June 29, 2020

PADAH MELAKUKAN PEMERIKSAAN POWER MATA DI EYE PRO VISION

Assallammualaikum ✌️


Pada ahad yang lalu, Shailla teman suami buat cermin mata di Eye Pro Vision Sungai Wang Plaza. Rancang asal hanya teman sahaja. Entah macamana boleh terjebak beli cermin mata sekali..hihihi

Kisahnya bermula bila Shailla saja minta periksa power sahaja kerana kebelakangan ini kerap pening kepala. Alangkah terkejutnya Shailla mendapati power Shailla naik tinggi. Ingatkan semasa pkp ini bila api sahajamencanak naik, rupanya power Shailla juga turut mencanak naik. Siap dapat ucapan tahniah lagi nasib bukan takziah.. Hahaha


Begitulah ceritanya bagaimana Shailla boleh terbeli cermin mata baru. Pada asalnya hanya mahu tukar cermin sahaja. Tapi dah alang-alang ada disini, buat  jelah cermin mata baru.Mana tidaknya harga pun berpatutan dan mampu milik. Rekaan yang Shailla pilih, semestinya tidak sama dengan rekaan cermin yang lama. Dari rekaan bingkai ala k-pop kita ke arah ayu sikit memandangkan usia pun dan semakin muda..hahaha


Gambar belah kiri adalah cermin mata Shailla yang lama. Manakala yang kanan pula adalah cermin mata baru. Apa macam?nampak ayu tak? ke lebih sesuai cermin mata bingkai yang lama?.  Sebenarnya cermin mata yang lama, Shailla turut tukar cermin ikut power sekarang. Jadi sekarang Shailla ada dua cermin mata. Bila dapat barang  yang baru, jangan dilupa barang yang lama. Tambah kalau dia masih boleh dibaiki.Cewahhh...gitu.. Suami Shailla pun turut buat dua cermin mata juga.. Hihihi 


Banyak rekaan bingkai yang ada disini. Pada mulanya nak ambil yang bingkai clear. Yang Shailla berkenan itu warna merah jambu. Tetapi nanti susah pula nak masuk dengan warna tudung. Jadi Mr.William cadangkan untuk ambil yang ini kerana warnanya yang gelap mudah untuk disesuaikan dengan semua warna. 

Selesai memilih bingkai dan membuat ujian mata, Shailla terus pergi makan terlebih dahulu sementara menunggu ceemin mata siap dalam masa sejam. Apa yang buat Shailla suka buat cermin mata disini adalah hari ini buat hari ini juga siap. Jadilah tidak perlu untuk tunggu lama atau kena datang dua kali untuk mengambil cermin mata yang telah siap. Tambah kalau kita datang dari jauh. 

Pada korang yang bercadang untuk buat cermin mata baru, boleh cuba buat di Eye Pro Vision kerana layanan daripada meraka dijamin terbaik.

Untuk maklumat lanjut:



Alamat:
G111, Ground Floor, Sungei Wang Plaza

Sekian Terima Kasih

No comments:

Post a Comment

Logo KBBA

REVIEW : SUKA SUSU KAMBING COKELAT

Susu sememangnya bagus untuk kesihatan tubuh badan secara keseluruhan. Ia mengandungi sumber kalsium dan fosforus yang baik. Susu juga membe...