August 22, 2019

EYE PRO VISION - KEDAI CERMIN MATA VIRAL MENEPATI CITARASA

Assallammualaikum ❤️



Semalam pergi event dekat Bukit Bintang. Alang-alang menyeluk pekasam, habis event terus pergi ke Sungei Wang. Asalnya pergi situ hendak cuci mata sahaja. Entah macamana tercuci la pulak sekali cermin mata baru..wakaka. Mana tidaknya, termakan dengan kata-kata manis En. William, pemilik kedai cermin mata Eye Pro Vision yang viral itu.



Di sebabkan Shailla pergi hari biasa, makanya tidak ramai orang ketika itu. Ketika sampai di situ, Shailla di layan mesra oleh salah seorang perkerja wanita di situ. Pilih punya pilih, Shailla pun tanya dekat perkerja wanita itu, ada tak cermin mata yang "tudung friendly" di mana bila pakai, tudung takdalah nampak kembang semangkuk. Terus perkerja wanita itu menunjukkan satu rekaan yang laku keras seperti gambar diatas. Katanya ramai wanita berhijab membelinya. Shailla pun apa lagi, terus cuba dan tunjuk pada Encik Suami. Encik Suami kata okay, jadi Shailla pun ambillah cermin mata rekaan jenis itu. Selain itu, sebenarnya Shailla memang sudah lama berkenan rekaan cermin mata seperti itu. Memang menepati cita rasa Shailla. 


Selesai memilih rekaan cermin mata idaman hati, Shailla kemudian membuat pemeriksaan mata untuk mengetahui tahap kerabunan dan juga silau. 



Kemudian Shailla membuat ujian mata yang di kendali oleh En. William sendiri. Hasil dari ujian itu, rabun Shailla masih sama iaitu 170 cuma silau Shailla yang naik. Sebelum ini Shailla ada juga buat cermin mata baru, ketika itu rabun Shailla tinggi ke 200. Sejak cermin mata itu patah, Shailla pakai balik cermin mata lama yang power 170 itu balik. Tidak sangka buat ujian mata kali ini, tahap rabun sama dengan tahap rabun yang lama. Mungkin kedai yang lepas salah kira atau rabun Shailla sudah turun.. Hihihi 


Shailla juga diberikan penerangan yang terperinci tentang kelebihan cermin Alpha Blue 420. 


Kelebihan Cermin Alpha Blue 420

Anti Silau - Apa yang menarik tentang cermin jenis ini adalah anti silau terhadap cahaya komputer, cahaya telefon, cahaya lampu kereta yang terang dan lain-lain cahaya yang memberi kesan silau pada mata. Alpha blue 420 ini dapat menghalang cahaya dari menembusi cermin 

Tahan Lasak - Ketika En. William memberi penerangan, beliau ada membuat uji kaji terhadap ketahan cermin Alpha Blue 420 ini. Kalau korang nak tahu cermin ini mempunyai 12 lapisan yang membuatkan ia tahan lasak.

Mudah Cuci - Paling Shailla teruja adalah ketika En. William membuat demo menconteng "marker pen permanent" pada cermin itu. Kalau cermin biasa memang tidak akan tanggal dah dakwat tetapi tidak pada cermin Alpha Blue 420 sangat mudah di tanggalkan dengan beberapa kali lap sahaja. 

Murah - Di sini, korang boleh dapatkan Cermin jenis Alpha Blue 420 ini dengan harga yang murah. Hanya perlu tambah RM60 sahaja untuk cermin ini. Mengapa murah? Mesti kualiti biasa-biasa sahaja. Salah kalau korang fikir begitu, ini kerana semua jenis cermin di sini, di keluarkan oleh kilang mereka sendiri sebab itu harganya murah dan kualitinya terjaga. 

Jaminan - 100% block sinar uv dan ultra ungu ( UV420 ). Cermin Alpha Blue 420 ini juga ada jaminan 1 tahun untuk lapisan cermin. 

Mengapa perlu buat cermin mata di Eye Pro Vision? 

Rekaan - Di sini terdapat pelbagai jenis rekaan cermin mata untuk pelbagai jenis peringkat umur. Shailla ketika masuk ke sini memang rambang mata untuk pilih yang mana satu. Jadi Shailla telah membuat keputusan yang tepat dengan meminta tolong salah seorang pekerja wanita untuk memilih cermin mata mengikut krakteria yang. Shailla berikan. Jadi Shailla tidak perlu membuang masa yang untuk mencuba satu dwmi satu cermin mata yang terdapat di situ. 

Pantas - Apa yang Shailla maksudkan pantas di sini adalah masa untuk siapkan tempahan cermin mata itu. Ketika Shailla pergi, pelanggan tidak ramai jadi cermin mata Shailla siap dalam masa 15 minit sahaja. Jika pelanggan ramai akan makan masa paling lama pun 1 jam. Macamana? Pantaskan.. Hihihi 

Promosi - Apa yang menarik lagi adalah Eye Pro Vision juga sedang mengadakan promosi iaitu bingkai + cermin multicoated hanya RM65. Murah dan sangat berbaloi-baloi!!. 

Untuk maklumat lanjut:



Alamat:
G111, Ground Floor, Sungei Wang Plaza

Sekian Terima Kasih

No comments:

Post a Comment

Logo KBBA

REVIEW : SUKA SUSU KAMBING COKELAT

Susu sememangnya bagus untuk kesihatan tubuh badan secara keseluruhan. Ia mengandungi sumber kalsium dan fosforus yang baik. Susu juga membe...