February 19, 2018

Tempat Menarik di Kuala Selangor

Assalamualaikum 💕

Bercerita tentang tempat menarik di Kuala Selangor, sabtu lepas sha dan juga keluarga beriadah ke Kuala Selangor. Rancanganya adalah untuk berkelah di Pantai Remis. Jadi sebelum bergerak, kitaorang masak dahulu bekalan untuk makan disana nanti. Tepat pukul 9.30am, terus bergerak ke lokasi perkelahan.


Sebelum sampai ke Pantai Remis, kitaorg singgah dahulu digerai cedol durian pulut Sungai Buluh. Lokasi dia terletak di Jalan Klang - Teluk Intan. Sewaktu sampai disini, orang tidak ramai jadi pesanan sampai cepat. Sha order cendul tanpa pulut. Rasa cendul durian ini memang sedap. Memang licin, tambah makan ketika cuaca panas...fuhhhh...layan..hihihi. Selepas perkena cendol, teruslah bergerak ke Pantai Remis untuk berkelah makan tenghari disana.


Alhamdulillah, ketika sampai di Pantai Remis, masih ada pondok kosong untuk kami duduk berkelah. Sebelum bawa keluar semua bekalan, pondok itu kitaorg bersihkan dahulu. Macam-macam lauk yang kitaorg bawa seperti nasi lemak, nasi putih dan lauk pauk.



Kalau datang disini, seeloknya datang petang kerana pertama memang panas terik disitu. Sha pun sudah bertukar jadi dayang senandungs. Hihihi . Dan yang kedua adalah gerai jualan juga dibuka sepenuhnya pada waktu petang. Pelbagai jenis barang terdapat disitu termasuk barang kering dan basah. Sambil makan, sambil untuk ke tempat seterusnya iaitu Bukit Melawati dan Firefly Resort. Selepas siap berkemas, singgah sekejap gerai kemudian bergerak ke Bukit Melawati.

Lokasi : Pantai Remis,

Jalan Pantai Remis, Jeram, 45800 Jeram, Selangor.



Seperti dapat dijangka, di Bukit Melawati ramai orang. Untuk naik kereta api kena beratur panjang. Jadi kitaorang ambil keputusan untuk lepak area disitu sahaja sambil bagi monyet yang berada disitu makan. Dibawah banyak juga monyet berkeliaran, cuma tidak banyak dan pelbagai jenis seperti diatas. Selepas selesai bagi monyet makan, kitaorang pun bergerak ke Firefly Park Resort untuk bawa anak-anak mandi kolam.

Lokasi : Bukit Melawati,
45000 Kuala Selangor, Selangor



Sha sampai di Firefly Park Resort dalam pukul 3pm lebih. Jadi ketika sampai memang pengunjung sudah penuh. Untuk masuk, pengunjung perlu membayar sebanyak dewasa RM7 manakala kanak-kanak pula adalah RM5. Selesai menukar pakaian terus bawa anak-anak terjun dalam kolam. Keadaan air kolam ketika itu agak keruh mungkin jumlah pengunjung yang ramai.

Sha suka konsep chalet dia yang dibina diatas air. Nampak cantik dan menarik. Kawan sha ada tidur di situ. Ketika dia menginapmdi Chalet itui air kolam masih bersih lagi.

Sedang sha lepak dibawah payung kerana hujan ketika itu, ada mak cik sebelah sha cerita yang dia nampak "sesuatu" lalu berdekatan dia tadi. Terus sha hurmmm..teruk betul pengunjung yang tidak menjaga kebersihan. Tidak pasal kolam itu jadi tercemar. kalau Sha teringat kisah itu, kena fikir dua kali untuk datang ke sini balik.

Lokasi : Firefly Park Resort,
Kampung Bukit Belimbing, 45000 Kuala Selangor, Selangor

Okay sampai disini sahaja entry sha, jumpa lagi di entry akan datang.

Sekian Terima Kasih ❤️ 

1 comment:

Logo KBBA

REVIEW : SUKA SUSU KAMBING COKELAT

Susu sememangnya bagus untuk kesihatan tubuh badan secara keseluruhan. Ia mengandungi sumber kalsium dan fosforus yang baik. Susu juga membe...