September 01, 2019

HIMALAYA WELLNESS - BOWEL WELLNESS DAN JOINT WELLNESS

Assallammualaikum ❤️

Hai semua, baru-baru ini Shailla diperkenalkan dengan dua jenis produk dari Himalaya Wellness iaitu Joint Wellness dan Bowel Wellness. Kedua-dua produk ini merupakan produk yang berfungsi untuk menjaga kesihatan dalaman. Jom kita lihat kebaikkan produk ini.

Joint Wellness Shallaki


Baru-baru ini Shailla pergi beraya ke Terengganu, disebabkan duduk lama di dalam kereta dalam keadaan kaki membengkok, bila nak turun kereta tu terasa sakit sangat ketika ingin luruskan kaki. Ambil masa juga untuk redha sakit tu. Pada awalnya fikir mungkin kerana perjalanan yang jauh dia jadi macam itu. Baru-baru ini Shailla pergi Perak pun hadapi benda yang sama. Jadi Shailla buat keputusan untuk mencuba joint wellness ini.


Joint Wellness ini membantu Shailla menyelesaikan masaalah sakit di lutut yang Shailla hadapi. Di mana ia dapat mengurangkan kesakitan dan keradangan pada sendi. Joint Wellness ini juga dapat menguatkan semula sendi-sendi tulang terutamanya tulang lutut dan sendi di bahagian yang lain. Ia juga mampu mengurangkan geseran dengan memperkuatkan cecair sinovial yang menjadi kusyen antara tulang sendi. Shailla telah mengambil produk ini selama 2 minggu. Alhamdulillah sakit sendi-sendi dan tulang lutut semakin berkurangan.

Korang tahu tak apa itu arthritis atau lebih dikenali oleh masyarakat kita sebagai "radang sendi" Ia adalah sejenis penyakit “autoimmune disease” dimana sistem pertahanan diri menyerang badan sendiri dan keadaan ini memberi kesan kepada sendi, tisu-tisu yang mengelilingi sendi dan tisu perantaraan yang lain.

Kalau korang nak tahu, Joint Wellness ini juga sangat sesuai untuk penyakit “autoimmune disease” ini. Selain dari mengambil produk ini, adalah disarankan agar membuat senaman seperti aerobik dimana ia membantu menguatkan ligamen otot dan menyokong sendi.

Joint Wellness ini selamat digunakan oleh orang dewasa. Jika korang ada alah pada mana-mana ubat ubatan minta rujuk dengan doktor sebelum membelinya.

Cara pengambilannya dia adalah 1 kapsul 2 kali sehari selepas makan.

Bowel Wellness Triphala



Bowel Wellness Triphala merupakan gabungan gooseberry India, Belleric Myrobalan dan Chebulik Myrobalan untuk berkerja bersama bagi melegakan sembelit dengan menghasilkan pergerakkan usus yang berkesan. Triphala (Tiga Buah) adalah salah satu ramuan herba tertua dan paling seimbang dalam tradisi Ayurveda. Rumusan ini menggabungkan tiga buah masam dan astringen yang unik untuk memberi kesan pada kesihatan.

Bowel Wellness ini sangat bagus untuk yang menghadapi masaalah sembelit. Terutama sembelit yang kronik. Sembelit ini jangan buat main yer. Sembelit boleh menyebabkan rasa tidak puas ketika membuang selain perut menjadi buncit.

Shailla menggunakanya hampir 3 minggu. Lepas makan sahaja pasti akan pergi membuang terutama selepas sarapan pagi. Bowel Wellness ini sangat membantu untuk proses pencernaan Shailla. Shailla tidak perlu meneran dengan kuat setiap kali mengeluarkan najis. Perut juga terasa lebih selesa dan tidak kembung setelah mengambil Bowel Wellness ini.

Cara pengambilannya dia adalah 1 kapsul 2 kali sehari selepas makan.

Untuk keterangan lanjut tentang Joint Wellness dan Bowel Wellness ini boleh lawati :



Instagram : 

Sekian Terima Kasih

No comments:

Post a Comment

Logo KBBA

REVIEW : SUKA SUSU KAMBING COKELAT

Susu sememangnya bagus untuk kesihatan tubuh badan secara keseluruhan. Ia mengandungi sumber kalsium dan fosforus yang baik. Susu juga membe...