July 27, 2019

Tempat Menarik di Cameron Highlands 2019

Assallammualaikum,

Hai semua, wahhh.. Lama juga rasanya tidak update entry blog ini. Okay kali ini Shailla ingin bercerita tentang percutian pendek Shailla ke Cameron Highlands. Shailla pergi bercuti selama 2 hari 1 malam sahaja. Jadi tidak banyak tempat yang Shailla dapat pergi.

Hari Pertama

Hutan Lipur Lata Iskandar



Tempat pertama yang Shailla singgah adalah Hutan Lipur Lata Iskandar. Tarikkan yang terdapat di sini adalah air terjun tinggi.


Kebiasaannya pelancong akan singgah di sini untuk mengambil gambar berlatarkan air terjun ini. Shailla pergi hari jumaat. Walaupun hari biasa, tetapi tempat ini tetap ranai pelangcong yang mengunjunginya. Jadi korang kena pandai-pandai cari lokasi untuk bergambar memandang ramai pelangcong yang turut bergambar di situ.


Di bahagian luar juga terdapat pelbagai jenis gerai-gerai yang menjual makanan dan juga cenderahati.

Bee Farm Strawberry Farm





Tempat kedua yang Shailla singgah adalah Bee Farm Strawberry Farm. Di sini terdapat pokok-pokok dan bunga matahari yang besar.


Di sini juga terdapat lokasi untuk bergambar yang berlatar belakang dinding berwarna warni dan juga gambar lebah.


Di sini juga turut mempamerkan lebah yang di letak di dalam bingkai untuk korang lihat.

Cameron Valley Bharat Group


Tempat ketiga yang singgah adalah Cameron Valley Bharat Group.



Apa yang boleh korang buat di sini adalah bersantai sambil minum air tea dan menikmati pemandangan ladang tea yang cantik. Di sini juga ada menyediakan kenderaan untuk membawa pelancong ke kilang memproses tea.

Health Strawberry Farm



Tempat keempat yang Shailla singgah adalah Health Strawberry Farm. Di sini terdapat pelbagai jenis bunga yang cantik-cantik. Teruja seketika Shailla melihat bunga-bunga yang ada di sini.




Shailla dan Mama Shailla sempat juga beli beberapa jenis bunga untuk bawa pulang ke rumah.. Hihihi

Pasar Malam Golden Hill


Tempat kelima yang Shailla singgah adalah Pasar Malam Golden Hill. Di sini terdapat pelbagai jenis buah-buahan dan sayur sayuran yang segar untuk korang beli. 


Harga buah strawberry dekat sini boleh tahan. Macam dalam gambar itu, 4 kotak RM35. Shailla beli dekat sini saja untuk bwk balik bagi keluarga dan kawan-kawan.

Hari Kedua

Agro-Technology Park Mardi Cameron Highlands




Tempat keenam yang Shailla pergi adalah Agro-Technology Park Mardi Cameron Highlands. Pemandangan dan hiasan di sini memang cantik. 




Di sini terdapat kedai menjual minuman, ais krim, jem dan makanan berasakan strawberry. 





Di atas adalah antara sayur dan bunga yang terdapat di sini. Memang nampak segar dan cantik. Tempat ini memang amat sesuai untuk ambil gambar. Kalau nak gambar cantik, pergi sini waktu pagi. Cahaya dia memang cun!. 

Okay sampai sini sahaja entry Shailla kali ini, jumpa lagi di entry akan datang.

Terima Kasih

Logo KBBA

REVIEW : SUKA SUSU KAMBING COKELAT

Susu sememangnya bagus untuk kesihatan tubuh badan secara keseluruhan. Ia mengandungi sumber kalsium dan fosforus yang baik. Susu juga membe...