May 16, 2019

Set Eksklusif A'bloom Dari Althea Korea

Assallammualaikum

Hai semua, salam ramadhan dari Sha. Tidak lame lagi umat Islam akan meraikan Hari Raya. Jom kita mencantikkan diri bersama Althea Korea. Althea telah memperkenalkan produk terbaru mereka iaitu yang diberi nama A'bloom.

Set Eksklusif A'bloom


Inilah dia produk A'bloom yang Shailla maksudkan tadi. Apa macam? Comelkan.. Hihihi. Shailla paling teruja dengan Meringue Puff sebab comel dan gebu sangat. Itu belum sentuh lagi.. Hahaha

A'bloom Meringue Puffs Giant dan Baby

Untuk Meringue Puffs terdapat dua saiz iaitu saiz giant dan baby. Sponge dia bila pegang, sangat lembut sekali. Memang jauh beza dengan sponge yang Shailla beki sebelum ini.


Korang tahu tak idea untuk cipta A'bloom Meringue Puffs adalah dari meringue cookies dengan menggunakan span bukan latex (non-latex sponge) yang bersifat hidrofilik.

Apa itu hidrofilik?

Hidrofilik adalah di mana saiz sponge akan membesar 1.5 kali ganda apabila di rendam di dalam air.

Shailla guna Giant Meringue Puff untuk blend foundation. Di sebabkan saiznya yang besar, jadi amat mudah untuk Shailla blend ke seluruh muka.

Manakala untuk Baby Meringue Puff pula Shailla guna untuk concealer dan pemerah pipi.

Cara Pemakaian

Mudah sahaja, korang hanya perlu rendam sponge ke dalam air. Tujuannya adalah untuk membuat solekan akan nampak kemas dan cela juga akan di tutup rapi.

Meringue Puff ini juga boleh digunakan tanpa perlu rendam. Bezanya kalau korang rendam dulu, solekkan akan nampak lebih bercahaya berbanding menggunakan yang kering.

Harga

Meringue Puff Giant RM8/pc
Meringue Puff Baby RM11/3 pcs

A'bloom Fruits Mask

Semua mask ini berbau buah buahan segar dari ladang.. Ehhh.. Hahaha. Kalau korang nak tahu, bau mask ini seperti aroma citrus yang menyegarkan dan menyenangkan.


Taraa.. Ada macam ultraman? Ehhh.. Ultragirl la.. Hahaha. A'bloom Fruits Mask ini sesuai untuk semua jenis kulit.

Antara Kebaikan A'bloom Fruits Mask adalah :

* Tinggi dengan antioksidan yang terdiri dariramuan tumbuhan semuljadi dan ekstrak buah-buahan segar

* Mengimbangkan nilai PH bagi menguatkan daya ketahanan kulit agar menjadi lebih segar.

*Diperbuat dari 100% fabrik mesra alam semulajadi yang berfungsi untuk menyerap esen pati buah-buahan ke dalamnya.

* Mempunyai kesan penyejukkan dan menyerap dengan baik bagi menyuntik kebaikan esen buah-buahan ke dalam kulit agar kekal lembap hingga keesokan harinya.

*Siri Whitening face mask mampu memberkan kesan cerah yang segera selepas penggunaan.

Terdapat 4 jenis variasi mask dengan fungsi yang berbeza yang boleh korang dapatkan iaitu A'bloom Brightening Lemon Lime, A'bloom Moisturizing Watermelon, A'bloom Nourishing Avocado dan A'bloom Anti-Blemish Peach.


1. A'bloom Brightening Lemon Lime - Sparkle Me Bright

*Membantu untuk mencerahkan kulit

* Kaya dengan Vitamin C dari Lemon dan Lime.

* Gabungan dari ekstrak limau dan kapur untuk menghilangkan bintik gelap.

*Mengandungi teh hijau yang dapat membantu mengawal pengeluaran melanin.

Bahan utama

Ekstrak Buah Niacinamide, Citrus Limon (Lemon), Ekstrak Buah Jeruk Citrus Aurantifolia (Lime), Ekstrak Daun Camellia Sinensis

Sesuai dipakai untuk semua jenis kulit termasuk kulit kombinasi.

2. A'bloom Moisturizing Watermelon - Water Me Long

* Menghidrat dan memberikan lembapan pada kulit.

* Mengandungi asid aminoik semulajadi (Citrulin & Betain) untuk membentuk membran pelembap pada kulit agar lembap dan lembut.

*Mengandungi ekstrak lavender yang memberikan kesan menenangkan dan menyegarkan kulit.

3. A'bloom Anti Blemish Peach - AC Me Peach

* Kaya dengan kelembapan dan Vitamin A retinol bagi membantu mengawal minyak serta air pada kulit.

* Retinol membantu menormalkan kitaran kulit serta menyingkirkan sel-sel kulit mati agar kulit lebih licin dan terhidrat

* Ekstrak pokok teh dapat membantu membersihkan dan mengawal liang roma pada wajah.

4. A'bloom Nourishing Avocado - Avo Cuddle Me

* Kaya dengan protein untuk menghalang proses penuaan.

* Menagndungi antioksidan yang kuat dengan tocopherol vitamin E

* menjadikan kulit lebih anjal dan berseri.

* Ekstrak bunga matahari yang kaya dengan Antocyanin, antioksidan bagi mencegah penuaan.

Harga :
RM2.00 / sheet

A'bloom BHA Blackhead Blaster

Pada yang mempunyai masalah blackheads, whiteheads dan kulit mati, korang wajib cuba A'bloom BHA Blackhead Blaster.


Diformulasi dari bahan semujadi seperti arang, apricot seeds, tea tree leaf oil dan BHA semulajadi. BHA Blackhead Blaster ini membantu membersihkan pori hingga ke akar tanpa meninggalkan iritasi dan kesan merah pada kulit.

Fungsi BHA Blackhead Blaster

* BHA semulajadi untuk membersihkan liang hingga ke dalam dengan mengelupaskan sel-sel kulit mati.

* Apricot Seeds untuk membantu mengeluarkan sebum yang berlebihan.

* Arang untuk menyerap kotoran di liang-liang.

* Tea Tree Leaf Oil untuk membantu menenangkan serta menghalang kemerahan dan kerengsaan pada kulit.


Cara pemakaianya mudah sahaja. Lembapkan kulit terlebih dahulu. Kemuadian apply pada kawasan bermasalah dan urut secara membulat selama 30 saat. Kemudian bilas dengan air.

Pakai seluruh muka pun boleh macam Shailla pada video instagram. Hambek kau! Dah jadi macam dayang senandung gitu.. Hahaha.

Harga :
RM16.00

Kalau korang nak dapatkan Althea A'bloom ni boleh order terus di website https://my.althea.kr/brands/all/abloom

Terima Kasih

No comments:

Post a Comment

Logo KBBA

REVIEW : SUKA SUSU KAMBING COKELAT

Susu sememangnya bagus untuk kesihatan tubuh badan secara keseluruhan. Ia mengandungi sumber kalsium dan fosforus yang baik. Susu juga membe...