January 26, 2018

Kurus bersama Sista Stardust Fib're Rose

Assalamualaikum 💕

Sebelum sha pergi bercuti hari itu, sebaik sha balik dari office, tengok ada satu parcel sampai di rumah. Ehhh!! Terdetik dalam hati, bila pula aku beli barang online ini. Jadi dengan rasa curiga dan teruja untuk mengetahui apa yang terkandung dalam parcel itu, sha pun terus buka. Waaa.. Cantiknya packaging dia!!  warna hijau gitu. Produk minuman fibre dari Sista Stardust rupanya.

Sista Stardust Fib're Rose

Fibre!! Alamak mesti tidak sanggup minum sebab pasti rasa mual dan muak. Terbayang dulu yang sha pernah mencuba minuman jenis fibre ini, tapi akhirnya kecundang di tengah jalan gara-gara tidak tahan rasa mual dan muak! Ikutkan sha, kalau makan atau minum supplement, memang nak sedap sahaja, yelah.. Kalau tidak sedap dan sanggup telan.. Macamana nak habiskan.. Hihihi


Sekarang ini sudah hampir dua minggu sha minum Fib're Rose ini. Memang boleh telan dan rasa masam-masam dia boleh layan. Pada pengemar epal hijau, haaa rasa masam dia lebih kurang rasa epal hijau dan bau dia pun sedap, tidak buat sha rasa loya. Memang serasilah dengan tekak sha.

Khasiat Sista Stardust Fib're Rose

Pasti semua tertanyakan, betul ke Fib're Rose ini boleh kuruskan badan? Kalau korang nak tahu, Fib're Rose adalah makanan tambahan yang berasaskan daripada campuran bahan botanic semulajadi untuk kesihatan dan kecantikkan. Selain itu juga, Fib're Rose mengandungi ramuan istimewa iaitu Ekstrak kelopak Rose (Japan Whitening) dan pelbagai bahan yang mampu mengawal selera makan sekaligus menyelesaikan masaalah berat badan.


Terdapat 9 kebaikan Sista Stardust Fib're Rose :
  • Meningkatkan metabolisme tubuh badan
  • Membantu proses pencernaan & sembelit
  • Membuang toksin dari badan
  • Mengawal selera makan
  • Badan akan lebih ringan dan bertenaga
  • Membakar lemak dan melansingkan badan
  • Membantu menyihatkan badan
  • Mengandungi antioksida yang tinggi
  • Mengempiskan perut
Kelebihan Sista Stardust Fib're Rose :
  • Merupakan produk buatan Malaysia 
  • Pengesahan daripada KKM
  • Lulus GMP
  • Jimat, dimana satu kotak itu adalah untuk kegunaan selama 2 bulan.

Kesan Selepas Mengamalkan Sista Stardust Fib're Rose 

Seperti yang sha beritahu di atas, sha baru minum produk ini hampir 2 minggu. Ada beberapa kesan yang sha rasai iaitu:

Lawas - Yang ini memang ketara sangat. Sepanjang sha minum Fib're Rose ini,setiap kali selepas makan, beberapa jam kemudia pasti pergi membuang. Minuman dicadangkan adalah Sebelum tidur. Tetapi sha selalu minum selepas maghrib. Ini kerana sebelum tidur, sha akan tidurkan anak. Tapi malangnya, selalu dengan sha sekali tidur. Untuk mengelak dari terlupa atau skip minum, jadi sha akan minum selepas maghrib. Kesannya adalah setelah bangun dari tidur mesti sha akan pergi tandas untuk membuang begitu juga selepas sarapan pagi. Sha juga suka minum milo dan selalu terjadi pada sha ialah bahan buangan jadi keras. Sejak minum Fib're Rose ini, alhamdulillah bahan buangan sha tidak keras dan lawas dengan jayanya. 

Mengempiskan Perut - Yang ini sebenarnya yang sha idamkan ketika minum Fib're Rose ini. Apa yang sha perasan, perut sha tidak lagi membuncit seperti di masukkan gas didalamnya. Walaupun tidak nampak flat, at least bila nampak pengurangan ini, sha sudah rasa cukup gembira. Harap lepas ini tiada orang cakap sha mengandung lagi. Padahal mengandungi lemak tepu yang degil tidak mahu keluar sahaja

Berat Turun - kalau bab ini mesti korang sukakan, bukan korang sahaja tapi sha pun suka. Mana tidaknya, beberapa hari lepas sha timbang, nampaklah penurunan dalam sekilo lebih, Walaupun tidak banyak, tapi nampak jugalah penurunan dia dari langsung tidak turun.. Huhuhu. Sha memang tidak sekat makan. Makan sahaja apa yang ada. Bagi sha yang penting jika kita makan, kita perlu juga untuk membuang bagi membersihkan usus dan juga toksin dalam badan. Kekerapan membuang air besar yang baik adalah diantara 3 kali seminggu atau sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.



Di dalam video ini, sha ada berkongsi tentang cara pengambilan Sista Stardust Fib're Rose adalah seperti berikut :

Campur 1 paket (10 grams) ke dalam 150ml air suam, kacau sehingga larut dan minum serta-merta selepas penyediaan. Minum air yang secukupnya sepanjang hari untuk kesan yang terbaik.

Pemakanan Yang Dicadangkan: 1 paket sehari, sebelum tidur.

Perhatian: Jika anda hamil, menyusu atau sedang mengambil ubat, sila rujuk kepada doktor atau penasihat perubatan sebelum mengambil sebarang makanan tambahan. Minuman ini juga tidak boleh diambil ketika sedang datang bulan.

Testimoni dari Pengguna Sista Stardust Fib're Rose :





Harga
1 BOX RM150 ( 60 sachets)

Untuk keterangan lanjut boleh layari :

Facebook : sistastardust
Intagram : @sistastardust

Sekian Terima Kasih

28 comments:

  1. Apalagi jomm kurus.. macam best jer produk ni Sha.

    ReplyDelete
  2. Macam best jer... Senang lak tu dah siap paket. Nanti usha ig dia!

    ReplyDelete
  3. Lanjer kita sekotak sis, nak selim melim jugakkk... Hihihiii

    ReplyDelete
  4. ohh..bagus ni ya dlm proses pembuangan toksin. Rasa mcm ina perlukan lahh

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah...dia nyah toksin berbahaya dalam badan..bagus cuba..recomended!

      Delete
  5. Tq for share , leh rekomen kat org yg nak kurus ni

    ReplyDelete
  6. Replies
    1. betul tu...no siri kkm boleh didapati di belakang kotak.

      Delete
  7. Pembuangan lancar tu ohsem lagi cpt kurus

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang best kak...trial 2 month...tgklah hasil nanti...hihihi

      Delete
  8. Uish boleh kempiskan perutlah! Nak try jugakla

    ReplyDelete
    Replies
    1. yer kak..walaupun tidak nampak ketara...tapi nampak lar hasilnya...huhuhu

      Delete
  9. minum sebelum tido je... wahh senang la gitu leh jimat haha

    ReplyDelete
  10. Wahh thank you. Boleh diri sendiri cuba nie

    ReplyDelete
  11. Nama produk ni menarik..stardust, mcm benda magik hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan...hopefully dia berjaya magikkan sha kurus macam zaman anak dara...hahaha

      Delete

Logo KBBA

REVIEW : SUKA SUSU KAMBING COKELAT

Susu sememangnya bagus untuk kesihatan tubuh badan secara keseluruhan. Ia mengandungi sumber kalsium dan fosforus yang baik. Susu juga membe...