October 28, 2019

Swiss-Garden Hotel & Residences Genting Highlands

Assallammualaikum 💕

Beberapa minggu yang lepas, Shailla telah bercuti bersama keluarga di Swiss-Garden & Residences Genting Highlands. Percutian kami sekeluarga telah di taja oleh Kelab Blogger Ben Ashaari. Terima kasih founder kelab iaitu Ben Ashaari kerana menaja percutian kami.


Ini adalah bilik kami ketika bercuti di sini. Bilik dia memang luas dan selesa. Anak-anak Shailla pun berlari sakan di dalam bilik ini. Genting memang dah sejuk di tambah pula dengan aircond yang kuat memang sejuk.

Sewaktu pergi sini, Shailla tidak sihat sangat jadi tidak banyak gambar yang Shailla ambil kerana kami sekeluarga banyak menghabiskan masa berehat di dalam bilik.



Keesokan harinya baru Shailla bawa anak-anak mandi kolam. Memang seronok mereka dapat mandi. Hampir dua jam juga diorang beredam di dalam kolam. Sampai kecut la jari tangan. Tambah pula ketika itu tiada orang sangat, memang puaslah budak - budak ni mandi.


Kalau korang tengok pemandangan dari kolam ketika waktu pagi memang cantik. Tenang sahaja ketika berada di sini. Kemudian pukul 12 kami pun check out dan terus pulang. Sebenarnya banyak tempat yang Shailla tidak sempat explore. Disebabkan masaalah kesihatan. Insyaallah ada rezeki Shailla hendak pergi lagi ke sini.

Sekian Terima Kasih.
Logo KBBA

REVIEW : SUKA SUSU KAMBING COKELAT

Susu sememangnya bagus untuk kesihatan tubuh badan secara keseluruhan. Ia mengandungi sumber kalsium dan fosforus yang baik. Susu juga membe...