February 14, 2019

Makeup Harian Dengan Althea Makeup Box

Assalamualaikum ❤️


Hai semua, kali ini Shailla ingin kongsikan cara makeup harian Shailla. Sebenarnya Shailla tidak pandai makeup sangat calit-calit inilah hasil. Shailla suka makeup yang simple dan pantas. Maklumlah bila anak duani semua kena pantas.


Produk Yang Digunakan :


Langkah pertma Shailla gunakan Skin Relief Soft Gel pada wajah untuk menutup noda seperti jerawat. Ia juga mengandungi minyak pokok teh untuk merawat jerawat dengan cepat dan efektif. Gel ini juga tidak meninggalkan kesan ketika mengenakan makeup.



Untuk base, Shailla hanya menggunakan Flawless Creamy Concealer. Di sini terdapat 4 kod warna yang terdiri daripada  #01 Vanilla, #02 Ginger  #03 Honey dan #04 Mocha. Boleh pilih mengikut kesesuaian warna pada kulit wajah masing-masing. Kod kesukaan Shailla adalah #03 Honey dan #04 Mocha.


Untuk mata pula, Shailla guna Eye Palette Sunrise & Moonrise BCL X ALTHEA. Eye Palette ini merupakan kerjasama antara Bunga Citra Lestari yang merupakan ikon kecantikkan. Kesemua warnanya sangat cantik dan shailla suka sangat.




Untuk tambah kesan berkilau pada mata, Shailla guna Spotlight Eye Glitter. Terdapat dua warna iaitu Pink Light dan Gold Light.



Untuk bibir dan pipi, Shailla gunakan Watercolor Cream Tint. Jimatkan? Tidak perlu beli blusher lagi. Terdapat empat warna yang terdiri daripada #01 Plum Cream, #02 Strawberry, #03 Peach Cream, #04 Marron Cream. Warna kesukaan Shailla adalah peach cream dan marron cream. Selalunya Shailla akan guna warna yang sama untuk bibir dan pipi.

Untuk Maklumat Lanjut :

Web : my.althea.kr
Facebook : altheamalaysia
Instagram : altheakorea

Terima Kasih 

2 comments:

  1. huda pun sama, suka make up yang simple dan pantas. make up nampak natural. kurang gemar make up yang over2 ni..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul.. Plus ade anak.. Xde mase nak feeling like princess. Hihihi

      Delete

Logo KBBA

REVIEW : SUKA SUSU KAMBING COKELAT

Susu sememangnya bagus untuk kesihatan tubuh badan secara keseluruhan. Ia mengandungi sumber kalsium dan fosforus yang baik. Susu juga membe...