Pada sabtu yang lalu, Shailla sempat pergi bercuti bersama keluarga ke Melaka. Shailla pergi bersama keluarga mertua cuma Shailla menginap di penginapan yang berbeza. Shailla menginap di Agrofarmstay Durian Tunggal Melaka. Shailla sampai awal juga ketika itu dalam pukul 11.45 pagi. Jadi sementara tunggu keluarga mertua sampai, Shailla mencuba nasib untuk check in awal. Alhamdulillah Shailla dapat check in awal. Staff di bahagian receptionist ketika itu sangat mesra pelanggan. Senang berurusan dengan beliau.
Di sini juga disediakan kolam renang. Bahagian kiri dan kanan kolam untuk kanak-kanak. Bagi Shailla kolam itu agak dalam juga macam anak Shailla paras leher jadi agak bahaya jika tidak guna pelampung. Sewaktu check in memang staff di situ pesan agar awasi anak-anak kerana di situ tiada life guards.
Antara aktiviti menarik yang boleh di lakukan di situ seperti :
Bilik Karaoke
Berkayak
Pondok Ternakan
Dewan Palma
Kolam Memancing
Pondok Nipah
Taman Herba
Surau Teratai
Tidak rugi rasanya korang bawak anak-anak bercuti ke sini sempena cuti sekolah ini. Kalau mana yang hendak lari seketika dari tekanan kerja boleh datang ke sini kerana korang akan mendapat ketenangan dan kedamaian ketika berada di sini. Untuk pengguna line unfi, di sini memang tiada line. Macam Shailla duduk di sini memang tidak dapat online. Bila masuk bandar baru dapat update Instagram dan juga facebook. Okay sampai di sini sahaja, jika berminat untuk menginap di sini, korang boleh lihat dan hubungi seperti yang tertera di bawah ini. Jumpa lagi di entry akan datang.
Encik Bari – 012-211 8246
Encik Mat – 016-209 8623
Alamat:
Lot 453,
Batu 13, Jalan Tebong/ Machap,
76100, Durian Tunggal,
Melaka
Website : http://agrofarmstay.my/
Facebook: https://www.facebook.com/agrofarmstay/
Instagram: https://instagram.com/agrofarmstay
Terima Kasih
Nampak menarik..boleh masukkan dalam wishlist ni...mana tau kalau tersesat lagi ke melaka
ReplyDelete