Assallammualaikum
Sunblock ini mempunyai pelbagai jenis seperti gel, krim dan jenis air. Antara kepentingan memakai sunblock adalah jumlah SPF yang terdapat di dalamnya, semakin tinggi nombor semakin lama ia mampu untuk melindungi kulit kita. Berikut adalah sunblock dari Althea Korea yang ingin Shailla kongsikan bersama korang sebagai panduan korang.
PETAL VELVET
SUNAWAY
Ringan - Cecair ini sangat ringan dan mudah meresap ketika Shailla mengenakan pada kulit muka.
Tidak Berminyak - Produk ini juga tidak melekit dan berminyak ketika memakainya.
SPF 50+ - Ia mempunyai SPF sebanyak 50+ dan PA ++++, jadi kulit Shailla akan dilindungi sepanjang hari.
Melicinkan Kulit dan melembapkan kulit - Shailla ada juga cuba pada tangan kiri ,mmang nampak perbezaan dimana tangan kiri lebih nampak lembap dan licin berbanding tangan kanan yang tidak memakai apa-apa produk. Dalam produk ini juga mengandungi zarah-zarah serbuk mikro yang memberikan kulit yang licin, seperti kelopak mawar
Bau Yang Segar - Pertama kali Shailla bau produk ini, seperti bau rumput segar . Kemudian bau kali kedua, ehhhh macam bau misai kucing lar. Walaupun bahan utama dalam prodk ini adalah dari bunga rose.
PETAL VELVET POWDER
Shailla secara peribadinya jarang memakai bedak tabur kerana ia mudah tumpah. Shailla lebih suka memakai bedak berbentuk kek. Selain itu ada juga beberapa bedak tabur membuat muka kita jadi berbelak dan solekkan menjadi tidak rata.
#Pink Lavender |
#0 |
#23 |
Ketika Shailla menerima bungkusan ini, serius Shailla katakan yang Shailla sangat suka dengan bungkusannya yang berwarna merah jambu dan juga ungu. Petal Velvet Powder ini juga di datangkan dengan span comel untuk memudahkan korang memakainya. Petal Velvet Powder sangat mudah dibawa ke mana-mana disebabkan bentuknya yang kecil.
Tekstur bedak ini juga sangat halus dan mudah sangat mudah di gunakan pada wajah. Solekkan korang menjadi kemas dan tidak bercapuk. Rasa bedak ini sangat ringan pada kulit dan juga cukup selesa ketika memakainya.
Bagi korang yang mempunyai kulit yang agak bermasalah seperti Shailla, berita baiknya adalah bahawa bedak serbuk ini tidak akan menyebabkan liang-liang pada kulit wajah tersumbat. Paling penting, apa yang Shailla perhatikan adalah ketika menggunakan bedak serbuk ini ialah ia mencerahkan muka. Ia benar-benar boleh membuat muka Shailla kelihatan lebih cerah dan kurang kusam.
Bagi kawalan minyak, Shailla masih ada minyak itupun selepas 5 jam memakainya. Bedak serbuk dari Althea's ini sangat bagus untuk mengawal minyak dan pada masa yang sama sangat berpatutan dengan harganya. Shailla sangat gembira kerana memiliki bedak serbuk ini.
Untuk Info Lanjut :
Terima Kasih
sweet je packaging,barang althea memang best2
ReplyDeletewah, cantik giler produk althea ni yer
ReplyDeleteشركة نقل عفش بالدمام
ReplyDeleteشركة نقل اثاث بالدمام
شركة نقل اثاث بالخبر
شركة نقل اثاث بالجبيل
شركة نقل اثاث بالقطيف
شركة تخزين اثاث بالدمام
شركة تخزين اثاث بالخبر
شركة تخزين اثاث بالجبيل
شركة تخزين اثاث بالقطيف
https://www.abyathh.com/
Lawanya packaging dan warna botol
ReplyDelete