September 22, 2019

Mengembara Geng Bus Sekolah ke Phuket Thailand

Assallammualaikum


Geng Bas Sekolah ajak pergi Thailand! Hurmmm.. Tapi tidak pasti nak pergi mana? Shailla syorkan korang pergi ke Phuket. Phuket, Shailla tak payah lagi loop nak sembang sampai nak corner baring segala, sebab ramai dah cop sebagai syurga pantai pasir putih dan laut biru di Asia Tenggara ni. Tambah fasiliti dan layanan dekat Phuket memang tip top, pendek kata world class. Sebab itu ramai Mat Salleh suka lepak, layan jiwa dan bermandi-manda dekat sini. Shailla pula suka cuti dekat Phuket ini sebab tidak jauh dari Tanah Malaya, untuk percutian pendek memang sesuai sangat. Malah matawang Bhat dia tidak jauh beza dengan RM, jadi kalau korang shopping sakan pun tidak terasa bergegar sangat poket tu. Dan yang paling penting adalah pantai, pantai dan pantainya. Kalau korang nak bandingkan dengan Mauritius tu memanglah tak sama, tapi Shailla boleh gerenti yang korang pastinya tidak akan menyesal, lebih-lebih lagi bila tahu yang ada promo thai airways flight booking yang sedia bawa korang ke Phuket.



Pada yang macam berkira-kira lagi nak naik flight apa ke Phuket ni, Shailla memang recommend naik Thai Airways. Pasal apa? Pasal kalau nak Shailla list satu-satu memang banyak sangat yang menarik dekat Thai Airways. Selain terbang lebih 60 destinasi terpilih, yang paling cun korang boleh terus ke Phuket menaiki Thai Airways. Jadi, korang tak paya bersusah-susah untuk transit bagai. Tambah pula, kualiti perkhidmatan Thai Airways ini sememangnya mabeless. C korang bayangkan, Thai Airways ini menawarkan empat pilihan kerusi, Economy, Premium Economy, Royal Silk dan Royal First Class, so, korang boleh jer pilih ikut kesesuaian bajet.

Dapat tempah seat economy pun dah memadai, sebab apa? Sebab kerusinya yang selesa,ruang legroom pun luas dan ada in-flight entertainment lagi. Sejak Thai Airways tawarkan all-in-fares, termasuk elaun bagasi 30 kg, meals or beverages percuma. Ditawarkan pada harga yang lebih premium, seat kat kelas Royal Silk dan Royal First Class, lebih privasi serta mempuyai kerusi yang boleh di tukar ke katil, walaupun begitu ia hanya terdapat pada penerbangan tertentu sahaja. Complimentary baggage allowance pulak mencecah 50 kg seorang, disamping tu korang boleh request pre-order meal. Meals yang ditawarkan pelbagai, tetapi setiap satunya terdapat sentuhan Thai. Kata naik Thai Airways, kan? Mestilah ada citarasa Thai.


Setelah selesai tempah tiket melalui Traveloka guna keywords flights to phuket booking tu, barulah korang boleh buka cerita ke mana tempat yang nak dilawati ketika pergi ke Phuket. Aktiviti santai menjadi pilihan Shailla ketika berada di sana seperti ke pantai-pantai dan pulau-pulau seperti Nai Harn Beach, Pulau Phi-Phi, Pulau James Bond, Freedom Beach, dan Prompthep Cape Viewpoint. Dalam banyak-banyak pantai kat Phuket, Shailla memang paling suka Freedom Beach, sebab pantai yang memutih, bersih dan jernih airnya. Ia merupakan tempat tumpuan pelancong, tidak hairanlah jika kemudahan yang ada di sini lebih banyak. Terkenal dengan jolokan Pulau James Bond, ia adalah lokasi pengambaran adegan filem James Bond yang juga teletak di Teluk Phang Nga. Korang wajib datang ke sini untuk berselfie. Ada lagi satu tempat yang tidak kurang menariknya ialah kawasan bandar Phuket. Phuket Old town menawarkan suasana bandar dengan senibina Sino-Portugis, butik, restoran dan kafe. Sambil tu boleh jugak menjengah ke Phuket Trickeye Museum 3D. Museum ni juga tarikan yang paling popular lebih-lebih lagi untuk menyerlahkan bakat modelling korang. Dan bagi korang yang sukakan pemandangan, tempat yang paling tepat untuk buat aktiviti tersebut ialah Khao Rang (Bukit Rang), di mana anda boleh melihat hampir keseluruhan Phuket.


Phuket ni jugak memang sangat sesuai dijadikan sebagai lokasi honeymoon, sebab suasananya yang sangat romantik. Jadi buat bakal-bakal pengantin yang masih tidak tahu nak ke mana untuk percutian honeymoon,bolehlah pergi ke Phuket. Sebab ianya murah, memukau dan romatik. Bukan takat ke Phuket, korang patut check out apilikasi Traveloka untuk banyak tawaran yang hebat.

Sekian Terima Kasih 

No comments:

Post a Comment

Logo KBBA

REVIEW : SUKA SUSU KAMBING COKELAT

Susu sememangnya bagus untuk kesihatan tubuh badan secara keseluruhan. Ia mengandungi sumber kalsium dan fosforus yang baik. Susu juga membe...