Assallammualaikum ❤️
Hai... Macam dah lama tidak menulis blog. Hari ini saja nak kongsi dengan korang berita yang menyedihkan buat Shailla sekeluarga dimana anak sulung Shailla mengidap Katarak pada mata belah kanan.
Sebelum ini Shailla hanya perasan kalau kena cahaya matahari mesti dia akan kecilkan mata belah kanannya. Shailla anggap benda itu normal, mungkin sebab faktor cuaca yang panas. Sehingga suatu hari, ada pemeriksaan mata dilakukan di Tadika Areez. Hasil ujian yang dilakukan oleh doktor dari Jabatan Oftalmologi Hospital Besar Sungai Buloh mendapati, hasil dari ujian tadi kebanyakkannya abnormal dan Areez gagal ujian saringan mata itu. Pada mulanya Shailla andaikan Areez ada masaalah rabun tetapi hakikatnya tidak.
Dari situ, Shailla diberikan tarikh temujanji untuk membawa Areez ke Jabatan Oftalmologi Hospital Sungai Buloh bagi pemerhatian lebih terperinci lagi. Hasil pemeriksaan mendapati Areez mempunyai katarak pada mata kanannya. Macam tidak percaya sahaja ketika itu. Paling mengejutkan adalah Areez kena menjalani pembedahan untuk membuang katarak pada mata kanannya. Kemudian doktor mengeluarkan surat untuk membawa Areez ke Hospital Wanita & Kanak-kanak Kuala Lumpur.
Minggu seterusnya Shailla membawa Areez berjumpa doktor pakar kanak-kanak di Hospital Wanita & Kanak-kanak Kuala Lumpur. Disini doktor membuat ujian saringan sekali lagi ke atas mata Areez. Ternyata memang katarak bukan rabun. Doktor juga memberikan tarikh untuk menjalani pembedahan katarak pada mata kanan Areez iaitu pada awal bulan 7 ini.
Walaupun Shailla luaran nampak gembira dan ketawa, tetapi dalam hati, hanya Allah sahaja yang tahu betapa susah hati anak kena buat pembedahan. Melalui penerangan doktor, kanta mata Areez akan ditukar dengan kanta lain. Kanta mata yang baru itu, ibu bapa perlu beli sendiri di klinik/farmasi swasta semasa hari pembedahan itu. Areez juga perlu memakai pakai cermin mata untuk sokong mata kanan agar power mata tidak naik tinggi dikemudian hari nanti.
Doakan semoga semua berjalan dengan lancar. Semoga Areez boleh terima perubahan yang berlaku selepas pembedahan itu. Amin
Sekian Terima Kasih
Assalamualaikum..saya ingin mengetahui lebih lanjut pasal katarak anak pun, boleh..? sebab anak saya berumur 5 tahun baru diagnosed ada katarak pada kedua-dua belah mata nya...
ReplyDelete