Putrajaya, 20 Mac 2018 – Bersempena dengan ketibaan Ramadan yang saban tahun dinantikan oleh seluruh umat Islam khususnya, bakal berlangsung JUALAN BARANGAN RAYA FESTIVAL RAMADAN PUTRAJAYA 2018 bermula 17 Mei 2018 (1 Ramadan 1439) selama sebulan bertempat di Dataran Putrajaya, Presint 3. Dengan objektif untuk menyatukan ukhuwah rakyat Malaysia yang berbilang agama dan budaya, penganjuran festival ini juga membuka peluang perniagaan kepada usahawan muda yang pada hari ini seakan menjadi satu senario menarik setiap kali tibanya Ramadan.
Festival Ramadan Putrajaya 2018 disasarkan untuk mereka yang berada di kawasan seperti Bangi, Kajang serta kejiranan yang berhampiran bagi memudahkan mereka merancang masa untuk persiapan raya sepanjang Ramadan. Di samping itu, festival tersebut turut menawarkan pelbagai aktiviti menarik sepanjang Ramadan untuk para pengunjung.
Selain itu, turut disediakan hadiah utama yang berupa sebuah biji kereta ataupun motosikal untuk cabutan bertuah, persembahan ‘busking’ para artis popular masa kini, penampilan artis-artis istimewa yang akan diumumkan dari masa ke masa serta akan diserikan lagi dengan gerai para selebriti terkenal seperti Ella, Hanez Suraya, Kaka Azraff, Ekin, Leez Rosli, Sofi Jikan, Haiza, Saiful Apek, Siti Sarah, Shuib dan ramai lagi. Program ini menggabungkan seramai 30 selebriti terkenal tanahair.
Malah, turut diberikan perhatian khusus dalam penganjuran festival ini adalah program kerohanian. Tazkirah Ramadan bersama selebriti pilihan dan ceramah agama dari penceramah jemputan bakal menghiasi kalendar sepanjang bulan tersebut. Sebelah petang pula, program bubur lambuk akan memeriahkan lagi festival tersebut. Hujung minggu pula, direncanakan majlis iftar bersama anak-anak yatim yang terpilih.
Tumpuan juga akan diberikan kepada barisan gerai daripada pelbagai jenama terkenal dari kalangan hijabista dan lain-lain. Penjualan di gerai akan merangkumi tawaran pakaian muslimin dan muslimah terkini, alat solek, perhiasan rumah serta kuih raya untuk persediaan Syawal kelak.
Pastinya Festival Ramadan Putrajaya 2018 akan memudahkan persiapan keluarga mahupun individu kerana di sinilah bakal tertumpunya pelbagai aktiviti menarik dari segi intelektual dan kerohanian, penawaran jenama terkenal yang mampu milik dan juga ruang untuk beramah mesra dengan personaliti popular tanah air.
Untuk maklumat dan informasi terkini, sila hubungi;
Unit Publisiti Jualan Barangan Raya Festival Ramadan Putrajya 2018
Pada Tahun ini, Kelab Blogger Ben Ashaari atau Kbba9 telah mengadakan Family Day Kbba9 di Legoland Malaysia. Ini merupakan kali pertama sha dan juga keluarga sampai ke sini. Memang perasaan ketika ini sangat teruja untuk menerokai seluruh permainan yang terdapat di Legoland Theme Park ini bersama keluarga.
Legoland Malaysia
Merupakan sebuah taman tema yang dibuka di Nusajaya, Johor, Malaysia pada 15 September 2012. Taman tema ini juga menyediakan lebih 40 tunggangan interaktif, persembahan dan tarikan. Ia juga merupakan taman tema Legoland yang pertama pernah dibuka di Asia. Berukuran 5,500,000 kaki persegi (510,000 m2) dan terletak dalam Iskandar Malaysia.
Legoland Theme Park Malaysia Map
Tempat Menarik Terdapat di Legoland Theme Park Malaysia
THE BEGINNING
Ketika memasuki pintu gerbang Legoland Theme Park Malaysia, korang akan dapat lihat block lego yang besar terletak berhampiran kaunter tiket.
Setelah memasuki gerbang Legoland Theme Park Malaysia, di situ terdapat kedai-kedai yang menjual barang cenderamata serta mainan lego. Kafe juga turut tersedia di sini.
LEGO CITY
Untuk kanak-kanak, di Lego City membolehkan mereka memandu kereta, pesawat dan kapal. Ia juga bergantung pada umur dan juga ketinggian anak.
Nissan Driving School dan Driving School Junior membolehkan anak korang memandu sambil mempelajari tentang keselamatan jalan raya dan isyarat jalan raya. Lego Drivers License juga akan diberikan.
The Boating School merupakan aktiviti dimana korang perlu mengawal boat. Aktiviti ini agak santai. Asalnya sha bagi Areez bawa, memandangkan dia tidak pandai kawal dan bot tersasar jadi sha yang kena kawal. Di pertengahan jalan kami stuck sebab ada bot berlanggar. Makan masa juga untuk kawal bot ke laluan yang betul.
Selain itu, untuk kanak-kanak yang minat dengan dunia penerbangan dan bercita-cita untuk menjadi pilot, boleh cuba Lego City Airport. Permainan ini untuk kanak-kanak berumur 3 tahun ke atas dimana mereka boleh memandu dan mengawal pesawat mereka sendiri.
Sudah penat berjalan, jadi sha pun ambil Legoland Expressdimana korang boleh menaiki keretapi yang membawa korang pusing sekitar taman. Sambil merehatkan kaki seketika sambil menikmati angin dan juga pemandangan beberapa tempat di kawasan Legoland Theme Park Malaysia.
Disini juga terdapat Lego Rescue Academy dimana kanak-kanak berumur 4 tahun ke atas boleh menaiki serta melakukan aktiviti menyelat dan memandam api bersama keluarga.
Di dalam Lego City Stage, penonton boleh melihat persembahan menarik dari Ninjago’s Kai bersama rakan dalam menentang evil Clouse. Persembahan ala wayang dan animasi sangat menarik perhatian sha. Selain itu, sha tertarik dengan kesan bunyi dan lampu yang digunakan sangat cantik dan berwarna warni.
MINILAND
Kebanyakkan arca lego disini kebanyakannya adalah mercu tanda yang terkenal di seluruh dunia.
Di sini juga korang boleh lihat mercu tanda bandar terkenal seperti Merlion Singapura, Menara Berkembar Petronas Malaysia, Angkor Wat Kemboja, Piramid Mesir dan Taj Mahal India adalah antara yang banyak dipamerkan.
Kesemua bangunan-bangunan ini di bina daripada lego. Terdapat kira-kira lebih 70 juta LEGO yang digunakan untuk membuat bangunan-bangunan ini. Apa yang menarik lagi adalah korang boleh menekan butang untuk menghidupkan bunyi atau untuk memancarkan paparan mercu tanda.
LEGO NINJAGO WORLD
Lego Ninjago The Ride merupakan pengalaman yang menyeronokan di mana korang dapat menaiki Ninjago Ride mengembara ke alam 4D.
Ketika berada di dalam, korang bukan sahaja dapat melihat animasi malah korang juga kena bertarung. Di setiap Ninjago Ride, disediakan butang untuk korang guna semasa berlawan.
Korang perlu mengalahkan Great Devourer dan meraih gelar ninja. Korang juga kena gerak isyarat tangan untuk menyebarkan api, bumi, ais dan kuasa kilat semua dari kerusi sepanjang perjalanan di Ninjago Ride. Semasa keluar dari Ninjago Ride, ada satu paparan screen menunjuk kedudukan korang. Sha dapat tempat ke empat, mana tidaknya sibuk bergambar dan bawa si kenit ini, memang kalah lar.. hihihi. Selepas itu korang akan melalui kedai yang menjual barang cenderamata.
Di luar bangunan Ninjago The Ride pula, korang boleh bergambar dengan patung serta bangunan Ninjago yang juga diperbuat dari Lego.
IMAGINATION
Ingat di Melaka saja ada menara, haaa.. di sini pun ada tau. Nama menara ini adalah Observation Deck. Apa menarik tentang Observation Deck adalah ia membawa korang ke ketinggian 60 meter untuk nikmati pemandangan 360 seluruh Legoland.
Inilah adalah pemandangan dari atas yang sempat sha rakamkan. Memang seronok ketika berada di atas, tambahan pula dapat lihat seluruh Legoland dari atas.
Permainan ini pula dinamakan Kids Power Tower. Apa yang menarik tentang permainan ini adalah korang perlu berusaha menarik tali untuk naik ke atas dan lepaskan tangan sikit demi sikit untuk turun ke bawah. Untuk permainan ini, sarung tangan disediakan.
Untuk permainan ini sangat sesuai untuk kanak-kanak. Mereka boleh menikmati perjalanan kereta api Duplo yang bergerak di Duplo Express.
Kereta Api Duplo ini akan berpusing 2 pusing sebelum berhenti. Memang seronok menaikinya. Cuma untuk anak 1 tahun, kena pegang. Jika tidak memang terhantuk ke dinding disebabakan landasan yang tidak rata dan stabil.
Sha suka masuk LEGO Studios kerana ia menayangkan khas filem dalam 4D. Di dalam LEGO Studiosini korang akan rasapengalaman menonton filem lengkap dengan angin, air dan kesan kabus untuk membawa cerita dan watak-watak ke kehidupan. So orang akan basah sikit la kena air dan biuh sabun.. hihihi
Lego Kingdom
Apa yang menarik terdapat di The-Dragon adalah selain korang boleh naik dan masuk ke dalam Istana ini, dekat sini juga bergambar memang cantik. hihihi
Sesiapa yang inginkan permainan mencabar, Dragon’s Apprentice adalah salah satu permainan Rollercoaster yang perlu korang cuba.
Untuk kanak-kanak boleh cuba Royal Joust, di mana mereka akan di bawa naik kuda Lego. Kanak-kanak akan merasai sama seperti menaiki kuda yang sebenar. Selain itu mereka akan berperang untuk lawan dan muncul juara.
Merlin’s Challenge pula sesuai untuk keluarga main. Permainan ini sangat santai.
LEGO TECHNIC
Sha juga sempat masuk Lego Star Wars Miniland. Apa yang menarik dis sini adalah korang dapat melihat tayangan beberapa minit, kemudian masuk ke dalam untuk melihat lebih dari 2000 model terkenal LEGO Star Wars serta adegan ikonik dari keenam episode dan seri animasi Star Wars: The Clone Wars. Model yang ditunjukkan juga menampilkan kesan suara, aksi dan cahaya asli Star Wars untuk menghadirkan pengalamanyang menyeronokkan bagi seluruh keluarga.
Korang juga boleh mencuba Technic Twister bersama keluarga dimana korang perlu putar di sekeliling di pod Lego yang besar. Korang juga boleh mengawal kelajuan pod dengan memutar roda di tengah-tengah pod itu.
Aquazone Wave Racers, sambil korang berlumba sambil itu korang harus harungi ledakkan bom air. Kalau nasib tidak baik, korang akan basah.
Pada yang sukakan cabaran, boleh menaiki The Great Lego Race VR Coaster. Korang akan melalui 15 sudut lengkuk dan berpusing pada ketinggi 18 meters membuat korang hilang suara dan hendak tercabut jantung. Di luar memang nampak Rollercoaster biasa tetapi sebenar bila korang pakai cermin mata yang diberikan, korang seolah masuk ke dalam alam animasi iaitu alam lego di mana di dalam itu terdapat jalan cerita, watak, aksi dan persekitran yang unik. Memang sangat menggerunkan dan mencabar. Asalnya tempat ini dinamakan project x kemudian bertukar menjadi Lego VR Coaster. Untuk permainan ini, sha hanya lihat sahaja kerana takut untuk naik.. hahaha
My Short Legoland Theme Park Video, Happy Watching !
Beli Pas Tahunan dengan harga tiket 1 hari dan berpeluang untuk memenangi NISSAN ALMERA!
Haa...ini tawaran baik untuk korang. Sekarang korang boleh membeli Pas Tahunan LEGOLAND Malaysia untuk mendapat lebih banyak hadiah tahun ini! Beli pas tahunan untuk harga tiket 1 hari dan berpeluang untuk menbawa pulang Nissan Almera apabila anda membeli, memperbaharui atau menaiktaraf Pas Tahunan mulai 1 Feb 2018 dan seterusnya!
Dengan Pass Tahunan LEGOLAND, anda akan dapat melawat resort LEGOLAND secara PERCUMA, 365 hari setahun. Semua aktiviti yang menarik termasuk Miniland, Driving School, Roller Coaster LEGO VR dan banyak lagi yang boleh dikunjungi.
Korang dan keluarga juga akan dijemput untuk mengambil bahagian dalam acara yang berlaku di resort sepanjang tahun. Bermula dari sambutan Lunar New Year celebration, the region largest LEGO® Star Wars days, tricks-or-treats celebration to the year-end Bricktacular festivity! Semak manfaat Pas Tahunan penuh Disini
Apa lagi tunggu? cepat rebut peluang untuk memenangi Nissan Almera baru apabila korang mendaftar hari ini juga! Semakin banyak yang korang beli, semakin tinggi peluang korang untuk membawa pulang kereta baru.
* sah untuk pas Premium
Bagaimana hendak menang?
Untuk tetamu hotel memiliki tiket Combo 2 Hari, naik taraf tiket hari korang ke Tahunan Pass atau RM100 di Kaunter Perkhidmatan Tetamu semasa ketibaan untuk berpeluang untuk memenangi kereta!
Sekarang kalau kita tengok, banyak betul produk susu kambing yang dijual dipasaran. Macam-macam jenama ada. Kadang rasa keliru nak pilih yang mana. Keluarga adalah segalanya buat sha, sebab itu sha hanya pilih yang terbaik buat mereka. Begitu juga untuk beli minuman kesihatan untuk keluarga, banyak perlu dititik beratkan.
Sekarang sha lihat, ramai sedang memperkatakan tentang kebaikkan Lazz Susu Kambing. Disebabkan itu, sha juga ingin mencuba minuman kesihatan Lazz Susu Kambing untuk sha dan juga keluarga. Tambah pula Lazz Susu Kambing ini terjamin selamat dan bersih. Jadi sha tidak rasa ragu-ragu untuk beri minuman Lazz Susu Kambing pada keluarga.
Apa itu Orgamilk?
Pasti ada antara korang yang masih belum tahu tentang maksud orgamilk. Okey, orgamilk adalah susu kambing segar yang terhadil tanpa unsur hormon atau sintetik kimia, dipasteur dan diserbukan menjadi minuman berkhasiat.
Keistimewaan Lazz Susu Kambing
Lazz merupakan perintis susu kambing kurma organik Malaysia.
Kombinadi susu dan kurma orgamilk menyediakan khadiat nutrisi semulajadi.
Di Import 100% dari Holland
Susu kambing organik,halal,berkhasiat dan sedap tanpa sebarang bahan kimia yang diragui sesuai untuk seisi keluarga
Lazz Susu Kambing mempunyai Rasa yang enak dan tidak mempunyai Bau Hamis Kambing.
Merupakan Produk terbaru Keluaran Muslim dan Mendapat PengiktiranMESTI daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.
Lazz Susu Kambing juga terjamin Selamat, Bersih, dan Sihat.
Bersifat Alkali ringan.
Lazz Susu Kambing antara minuman sunnah yang terlaris di pasaran dan mendapat sambutan ramai. Terdapat tiga perisa yang telah sha cuba iaitu Lazz Susu Kambing Asli, Lazz Susu Kambing Choco dan Lazz Susu Kambing Kurma. Serius sha cakap, kesemuanya rasa sedap sangat! tapi yang paling sha suka adalah Lazz Susu Kambing Choco.
Pracampuran Combo Mix 1 : Asli + Choco + Kurma
Khasiat Lazz Susu Kambing
Anak - Semua ibu digalakkan menyusukan anak secara ekslusif dengan susu ibu sahaja selama 6 bulan dan meneruskan sehingga mencapai 2 tahun. Makanan Pelengkap perlu dimulakan semasa anak berumur 6 bulan / 180 hari. Ini bermakna dari lahir sehingga bayi berumur 6 bulan, bayi hanya perlu diberi Susu ibu sepenuhnya dan tidak perlu air atau susu tambahan. Selain itu tulang anak lebih kuat dan gigi cepat tumbuh. (Kalsium pada susu kambing lebih tinggi dari susu lembu) . Dapat kurangkan allergenic dan bantu hilangkan kahak dan lelah.
Pelajar / Remaja - Untuk pelajar atau remaja sangat baik untuk meningkatkan sistem imunisasi badan. Penghadaman akan menjadi lebih lawas dan lancar. Dapat meningkatkan IQ dan cepat belajar sesuatu.
Ibu Hamil - Elak sembelit akibat pengambilan ubat klinik(lawass), menaikkan HB & cegah anemia.
Beri tenaga, hilangkan loya dan pedih ulu hati.
Nutrien sempurna untuk bayi. Bayi lahir kulit sihat tak sensetif. Tulang tegap tak lembik, IQ nya tinggi. Dan khasiat yg PALING popular ialah untuk membantu mengurangkan risiko bayi terkena kuning.
Ibu Menyusu - Bayi yang menyusu turut dapat khasiatnya. Kulit bayi tidak sensitif dan susah nampak parut. Tulang baby lebih kuat. Menjadi milkbooster dan penawar jika ada masalah susu berkurang.Membantu memekatkan susu badan dan mengurangkan keguguran rambut. Badan akan kekal bertenaga walaupun bayi kerap menyusu.
Kehamilan - Kombinasi susu kambing dan kurma sangat bagus untnk kesuburan. Boleh diambil bersama suppliment lain dengan menjarakkan selang beberapa jam. Diperkaya dgn Kandungan Iron dalam bentuk yang paling pantas diserap oleh tubuh dan asid folik penting untuk menguatkan rahim sebagai persediaan untuk kehamilan yang sihat.
Dewasa / Warga Emas - Susu Kambing Bersifat Alkali. Sifat ini berlawan dengan makanan dan toksin yang menjadi penyebab penyakit-penyakit kronik. Khasiat lazz susu kambing membuat badan berasa lebih bertenaga dan terasa ringan. Melegakan sakit gastrik dan membantu merawat asma dan lelah. Selain itu mampu membuang angin dan toksin dari badan. Dengan 1 hidangan hanya 80 kalori, boleh membantu mengawal kenaikan berat dan nafsu makan.Sekaligus dapat membantu mengurangkan risiko penyakit kronik seperti sakit jantung, darah tinggi, diabetes.
Lazz Susu Kambing Asli (Tanpa Gula)
Lazz Susu Kambing Asli ini tiada sebarang campuran dengan susu lain dan tiada sebarang perisa kerana ianya ASLI. Ia hanya mengandungi susu kambing asli bersifat alkali dan organik yang diproses tanpa menghasilkan bau hamis. Lazz Susu Kambing Asli tidak mengandungi apa-apa formula sintetik khas dan sesuai untuk semua peringkat umur.
ANAK - Susu Kambing LAZZ Asli tanpa gula adalah salah satu alternatif untuk Si Manja anda yang mempunyai alahan pada susu.
Ia juga membantu Si Manja dalam mengeluarkan kahak & angin, tiada lagi masalah sembelit. LAZZ Asli bermanfaat dalam perkembangan sel-sel otak dan sel sistem saraf.
IBU HAMIL - Untuk ibu-ibu yang mengandung, bagus sangat amalkan Lazz Susu Kambing ini. Kerana terdapat banyak khasit terdapat di dalamnya seperti dapat membantu meningkatkan Hb. Ibu hamil akan rasa lebih bertenaga dan lebih lawas. Selain itu, dapat mengurangkan risiko bayi lahir kuning. Susu kambing merupakan khasiat terpenting dalam proses pembentukkan dan pertumbuhan jaringan tubuh manusia. Gabungan Calcium & Phosporus penting dalam membentuk struktur dan kekuatan tulang Si Manja dalam perut ibu. Ianya merupakan nutrisi lengkap ketika kehamilan.
IBU BERPANTANG & MENYUSU - Khasiat untuk ibu dan anak, membantu dalam pembentukan sel darah merah, tumbesaran, penghasilan antibodi dan meningkatkan sistem imunisasi anak. Tulang anak lebih kuat & membantu penghasilan susu ibu.
WARGA EMAS - Merupakan sumber tenaga untuk melakukan aktiviti seharian. Klasium yang tinggi dapat membantu menguatkan tulang akibat faktor usia. Susu kambing juga dapat mengurangkan sakit sendi & lutut serta mencegah penyakit Osteoporosis. LAZZ Asli tanpa gula merupakan satu alternatif untuk memberi tenaga kepada warga emas.
Lazz Susu Kambing Choco
Jika anak korang tidak suka minum susu putih, jangan risau Lazz Susu Kambing Chocokan ada. Anak sha si Areez juga suka Lazz Susu Kambing Choco. Mungkin kerana rasanya lebih milky dan warna tidak terlalu coklat.Sebenarnya, sha pun suka yang Choco juga! hihihi. Selain rasa choco yang sedap, rupanya Lazz Susu Kambing Choco ini terkandung khasiat baik buat anak. Antara khasiat yang terkandung dalam Lazz Susu Kambing Choco adalah seperti :
Selera Makan - Lazz Choco mengandungi Niacine yang merangsang selera makan anak. Selain itu juga, membantu menaikkan berat bagi yang menghadapi masalah berat badan sebelum ini.
Kulit - susu kambing kaya dengan Vitamin C. Selain untuk mencantikkan kulit, ia juga membantu mengeringkan serta menyembuhkan luka.
Lawas - Sesuai untuk bantu anak kekal mudah lawas seperti biasa.
Kaya Dengan Garam Mineral - Seperti Magnesium, Potassium, Kalium, dan baik untuk imunisasinya.
Lazz Susu Kambing Kurma Dan Cafe
Susu Kambing Untuk Ikhtiar Kehamilan, NAK IKHTIAR ZURIAT?
Haaa..ini berita baik untuk pasangan yang sedang berusaha untuk memiliki zuriat. Set Sejoli merupakan pakej khas untuk pasangan yang ingin ikhtiar hamil. Kombinasi susu kambing dan campuran buah kurma terkenal sebagai ikhtiar hamil oleh masyarakat Arab dan terkenal dengan kemujarabannya.
Khasiat dari susu kambing dan tambahan ekstrak buah kurma yang kaya dengan asid folik yang semula jadi di dalamnya boleh membantu kesuburan kedua pasangan dan menguatkan rahim. Susu kambing juga bersifat alkali & boleh diambil jika hidapi masalah Cyst, Fibroid, dan Pcos.
khasiat dari pengamalan LAZZ. Selain membantu untuk Kesuburan, ia juga membantu:
1) Menguatkan Rahim bagi Wanita yang kerap alami keguguran
2) Menstabilkan Hormon yang kurang
3) Membantu Mengaturkan Haid
4) Menambah Darah (HB)
LAZZ KURMA - Isteri
Susu kambing kurma boleh membantu dalam menstabilkan kitaran haid, masalah senggugut, keputihan dan membantu menguatkan rahim. Susu kambing berfungsi menstabilkan hormon dan sangat baik diambil oleh wanita yang ada masalah period atau dalaman.
LAZZ CAFE - Suami
Susu kambing berfungsi menstabilkan hormon dan kesihatan sangat baik untuk dalaman dan luaran, seperti membantu memekatkan air mani, meningkatkan kualiti sperma, membantu mengurangkan toksik berlebihan dan membantu melancarkan peredaran darah.
Terdapat beberapa testimoni yang telah berjaya hamil, namun begitu penting bagi pasangan untuk ikhtiar, berdoa dan yakin .emog dengn mengamalan produk ini, dapat membantu korang beroleh zuriat. InsyaAllah
CARA PENGGUNAAN SUSU KAMBING KURMA LAZZ
Bayi : Sukatan 1 scoop : 2 Oz
Dewasa - 4/5Scoop untuk 1 mug
Panduan Penyediaan - 1 hingga 3 kali sehari.
Bancuh 3 sudu Susu Kambing Kurma Lazz bersama 180 ml air suam.
Kacau hingga larut dan ia sedia untuk diminum.
Anda juga boleh mencampurkan Susu Kambing Kurma Lazz ke dalam minuman kegemaran anda.
Sha amat sarankan agar korang mencuba Lazz Susu Kambing ini. Jangan lupa mencuba Lazz Susu Kambing tau! Untuk keterangan lanjut korang boleh tengok link sha kongsi dibawah.