Assallammualaikum
Rakan-rakan #Kbba9 yang turut serta menjelajah Farm In The City |
Kumpulan A |
Sempena cuti Hari Malaysia yang lalu, Sha sempat pergi Farm In the City bersama keluarga dan rakan-rakan untuk merasai pengalaman berada di Petting Zoo.
Farm In The City |
Farm In The City ini terletak di Seri Kembangan Selangor. Kalau korang tidak tahu lokasi, boleh guna Maps atau Waze dengan hanya menaip “Farm In The City”. Pasti ramai tertanya-tanya apa yang membezakan Farm In The City dengan Zoo yang lain kan? Haaa…jawapannya adalah korang boleh mendekati serta memberi makanan pada haiwan-haiwan yang terdapat di situ secara dekat.
Bagaimana pula dengan harganya?
Untuk harga pula terbahagi kepada dua kategori :
- Normal Price Rate (Pelancong Asing) : Adult = RM55
- Mykad Price Rate : Adult = RM37 / Senior Citizen / Children = RM30. Free admission for children height below 90cm
Selamat Datang Ke Farm In The city |
Peta Pandu Arah Farm In The City |
Selain itu juga, terdapat Tour Guide yang mengiring Sha dan rakan yang ketika berada di situ. Pelbagai penenrangan juga maklumat yang beliau sampaikan sepanjang berada di sana, memang sangat membantu.
Apa Yang Boleh Korang Buat Ketika Berada Di sini?
Menunggang Kuda Padi
Anak-anak korang juga boleh merasai pengalaman menaiki kuda padi. Sebenarnya Sha agak terkejut juga yang Si Areez boleh naik kuda padi sorang-sorang kerana sebelum ini dia sangat takut naik kuda jika tiada sesiapa menemani dia. Tapi untuk kali ini dia berjaya naik kuda padi ini secara sorang-sorang. Perasaan Sha ketika itu sangat teruja dan gembira melihat perubahan padanya.
Kuda padi minta cium ke mintak makan ni? Hahaha..Kelakar saja tengok gelagat kuda padi ini. Nampak comel sahaja.
Beramah Mesra Bersama Raccoon
Memang seronok ketika dapat menberi raccoon comel ini makan. Pada awalnya raccoon ini duduk di dalam sangkar. Kemudian mereka keluar berehat di batang pokok menanti pelancong memberikan makanan.
Bagi Makan Kura-Kura
Ketika berada disini, korang boleh lihat dan pegang kura-kura. Selain itu sayur juga diberikan untuk korang memberi makan pada kura-kura ini. Kura-kura ini akan berjalan perlahan-lahan ke arah korang untuk makan. Comel sahaja kura-kura ini, rasa nak peluk pun ada..hahaha
Radiated Tortoise |
Parrot |
Merpati |
Bagi Makan Rusa Dan Kambing
Selain itu, korang juga boleh memberi makan pada rusa. Areez sangat takut ketika berada di sini kerana Rusa itu suka sondol-sondol dia untuk mendapat makanan. Kalau korang hendak tahu, di sini juga terdapat kanggaro kecil bernama “Wallaby”.
Longkang Fishing
Antara aktiviti yang boleh korang lalukan bersama anak-anak adalah aktiviti menangkap ikan. Di dalan longkang fishing ini terdapat ikan-ikan kecil yang boleh korang tangkap. Ikan-ikan kecil ini di beri nama “guppy”. Pada hari itu, nasib Areez tidak baik kerana dia langsung tidak dapat tangkap seekor pun ikan. Kalau tidak boleh buat ikan panggang untuk makan tenghari..hahaha
Moon’s Lake
Rasa tenang sahaja tengok beribu-ribu ikan koi dan juga swan makan. Korang akan diberikan semangkung makanan ikan untuk korang bagi makan pada ikan dan juga itik itu.
Jungle Walk
Parrot Show
Parrot Show ini dilakukan sebanyak 2 sesi, jadi korang kenalah peka masa untuk lihat Parrot Show ini agar tidak terlepas. Sesi pertama pada pukul 11.30am manakala untuk sesi kedua pula adalah pada pukul 3.30PM
Teruja Sha lihat kebijaksanaan burung -burung ini mendengar arahan daripada tuannya. Burung-burung bukan sahaja bijak mendengar arahan, malah boleh menari dan berkata-kata.
Selain itu, ada satu lagi benda yang menarik terdapat di sini selain haiwan adalah iaitu dua biji kereta yang comel ini. Sha bab benda-benda yang nampak comel ini, memang pantang nampak! laju saje suruh suami ambilkan gambar. Terutama kereta yang warna merah jambu itu.
Waktu Operasi Farm In The City
10 am-6pm (Isnin-Jumaat, ditutup pada hari Selasa), Sat, Sun dan Cuti Umum adalah dari jam 9.30 pagi hingga 6 petang.
Itu sahaja cerita Sha tentang Farm In The City. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, boleh lawati
Burung Hantu |
Fennec Fox |
Parrot Show ini dilakukan sebanyak 2 sesi, jadi korang kenalah peka masa untuk lihat Parrot Show ini agar tidak terlepas. Sesi pertama pada pukul 11.30am manakala untuk sesi kedua pula adalah pada pukul 3.30PM
Waktu Operasi Farm In The City
10 am-6pm (Isnin-Jumaat, ditutup pada hari Selasa), Sat, Sun dan Cuti Umum adalah dari jam 9.30 pagi hingga 6 petang.
Itu sahaja cerita Sha tentang Farm In The City. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, boleh lawati
FaceBook
InstaGram
Address:
Jalan Prima Tropika Barat 1, Pusat Bandar Putra Permai, 43300 Seri Kembangan, Selangor.
Terima Kasih
wahh best juga ni leh pergi zoo and bg makan sekali kat binatang dalamt u
ReplyDeleteitulah...leh barmain dgn haiwan...hihihi
Deleteanak seronok betul bercuti di Farm In The City ni.boleh repeat datang lagi
ReplyDeleteitulah...berbaloi dengan harganya...
Deletepuashati betul datang kat sini.Betul betul macam masuk hutan,maksudnya ada tumbuhan menghijau.ada haiwan eksotik.. anak anak pun teruja bila masuk sini.
ReplyDeletealahai best..klu dekat mmg dah join ni..:)
ReplyDeletemmg best.. nak repeat lagi bila bukan musim hujan.
ReplyDeleteBagus juga idea petting zoo cenggini.. lebih enjoy and fun experience especially utk anak2😊
ReplyDeletewahh bestnya pergi zoo.boleh melihat pelbagai haiwan yang ada.
ReplyDeleteMemang puashati bawak anak² ke FITC ni, seronok depa dapat bermesra dengan haiwan.
ReplyDeleteEnjoy betul anak2 kat sini. Dah macam budak besar dah masing2 tak takut langsung dengan haiwan2 kat sini
ReplyDeleteSeronok betul lah, aku pun nak kesana..
ReplyDeleteAku jadi pengen kesana juga, main lah kapan-kapan..
ReplyDelete