Hotel Seri Pacific kuala Lumpur amat sinonim dengan sajian bufet iftar yang bercirikan tradisional mengikut citarasa masyarakat yang majmuk. Lokasi bufet iftar terletak di tingkat 4, Atrium sehingga ke kolam renang dan Restoran Zende di aras lobi.
Dengan berkonsepkan 'sajian Tradisi Zaman ke Zaman' yang disediakan khas oleh barisan chef yang mempunyai pengalaman lebih dari 20 tahun di Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur iaitu diketuai oleh Chef Eksekutif Steven. G dan Chef Saad dari dapur sajian Melayu. Sha rasa ini adalah alasan utama untuk korang berkunjung ke sini.
Ayam Panggang Percik Kuah Putih - Kelantan
Nangka Masak Lemak Gelang Patah - Johor
Udang Rendang Daun Kunyit - Perak
Selain itu hidangan lain yang turut tersedia disini seperti Ikan Masin Goreng Belada, Sambal Hijau & Merah, Telur Masin dan Kacang Tanah Goreng Berlada.
Dengar sahaja 'Sajian Tradisi Zaman ke Zaman' macam tidak lengkap jika tiada ulam ulaman. Antara ulam yang terdapat disini seperti Kacang Botol, Pegaga, Selom, Daun Ceylon, Ulam Raja, Dsun Pegaga, Pucuk Gajus dan banyak lagi.
Ehhh..Takkan ulam sahaja! Mana pencicahnya?. Pencicahnya pastilah ada seperti Sambal Belacan, Cencalok, Budu, Tempoyak Cili, Sambal Gesek, Cincaluk, Budu, Sambal Nenas dan Sambal Mangga.
Kalau korang perasan botol comel belakang pencicah itu adalah Jeruk Kelubi, Jeruk Ceremai, Jeruk Betik dan Jeruk Mangga.
Rojak buah dari Pulau Pinang serta Pecal Sayur Parit Sulong dari Johor turut juga terdapat disini. Sambil tulis entry ini rasa terliur pula. Mana tidaknya terbayang buah mangga yang Sha makan bersama rojak.. Fuhhh.. Memang sedap.
Pada yang suka akan kueh muih tradisional, di sini juga ada seperti Tepung Talam, Keria, Renggas, Ketayap, Seri Muka, lepat Pisang, Bingka Pisang, Kuih Sago Mata Ikan, Sago Gula Melaka, Cucur Badak, Putu Mayam, Kuih Apam, Kolie Kacang, Onde-Onde, Kuih koci dan Kastard Jagung.
Terdapat pelbagai juga kek yang boleh korang pilih seperti Mini Mango Cheese, Chocolates Torte, Mini Black Forest, Bananamisu, Fruit Flan, Mirror Cake, Chocolate Charlotte, White Chocolate Mousse, Lemon Meringue, Creme Brule, Crucomboush, Assorted French Pastries dan 14 jenis Jelly Pudding. Memang rambang mata nak pilih mana satu.. Hihihi
Manakala dibahagian luar tersedia stall yang menyajikan pelbagai jenis makanan seperti :
Sushi Abang Sai
Warong Mee Padang Tembak
Fried Kway Teow Teluk Ansin
Shell in Pantai Remis
Kambing Bakar Abang Burn
Sup Gear Box Power Seri Pacific KL
Harga Early Bird – Tempah sebelum 15hb April 2019
RM90 nett dewasa
RM45 nett kanak-kanak (5 – 12 tahun)
Harga Buffet Ramadhan 2019 Seri Pacific Hotel KL
RM120 nett dewasa
RM60 nett kanak-kanak (5 – 12 tahun)
Tempahan
Untuk tempahan korang hubungi 03-4042 5555
Website : www.seripacifichotel.com
Facebook : www.facebook.com/seripacificofficial
Instagram : www.instagram.com/seripacifichotelKL
Sekian Terima Kasih
allahuuu pengsan mak tengok ni, rasa nak sebat semua, sedap2 pulak tu, selamat harini tak puasa. kikiki
ReplyDeleteTeringat sup gear box...umphh
ReplyDelete