June 29, 2020

PADAH MELAKUKAN PEMERIKSAAN POWER MATA DI EYE PRO VISION

Assallammualaikum ✌️


Pada ahad yang lalu, Shailla teman suami buat cermin mata di Eye Pro Vision Sungai Wang Plaza. Rancang asal hanya teman sahaja. Entah macamana boleh terjebak beli cermin mata sekali..hihihi

Kisahnya bermula bila Shailla saja minta periksa power sahaja kerana kebelakangan ini kerap pening kepala. Alangkah terkejutnya Shailla mendapati power Shailla naik tinggi. Ingatkan semasa pkp ini bila api sahajamencanak naik, rupanya power Shailla juga turut mencanak naik. Siap dapat ucapan tahniah lagi nasib bukan takziah.. Hahaha


Begitulah ceritanya bagaimana Shailla boleh terbeli cermin mata baru. Pada asalnya hanya mahu tukar cermin sahaja. Tapi dah alang-alang ada disini, buat  jelah cermin mata baru.Mana tidaknya harga pun berpatutan dan mampu milik. Rekaan yang Shailla pilih, semestinya tidak sama dengan rekaan cermin yang lama. Dari rekaan bingkai ala k-pop kita ke arah ayu sikit memandangkan usia pun dan semakin muda..hahaha


Gambar belah kiri adalah cermin mata Shailla yang lama. Manakala yang kanan pula adalah cermin mata baru. Apa macam?nampak ayu tak? ke lebih sesuai cermin mata bingkai yang lama?.  Sebenarnya cermin mata yang lama, Shailla turut tukar cermin ikut power sekarang. Jadi sekarang Shailla ada dua cermin mata. Bila dapat barang  yang baru, jangan dilupa barang yang lama. Tambah kalau dia masih boleh dibaiki.Cewahhh...gitu.. Suami Shailla pun turut buat dua cermin mata juga.. Hihihi 


Banyak rekaan bingkai yang ada disini. Pada mulanya nak ambil yang bingkai clear. Yang Shailla berkenan itu warna merah jambu. Tetapi nanti susah pula nak masuk dengan warna tudung. Jadi Mr.William cadangkan untuk ambil yang ini kerana warnanya yang gelap mudah untuk disesuaikan dengan semua warna. 

Selesai memilih bingkai dan membuat ujian mata, Shailla terus pergi makan terlebih dahulu sementara menunggu ceemin mata siap dalam masa sejam. Apa yang buat Shailla suka buat cermin mata disini adalah hari ini buat hari ini juga siap. Jadilah tidak perlu untuk tunggu lama atau kena datang dua kali untuk mengambil cermin mata yang telah siap. Tambah kalau kita datang dari jauh. 

Pada korang yang bercadang untuk buat cermin mata baru, boleh cuba buat di Eye Pro Vision kerana layanan daripada meraka dijamin terbaik.

Untuk maklumat lanjut:



Alamat:
G111, Ground Floor, Sungei Wang Plaza

Sekian Terima Kasih

June 26, 2020

PRODUK ATASI KULIT KERING TERBAIK | KOOLIT MALAYSIA

Assallammualaikum ✌️

Siapa disini menghadapi masalah kulit tangan kering kita geng.. Hihihi. Tambah sekarang ini asyik pakai handrub memang bertambah keringlah kulit. Banyak juga produk yang Shailla cuba untuk atasi kulit tangan yang kasar ini. Malangnya produk yang Shailla cuba tidak dapat mengekalkan kelembapan yang berpanjangan. Malah kulit terasa kasar kembali. Tiada lagi kelembutan yang Shailla dambakan itu.

Suatu hari, Shailla diperkenalkan dengan satu produk yang bercirikan kehijaun. Memang cantik pembungkusanya. Produk ini juga mengandungi kandungan aktif seperti Extrak Akar Manis anti-radang, 40x antioxidan dan mencerahkan kulit. Produk yang Shailla maksudkan adalah produk dari KoolitTM. Produk ini terdiri daripada Koolit Calming Cream, Koolit Soothing Lotion, dan Koolit Gentle Body Wash.  


Koolit Calming Cream (100ml) | RM48



Shailla paling suka Koolit Calming Cream kerana mudah untuk dibawa ke mana-mana. Koolit Calming Cream ini sangat membantu bagi melembapkan kulit kering terutama bahagian tapak tangan Shailla.

Kalau korang hendak tahu Koolit Calming Cream ini sesuai untuk korang yang mempunyai kulit sensitif kerana ia sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit bayi okay. Koolit Calming Cream ini diperkaya dengan minyak zaitun yang membantu untuk memberi kelembapan pada kulit korang.

Koolit Calming Cream ini juga diperkaya denganVitamin E Semulajadi. Semua tahu bahawa Vitamin E ini sangat bagus untuk kulit. Di mana ia membantu melembapkan kulit dan mengalakkan proses pertumbuhan sel kulit yang baru.

Koolit Calming Cream tanpa wangian ini tidak melekit. Mampu menyerap secara pantas serta melambatkan proses kehilangan air epidermis (TEWL) 20% dalam 24 jam.

Koolit Soothing Lotion (200ml) | RM35



Untuk Koolit Soothing Lotion ini Shailla letak di tempat kerja Shailla. Ini kerana ia dalam bentuk pump, jadi tidak sesuai untuk diletakkan di dalam beg. Koolit Soothing Lotion ini boleh memberi kelembapan segera untuk kulit normal dan kulit kering di mana ia diperkayakan dengan minyak Jojoba. Minyak jojoba juga dipercaya mampu mengatasi kulit pecah-pecah, psoriasis, dan kulit terbakar. Koolit Soothing Lotion ini menyerap dengan lebih  pantas dalam jangka masa 10 saat dan mengandungi Vitamin E Semulajadi yang baik untuk kulit.

Koolit Gentle Body Wash (300ml) | RM45


Apa yang menarik tentang Koolit Gentle Body Wash adalah tidak perlu dibilas iaitu tanpa air, hanya ratakan diatas kulit dan lap dengan tuala lembap.Wangian yang terkandung di dalamnya juga disahkan selamat oleh perbadanan antarabangsa IFRA. Mengandungi Vitamin C & E. Apa yang menarik tentang Koolit Gentle Body Wash ini, boleh digunakan dari hujung rambut hinggalah hujung kaki.

Shailla pakai produk ini sejak 5 March 2020 lagi. Bulan pertama ini Shailla banyak gunakan di rumah terutama pada Hari Raya yang lalu.Selalu selepas guna hand sanitiser pasti Shailla akan gunakan salah satu lotion KoolitTM. Apa yang bagus tentang lotion ini adalah tidak melekit. Shailla memang  tidak suka guna losyen atau krim yang mempunyai tekstur melekit dan berminyak. Terutama bila pegang barang terutamanya telefon, pasti akan rasa melekit dan meninggalkan kesan losyen itu.


Awal bulan June Shailla sudah mula masuk kerja,jadi Shailla bawa ketiga-tiga produk ini ke pejabat. Mengapa Shailla bawa ke pejabat?. Ini kerana Shailla berkerja dalam sektor pendidikan jadi akan kerap berurusan dengan orang luar. Ketiga-tiga produk ini merupakan salah satu senjata Shailla bagi memastikan kebersihan diri terjaga.

Rutin di pejabat yang Shailla sering lakukan adalah membersihkan tangan dengan Koolit Gentle Body Wash. Tambah pula produk ini tidak perlu dibilas, hanya lap  dengan tisu atau tuala lembap sahaja,hurmmm lagilah Shailla suka!. Kemudian Shailla akan menggunakan Koolit Soothing Lotion bagi memastikan tangan Shailla lembap dan tidak kering. Untuk Koolit Calming Cream, biasanya Shailla akan letakkan di dalam beg atau tingggalkan di dalam kereta.

Tip penjagaan kulit secara umum:

*Guna dua kali sehari
*Soothing Lotion/ Calming Cream boleh digunakan selepas pengunaan Gentle Body Wash atau seberapa banyak kali dalam sehari
*Pastikan air diminum dengan secukupnya

Korang boleh lihat perubahan ketara pada kulit korang dalam masa 4 minggu. Produk ini boleh dibeli di Watsons, Shopee, Lazada and local pharmacies dengan harga mampu milik.


Untuk info lanjut, korang boleh layari:

Facebook: 

Instagram:

Watsons: 

Shopee: 

Web: 

Sekian Terima Kasih

June 03, 2020

BURGER SALTED EGG & AYAM GORENG SALTED EGG MENU TERBARU DARI MARRYBROWN

Assallammualaikum ✌️

Hai semua! Apa khabar? Hai... Tiba-tiba tekak macam teringin pula nak makan ayam yang bersalut telur masin. 

Dengar cerita Marrybrown ada memperkenalkan dua menu terbaru gabungan Telur Masin. Wahhhh...apakah menu itu? Jom kita lihat apakah menu itu, dengar cerita rasanya padu.


Menyedari bahawa hidangan Telur Masin sudah menjadi satu trend dikalangan rakyat sejak kebelakangan ini. Marrybrown telah berjaya mengilhamkan cita rasa tempatan dengan gabungan resipi kegemaran rakyat Malaysia yang mereka kini berminat pada sajian yang menggunakan Telur Masin sebenar.

Korang pasti akan rasa teruja untuk menikmati sajian bersama Telur Masin Marrybrown dan merasai sendiri pengalaman rasa sos telur masin yang padu yang penuh kelazatan. Sos diperkayakan dengan sentuhan egg-stra dan menggunakan telur masin sebenar untuk menambahkan rasa lemak berkrim lalu mengekalkan perisa umami pada sos ini pasti akan menggugat selera korang!.

Untuk promosi Telur Masin, para peminat Marrybrown mempunyai dua pilihan yang enak iaitu :


Salted Egg Burger yang dihidangkan dengan kentang jejari. Untuk hidangan ini boleh didapati pada harga dari RM15.00. 


Salted Egg Ayam yang dihidangkan dengan kentang lenyek dan salad. Untuk hidangan ini pula boleh didapati pada harga dari RM15.90 untuk dua ketul ayam manakala RM18.80 untuk tiga ketul ayam. 


Kedua-dua pilihan ini diperkayakan dengan sos Telur Masin Marrybrown dengan gabungan rempah ratus yang istimewa bersama daun kari yang beraroma, sesuai dengan cita rasa tempatan. Selain itu, kedua-dua hidangan kombo juga dihidangkan dengan minuman Heaven and Earth Ice Lemon Tea yang cukup menyegarkan.


Tanpa berlengah masa, Shailla terus pergi mencuba kedua-dua menu ini. Memang tidak dinafikan rasa sos diperkayakan dengan sentuhan egg-stra ini memang padu!. Sos yang pekat digabung pula dengan rempah ratus dan daun kari beraroma memang terangkat selera Shaila. Korang juga patut rasa kedua-dua menu dari Marrybrown ini. 

Untuk maklumat lanjut mengenai Marrybrown, promosi dan perkhidmatan penghantaran makanan sila layari :

Instagram: Marrybrownmy
Youtube: MarrybrownTV

Terima Kasih




Logo KBBA

REVIEW : SUKA SUSU KAMBING COKELAT

Susu sememangnya bagus untuk kesihatan tubuh badan secara keseluruhan. Ia mengandungi sumber kalsium dan fosforus yang baik. Susu juga membe...