August 19, 2019

Sambutan Hari Raya Korban Di Terengganu 2019

Assallammualaikum


Hai semua, okay kita sambung cerita Shailla ketika balik bercuti raya haji di Terengganu. Okay untuk hari ketiga adalsh merupakan kenduri gotong royong dengan saudara mara memotong dua ekor lembu korban. Bapa mertua Shailla ada letak nama untuk korban ini. Jadi lembu di atas itulah ada bahagian bapa mertua Shailla.


Aqeef dan Areez paling seronok dapat tengok secara dekat cara penyembelihan lembu ini. Macam Shailla, sampai bahagian dia nak sembelih, terus cabut lari.. Hahaha

Sambil potong kentang, sempat jugalah membawang dengan mak cik di situ. Di sini masih kuat pantang terutama untuk ibu mengandung. Opsss bukan Shailla yang mengandung yer tetapi kakak ipar Shailla. Sempat jugalah Shailla dan Kakak Ipar dengar nasihat tentang pantang larang orang mengandung ini.

Sewaktu potong kentang, memang tahu diorang akan masak sup. Tiba-tiba dengar mak cik tu cakap nak masak singgang. Tanda soal juga dalam kepala. Rupanya masak singgang di Terengganu adalah masak sup. Betul ke?? Ke mak cik tu tersilap cakap.. Hihihi

Selain buat sup, daging-daging itu juga turut di bakar. Malangnya daging lembu bakar tidak sempat rasa sebab ketika balik homestay kejap berehat dan mandi manda. Sewaktu sampai balik sempatlah makan kebab yang sedap dari Puan Zt. Gambar?? Tidak sempat ambil sebabnya dah masuk perut.. Hihihi

Kemudian Shailla sekeluarga tolong tuan rumah kemas-kemas sikit, kemudian singgah makan sekejap terus balik ke homestay.

Okay sampai di sini sahaja entry Shailla, jumpa lagi di Entry akan datang.

Sekian Terima Kasih

No comments:

Post a Comment

Logo KBBA

REVIEW : SUKA SUSU KAMBING COKELAT

Susu sememangnya bagus untuk kesihatan tubuh badan secara keseluruhan. Ia mengandungi sumber kalsium dan fosforus yang baik. Susu juga membe...