areez Syahmi bila dapat pegang penangkap ikan itu, memang tidak mahu lepas sebab inilah masanha untuk dia main air. Jenuh jugalah pujuk Areez Syahmi untuk pergi ke tempat lain pula.

 

Antara yang best tempat ini adalah kita boleh bermain dengan rabbit da juga kura-kura gergasi yang ada disini. Disini kita akan diberikan sayur untuk memberi kura-kura ini makan. Memang seronok dapat dapat bermain dengan kura-kura dan juga rabbit tetapi malangnya Areez Syahmi langsung tidak mahu main kerana takut..huhuhu

 
 
 

Kalau lihat daripada luar memang nampak KL Tower Mini Zoo ini macam kecil, tetapi sebenarnya bila sudah masuk ke dalam baru tahu sebenarnya kawasannya luas terdapat pelbagai jenis haiwan didalamnya. Memang lenguh kaki jugalah berjalan terutama part kena mendaki naik tangga. Tidak rugi rasanya berkunjung ke sini kerana selain melihat pelbagai jenis haiwan, KL Tower Mini Zoo merupakan antara salas satu tempat menarik yang harus dikunjungi bersama keluarga.

 

Untuk mengetahui sebarang maklumat tentang KL Tower Mini Zoo boleh rujuk info yang Shailla sertakan didalam gambar diatas.

Sekian Terima Kasih.

14 comments:

  1. Bawak adik2 kecik, anak2 mesti best. Lgiw bila dpt pegang. Mesti dorg teruja . Hehehe. Maklumlah kat rumah xde bela haiwan

    ReplyDelete
  2. mmg bagus bwk anak² dtg sini, boleh mereka kenali haiwan..

    ReplyDelete
  3. Tggu ank besar ckit baru boleh pegi cn..hehe..

    ReplyDelete
  4. hari tu nak masuk tp rasa cam kecik je tempatnya kan

    ReplyDelete
  5. bawak anak p sini time cuti sekolah ni menarik

    ReplyDelete
  6. macam best jea mini zoo ni..nak bawak anak pergi sinilah..

    ReplyDelete

Logo KBBA

REVIEW : SUKA SUSU KAMBING COKELAT

Susu sememangnya bagus untuk kesihatan tubuh badan secara keseluruhan. Ia mengandungi sumber kalsium dan fosforus yang baik. Susu juga membe...