November 27, 2018

Pons Produk Minyak Zaitun Premium Extra Virgin Untuk Kesihatan Dan Kecantikan

Assalamualaikum

Korang mesti sudah sedia tahu manfaat minyak zaitun untuk kecantikan. Namun kalau korang hendak tahu, minyak zaitun mempunyai manfaat yang lain yang mungkin korang belum ketahui.

Sha ingin kongsikan satu produk minuman kesihatan untuk seisi keluarga dan juga untuk anak. Terdapat dua jenis Pons Extra Virgin Olive Oil iaitu untuk bayi dan tradisional.


Pons Extra Virgin Olive Oil For Babies and Kids

Apa yang menarik tentang Minyak Zaitun ini adalah di proses secara tradisional dengan menggunakan batu giling. Direka khusus untuk makanan bayi seawal 7 bulan hingga 3 tahun. Selain itu, ia mempunyai tekstur rasa dan bau yang lebih ringan berbanding minyak zaitun biasa. Jadi lebih mudah untuk penerimaan anak-anak kecil.

Mengapa minyak zaitun ini sesuai untuk bayi?

* Dibuat oleh pengeluar minyak zaitun terkenal Sepanyol
* 100% buah zaitun jenis Arbequina
* Kandungan Asid rendah (0.25%)
*Tanpa pengawet dan pewarna
*Perahan sejuk
*Rasa lembut dan tidak mengubah rasa makanan bayi.
* Sesuai untuk sistem penghadaman bayi
* Boleh juga digunakan sebagai urutan untuk menguatkan tulang temulang bayi.
* Minyak zaitun ini melembutkan, mencerahkan dan menyihatkan kulit bayi. Ia bertindak sebagai losyen dan pelembap  terbaik untuk kulit bayi


Antara kebaikan terkandung dalam minyak zaitun untuk anak-anak ini adalah :

* Mengandungi Sumber Vitamin E
* Meransang Pertumbuhan Tulang
* Menyumbang kepada perkembangan neuro - cerebral kanak-kanak
* Mempunyai ciri anti radang yang dapat membantu bayi yang ada masaalah eczema & asma.

Cara Minum :

Bayi 18 bulan ke bawah = campurkan 1/4 sudu kecil EVOO di dalam 2 oz puree@bubur [ ATAU ] 1/2 sudu kecil EVOO di dalam satu mangkuk makanan bayi

Bayi 18 bulan ke atas = campurkan 1 sudu kecil dalam satu mangkuk makanan baby Boleh digunakan untuk menumis makanan bagi menggantikan minyak masak biasa/ marjerin Boleh juga disapukan pada kulit atau dicampurkan dalam air mandian bayi bagi memberikan kelembapan pada kulit dan mencegah kegatalan, serta melebatkan rambut ** Boleh disapu pada tempat luka atau terkena bahan panas

Macam Sha hari itu, mula-mula bagi minum terus satu sudu tanpa campur apa-apa. Tetapi diorang kurang gemar. Jadi apa yang Sha lakukan adalah memasukkan sedikit minyak zaitun ini di dalam makanan dan minuman mereka. Disebabkan bau dan rasa yang lembut jadi minyak zaitun untuk bayi dan kanak-kanak tidak merubah rasa makanan dan minuman diorang. bagi sha, inilah masanya Sha memperkenalkan khasiat minyak zaitun kepada anak-anak

Pons Extra Virgin Olive Oil Traditional


Pasti korang semua hendak tahu pula, apa keistimewa tentang Pons Extra Virgin Olive Oil Traditional ini pula kan.


Pada korang yang suka akan kecantikkan . Kalau korang hendak tahu, minyak zaitun ini boleh membantu korang untuk mendapatkan berat idaman. Ini kerana minyak zaitun ini mengandungi sejumlah besar asid lemak yang merupakan jenis lemak sihat yang dapat memberi korang rasa kenyang. Korang bukan sahaja boleh dapat berat bdan idaman malah ig juga bermanfaat untuk kulit, kuku, dan rambut. Di mana ia berfungsi melembutkan, membaiki, menyuburkan, melembapkan, dan menggalakkan pertumbuhan kuku dan rambut.

Selain itu juga, untuk pengidap diabetes boleh mengamalkan minyak zaitun ini kerana ia membantu mengawal diabetes. Macam ayah Sha, memang pengidap kencing manis. Jadi selepas ini, Sha akan memberikan minyak zaitun ini kepada ayah untuk beliau amalakan kerana benda baik harus kita kongsikan bersama. Ia juga boleh mengawal darah tinggi dan kolestrol dalam badan.

Minyak Zaitun ini juga sangat baik untuk otak kita di mana ia dapat meningkatkan memori dan mengurangkan risiko kemurungan. Ia juga melindungi sel daripada kerosakkan yang membawa kepada kanser.

Banyaknya khasiat yang terkandung di dalam minyak zaitun ini. Tidak rugi rasanya jika kita membeli dan  mengamalkannya untuk seisi keluarga. Minyak Zaitun ini juga boleh di minum serta boleh dimasukkan sedikit didalam masakkan. Harga dia pula sangatlah berbaloi dan mampu milik.


Cara Minum :

Satu sudu pagi sebelum sarapan dan satu sudu malam sebelum tidur. Jangan terus minum air selama lebih kurang 3 minit selepas minum Minyak Zaitun.


CIRI-CIRI MINYAK ZAITUN YANG BENAR-BENAR BERKUALITI 

Di sini Sha kongsikan tips dari En.Nazran di facebook beliau berkenaan ciri-ciri minyak zaitun berkualiti mengikut Olive Oil Council, badan antarabangsa yang memantau kualiti olive oil seluruh dunia

1.Jenis Minyak Zaitun: Extra Virgin Olive Oil (EVOO) , Virgin Olive Oil (VOO) atau Olive Oil, PURE, Light, Extra Light atau POMACE Olive Oil. Selain dari EVOO dan VOO. Tak Payah beli nanti boleh bahayakan kesihatan

2. Cari Bacaan Acidity Minyak Zaitun Tersebut.. ianya adalah diantara penanda aras Kualiti Minyak Zaitun. Acidity level adalah jumlah asid lemak bebas yang ada dalam minyak zaitun. Berapakah peratusan nya? peraturan untuk EVOO adalah kurang dari 0.8% dan untuk VOO bacaan acidity adalah 0.8%-2.0%

3.Nama dan Alamat Syarikat Pengeluar
Kalau Tak Ada dan cuma setakat alamat Pengimport atau Pengedar di Malaysia sahaja Tak Payah Beli

4.Production Date dan Expiry Date
Boleh tahu Minyak Zaitun tersebut datang dari tahun bila.. kalau tak ada..Tak Payah Beli

5.Harvest Date atau tarikh dituai Selalunya Syarikat Pengeluar Besar akan Mematuhi Syarat dengan Meletakkan Maklumat ini, Cuba cari memang ada di botol tertulis

6.Minyak Zaitun dalam botol Kaca Cerah Tak Payah Beli La
Minyak Zaitun dah TEROKSIDA di kedai lagi

7.Minyak Zaitun EVOO dalam botol Plastic
Pun Tak Payah Beli Sebab Minyak Zaitun itu juga akan TEROKSIDA kerana udara boleh meresap melalui botol plastik

8. Minyak Zaitun yang ada kandungan Serdak & Hampas Buah Zaitun Dipanggil Minyak Zaitun Tanpa Tapisan Jangan Beli kerana Serdak atau Hampas Buah Zaitun di dalam botol tersebut akan menyebabkan berlakunya proses Penapaian atau Fermentation dan Minyak Zaitun akan TEROKSIDA dalam tempoh tiga hingga enam bulan ianya di Perah.Minyak Zaitun TEROKSIDA akan menghasilkan Free Radicals atau Radikal Bebas

9.Minyak Zaitun yang dibotolkan secara manual, Tanpa Nitrogen Injection ada mengandungi Udara atau Oxygen di dalam botol tersebut dan ini akan menyebabkan berlakunya Oxidation kepada Minyak Zaitun. Kalau dah TEROKSIDA maka akan terhasilnya Free Radicals atau Radikal Bebas

10.Minyak Zaitun yang Berubah Warna selepas beberapa bulan
Jangan Guna ianya berubah warna apabila ada kesan Oxidation dan perubahan sifat

11.Minyak Zaitun yang sudah Expired Jangan Guna
Minyak Zaitun Tidak Boleh Bertahan Lebih dari dua tahun selepas ianya dibotolkan Kandungan Khasiat sudah berkurangan atau tiada lansung dan lebih Memudaratkan jika ianya telah TEROKSIDA

12.Minyak Zaitun yang baru dibuka penutupnya.. Hanya baik digunakan dalam tempoh 3 bulan.. Habiskan secepat mungkin kerana ianya akan mula TEROKSIDA sebaik sahaja terdedah kepada Udara dan Oxygen yang masuk ke dalam botol


WEBSITE

FACEBOOK : 

EMAIL : 

TELEPHONE : +603 5524 5570
FAX : +603 5524 5570
MOBILE : +6013 683 5570

ADDRESS:
NO. G-33A, BLOCK 5, LAMAN SERI BUSINESS PARK
PERSIARAN SUKAN, SECTION13
40100 SHAH ALAM, SELANGOR D.E.
MALAYSIA

16 comments:

  1. yg untuk kanak2 tu bes.. bijak lah dorang buat produk gini..

    ReplyDelete
  2. Tak tertelan kat tekak ai olive oil ni. Ke ada perisa?

    ReplyDelete
  3. Ohhh,bagusnya info no 11.Terimakasih sha.Kalo tak,memang tak tahu juga ni.. ehehe.Thans sha,info padat tentang minyak zaitun

    ReplyDelete
  4. tak pernh lagi rasa apa apa produk minyak zaiton. haha makan buah zaiton atas pizza pn tak pernah. btw, video kak sha cantik la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahhh.. Boleh cuba ni.. Hihihi.. Ala.. Video buat sempoi jer.. Hihihi

      Delete
  5. wow ! boleh kurus jugak yee. first time dengar produk ni

    ReplyDelete
  6. Memang bagus amalkan EVOO ni, untuk anak² pun akak bagi diaorang minum.

    ReplyDelete
  7. untuk kanak-kanak pun boleh erk..menarikla

    ReplyDelete

Logo KBBA

REVIEW : SUKA SUSU KAMBING COKELAT

Susu sememangnya bagus untuk kesihatan tubuh badan secara keseluruhan. Ia mengandungi sumber kalsium dan fosforus yang baik. Susu juga membe...