Selalu kalau korang dengar sahaja pasal kedah, pasti lokasi percutian yang terbayang dan berlegar-legar di minda korang adalah Pulau Langkawi. Tunggu dulu, sebenarnya terdapat banyak tempat menarik yang boleh dikunjungi bersama keluarga ketika berkunjung ke kedah yang
terkenal dengan Negeri Jelapang padi atau “Rice Bowl of Malaysia”, negeri yang aktif dengan aktiviti pertaniannya.
Negeri Kedah atau juga dikenali sebagai Kedah Darul Aman merupakan salah satu daripada 14 negeri di Malaysia. Kedah terletak di utara Semenanjung Malaysia dan memiliki keluasan 9,425 km2. Tanah besar mempunyai rupa bumi yang agak rata, yang digunakan untuk menanam padi. Bukti arkeologi ditemui di Lembah Bujang mendedahkan bahawa sebuah kerajaan Hindu-Buddha memerintah Kedah purba mungkin seawal 110 Masihi Penemuan kuil, jeti terus, besi peleburan tapak, dan tugu-tugu batu bata tanah liat sejak hingga 110 Masihi menunjukkan bahawa laluan perdagangan maritim dengan selatan India Tamil yang kerajaan sudah ditubuhkan sejak masa itu. Penemuan di Lembah Bujang juga menjadikan Kedah sebagai tamadun purba yang tertua di Asia Tenggara.
TARIKKAN DI KEDAH
1. Muzium Arkeologi Lembah Bujang
2.Muzium Kota Kuala Kedah
Muzium Kota Kuala Kedah terletak di tapak Kota Kuala Kedah atau Kota Kuala Bahang yang terletak di tebing utara muara sungai Kedah. Ianya dibina sebagai benteng pertahanan bagi negeri Kedah selain dari ibu negerinya di Alor Setar. Di sini korang boleh melihat meriam, rumah api dan pintu gerbang Kota Kuala Kedah. Terdapat juga sebuah rumah yang dijadikan muzium menyimpan pelbagai barang peninggalan sejarah Kota Kuala Kedah
5. Gunung Jerai
Gunung Jerai merupakan gunung ketiga tertinggi di Malaysia. Apa yang menariknya adalah selain pengunjung dapat mendaki serta mandi air terjun, di kemuncuk gunung turut di sediakan penginapan untuk pengunjung.
7. Ulu Lenggong Hot Springs
Kepada korang minat mandi air panas, Ulu Lenggong Hot Springs adalah tempatnya. Setiap kolam air panas yang terdapat sini berbeza mengikut suhu dan kedalaman kolam. Kolam untuk kanak-kanak juga turut disediakan. Terdapat kemudahan chalet dan juga homestay untuk para pengunjung.
8. Bukit Pinang
Di Bukit Pinang terdapat tanah dusun buah-buahan seluas 2 ekar.
Sesuai untuk berehat dan beriadah di hujung minggu bersama keluarga. Terdapat Pokok durian, manggis, dukong, rambutan, kelapa pandan, salak, petai dan lain-lain terdapat di sini.
9. Air Terjun Seri Perigi
Air Terjun Seri Perigi terletak di daerah Yan. Merupakan air terjun di kaki Gunung Jerai yang cantik dan tinggi. Terdapat kolam disediakan untuk aktiviti berkelah serta mandi manda.
MAKANAN DI KEDAH
1. Laksa Kedah
2. Nasi Ulam
3. Pulut Inti
4. Kuih Karas
5. Gulai Nangka
6. Ikan Bakar
Ikan bakar adalah hidangan ikan yang dibakar atau dipanggang di atas api atau bara api.
HOTEL DI KEDAH
Di Kedah terdapat banyak hotel menarik yang boleh korang kunjungi. Untuk menempah hotel senang sahaja, takkan tak tahu Traveloka kan ada!. Terdapat banyak tawaran hebat ada di situ. Antara hotel yang tersenarai di dalam Traveloka adalah seperti :
Hotel Grand Crystal Kedah - terletak di Alor Setar. Merupakan sebahagian daripada Grand Hotels International Group. Hotel ini mempunyai 138 bilik dan suite yang luas yang dilengkapi dengan keperluan seperti akses internet Wi-Fi percuma, TV satelit / kabel, dan telefon IDD.
Swiss-Inn Sungai Petani - terletak di negeri Utara Malaysia. Menawarkan pelbagai kemudahan hotel dan rekreasi. Dengan 101 bilik tetamu yang lengkap dengan pelbagai kemudahan moden dan perkhidmatan.
Regency Hotel Alor Setar - terkenal dengan penginapan 3-bintang dengan layanan mesra, perkhidmatan mesra dan pesona Kedah yang tidak dapat dinafikan. Terletak betul-betul di tengah-tengah bandar, institusi kewangan utama, bangunan kerajaan dan korporat, kemudahan awam dan kemudahan lain semuanya dekat.
The Danna Langkawi - adalah resort mewah lima bintang yang terdapat di sekitar sudut dari Oriental Village di Pantai Kok dengan koleksi 125 bilik dan suite yang penuh cahaya, lima tempat makanan dan wain dan rawatan spa yang melebihi harapan. Dibahagikan kepada lapan kategori, unit penginapan berukuran dari 60sqm hingga 600sqm dengan balkoni peribadi yang menawarkan pemandangan ke atas hutan hujan dan lautan.
Langkawi mempunyai kisah legenda berpanjangan yang tersimpul rapi dalam sejarahnya. Tanya sesiapa sahaja di pulau itu mengenai kisah tragik seorang perempuan cantik bernama Mahsuri, dan anda akan mendengar sebuah kisah cinta, cemburu dan satu sumpahan yang telah dikenakan ke atas pulau ini olehnya selama tujuh keturunan.
Hari ini, generasi ketujuh penduduk Langkawai telah lama berlalu pergi, tetapi masyarakat di sini masih mempercayai bahawa kekayaan dan kesejahteraan yang dinikmati pulau itu kini dan sumpahan yang dikenakan bukanlah satu kebetulan. Mistisisme legenda ini boleh dirasai di banyak tempat di pulau ini, terutamanya di Makam Mahsuri (Mahsuri Mausoleum), tempat di mana Mahsuri disemadikan.
NIGHTLIFE IN LANGKAWI
Selalu kalau korang bercuti di Langkawi, mesti korang akan pergi naik Langkawi Cable Car, pergi Makam Mahsuri , melihat hidupan air di Underwater World Langkawi dan pada hari terakhir akan singgah HIG untuk beli chocolate . Kemudian satu lagi tempat wajib pergi adalah Idaman Suri untuk borong pinggan mangkuk yang cantik-cantik. Kebanyakkan aktiviti ini di lakukan pada siang hari.
Bila tiba waktu malam, mesti korang tidak tahu hendak buat apakan? Mai sini, sha kongsikan beberapa tempat tarikkan "Nightlife in Langkawi" yang boleh di kunjungi ketika berada di sini.
Antara tempat "Nightlife in Langkawi" yang boleh korang kunjungi ketika bercuti ke Pulau Langkawi adalah :
Dataran Helang
Tidak lengkap percutian korang sekiranya sampai di Langkawi tidak singgah bergambar di sini. Dataran Helang merupakan tempat menarik yang menjadi tumpuan pelancong untuk bergambar. Apa yang menarik terdapat di sini adalah ukiran burung helang yang berukuran 12.6 X 21.6 meter terletak berdekatan jeti Pulau Lagenda. Pemandangan di Dataran Helang ini sangat menarik dan menakjubkan dengan berlatarkan belakang gunung. Di sini juga terdapat sebuah tasik serta jejambat . Dari sini juga, korang boleh melihat feri yang berulang alik dari Teluk.
2. Pantai Cenang
Di Pantai Cenang sangat terkenal di Langkawi. Di sini terdapat banyak penginapan dan merupakan salah satu tempat yang menjadi tumpuan pelancong untuk bermalam. Pada waktu malam, Patai Cenang ini sangat meriah dengan pelancong akan membanjiri jalan utama di sekitar pantai cenang . Di Pantai Cenang juga terdapat banyak kedai makan dan juga kedai membeli cenderahati.
Sunset Tropical Cruise
Telaga Harbour Langkawi
Pulau Tuba
Pulau Tuba yang dikenali sebagai lubuk ikan dengan sumber laut yang kaya dengan spesies bernilai komersil seperti jenahak, kerapu, siakap, ketam, sotong dan sebagainya. Keistimewaan lain di Pulau Tuba adlah seperti gua kelawar yang menempatkan beribu-ribu kelawar spesies terkecil. Ia mudah dikunjungi, cuma mengambil masa 30 minit berjalan kaki mengikut denai. Jika tiba pada waktu bulan gelap, anda mungkin berkesempatan melihat koloni kelip-kelip yang cuma berada kira-kira 100 meter dari pekan Tuba.
Tunggu apa lagi? Isikan hari cuti anda bersama keluarga tercinta dengan percutian hebat hanya di Traveloka. Untuk maklumat lanjut boleh layari UNSEEN MALAYSIA