Hai semua, apa khabar? Di harap dalam keadaan selalu hendaknya. Okay kali ini Shailla ingin berkongsi satu produk penjagaan muka dari Althea Korea. Sudah beberapa minggu Sha pakai produk.
Milk Peel Cream Mask
Inilah dia produk yang Shailla ingin kongsikan pada korang iaitu milk peel cream mask. Apa yang bagus tentang produk ini adalah ia memberi penghidratan pada kulit korang. Selain itu juga ia menanggalkan sel-sel kulit mati agar muka korang tidak kelihatan kusam. Mengandungi ekstrak AHA dan BHA untuk pengelupasan yang lembut. Produk dirumus khas dari protien susu untuk merangsang dan melembapkan kulit korang.
Milk Peel Cream Mask ini Sesuai untuk kulit sensitif yang memerlukan pengelupasan lembut dan kulit kering yang perlu dilembapkan walaupun selepas mengelupas.
Cara Untuk Guna
Okay, cara untuk memakainya senang sahaja. Korang picit sedikit cream ini pada jari, kemudian gosok ke muka hingga keluar biuh. Sewaktu Shailla pakai terasa macam magic pun ada juga, mana tidaknya gosok-gosak kemudian keluar biuh tanpa menggunakan air pun. Selepas itu korang boleh kopek atau basuh dengan air suam.
Bahan-Bahan
Ekstrak protein susu - Melembapkan dan menguatkan kulit
AHA & BHA - Mengelupas sel-sel kulit mati dengan lembut untuk kulit licin
Kaolin - Meretoksifikasi dan mengeluarkan kotoran dari liang-liang
Methyl Perfluoroisobutyl Ether, Stearicacid, Methyl Perfluorobutyl Ether, Potassium Hydroxide, 1,2-Hexanediol, Palmitic Acid , Ethylhexylglycerin, Milk Proteinextract, Disodium Edta, Gaultheria Procumbens (Wintergreen) Leaf Extract, Gluconolactone, Glycolic Acid, Titaniumdioxide (Ci 77891), Fragrance (Parfum), Coumarin*, Hexyl Cinnamal*, Citronellol*
Untuk Info Lanjut :
Terima Kasih
Salah tengok ingatkan susu minum. hikss
ReplyDeleteHahaha.. Kan.. Kotak dia tu.. Comel.. Hihihi
Deletebest. tak sempat cuba lg nih..
ReplyDeleteBest dan bau wangi.. Hihihi
DeleteMemang best mask ni, suka sangat!
ReplyDeleteItulah kak mas.. Lgpun senang dan mudah.. Hihihi
ReplyDelete