August 03, 2020

KAFE KLEPTOKRAT | TEMPAT MAKAN SEDAP DI KUALA LUMPUR

Assallammualaikum

Minggu lalu Shailla pergi pergi makan di kafe terletak di Kuala Lumpur. Kafe ini memang menarik dan unik terutama untuk korang  yang suka bergambar ala-ala instagramable.

Macam Sha memang suka kafe ala-ala unik dan klasik ini. Memang waktu sampai memang teruja rasa hati untuk ambil gambar sebab memang dah jangka gambar akan cantik tambah pula cahaya pun cantik memang padu hasil gambar korang.

Kafe yang Shailla maksudkan adalah Kafe Kleptokrat yang terletak di Jalan Tun H S Lee Kuala Lumpur.

Di bawah Shailla kongsikan beberapa gambar yang Shailla sempat ambil ketika berada di sana.


Gambar ini diambil ketika berada di luar kafe Kleptokrat. Abaikan pemandangan mat pokok belakang itu. Dia memang suka buat aksi diluar jangkaan. Hahaha


Tepi kafe ini pun cantik untuk korang ambil gambar. Dengan latar belakang dinding ala-ala bangunan lama dan mentol membuat korang jadi menarik.

Kafe Kleptokrat ini ada dua pintu iaitu pintu utama dan pintu belakang. Kalau korang nak nak ambil gambar berlatarkan mural boleh lalu pintu belakang. Selain mural terdapat beberapa lokasi cantik yang korang akan jumpa untuk mengambil gambar antara adalah seperti dibawah.





Di atas adalah bebrapa gambar mural yang berada di tepi lorong ke pintu belakang Kafe Kleptokrat.


Ini pula gambar di tangga untuk masuk ke pintu belakang Kafe Kleptokrat. Cahaya di sini memang cantik jadi korang akan dapat gambar yang lebih terang dan jelas.


Perasan tak almari belakang Shailla itu? Haaa.. Jangan terkejut kalau Sha cakap itu merupakan pintu masuk ke Kafe Kleptokrat.




Sebelum masuk ke dalam Kafe Kleptokrat korang akan nampak ruang makan. If korang tak nak duduk di dalam korang boleh duduk diluar kafe. Di situ juga terdapat ruang santai yang menempatkan kerusi dan juga televisyen. 


Pintu masuk dan ruang di dalam kafe Kleptokrat. Kafe Kleptokrat ini sangat sesuai untuk korang kunjungi bersama keluarga dan kawan-kawan. Nampak kecil tetapi sebenar terdapat banyak ruang untuk korang duduk. Kafe Kleptokrat ini tempat dia agak privasi sangat sesuai untuk buat majlis yang tertutup. Kalau yang datang dari jauh, jangan risau kerana disini juga menyediakan penginapan iaitu Mingle Hostel yang turut mempunyai kolam renang.

Bab makanan pula, Sha order 3 menu iaitu Rice bowl Chicken Teriyaki, Grilled Chicken dan Chicken et Funghi. Kesemua makanan dia memang sedap terutama Rice bowl Chicken Teriyaki dan Pizza Chicken et Funghi. Kalau korang hendak tahu, roti pizza dan roti sandwich di kafe ini menggunakan bahan penaik (sourdough) buatan mereka sendiri. Sebab itulah rasa rotinya gebu dan lembut sahaja. 

Pizza Chicken et Funghi

Rice bowl Chicken Teriyaki

Grilled Chicken

Dancing on the floor 

Dessert


Di ruang tingkat atas Kafe Kleptokrat ini ada satu lagi ruang santai yang menempatkan meja makan dan juga meja snooker. 


Budak-budak tidak dibenarkan untuk naik ke atas tanpa pengawasan ibu bapa. Ini kerana keadaan tangga yang curam dan terdapat ruang terbuka bahaya untuk kanak-kanak naik sendirian.


Sambil korang makan, korang boleh berhibur bersama keluarga dan kawan-kawan sambil bermain snooker.

Sekarang, Kafe Kleptokrat sedang mengadakan promosi di mana korang akan dapat potongan 20% kalau makan di situ. Korang juga akan mendapat potong 10% lagi kalau korang ambil gambar di kafe Kleptokrat dan muat naik didalam sosial media korang. Pastikan gambar itu tidak privasi bagi memudahkan pihak kafe untuk melihatnya atau berkongsi gambar korang itu. Korang akan dapat 30% potongan kesemuanya. Berbaloi bukan,rugi kalau tidak ambil peluang ini. Promosi berlangsung sehingga 15 Ogos 2020 sahaja.

Kafe Kleptokrat juga ada buka servis untuk penghantaran makanan. Penghantaran percuma hanya untuk sekitar Kuala Lumpur, Central business district, Bangsar, Sentul, Pudu, Brickfields, Seputeh, Titiwangsa, Ampang Hilir, Damansara Heights dan Bukit Tunku.

Untuk maklumat lanjut tentang Kafe Kleptokrat ini :

Alamat : 
Kafe Kleptokrat, 18 Jalan Tun H S Lee, City Centre, 50100 Kuala Lumpur.


IG : 

WhatsApp:
+6019 222 0262

Waktu Operasi : 
Isnin hingga Sabtu (10 pagi - 4 petang)

Sekian Terima Kasih

2 comments:

  1. Other than that, handle your bets properly, understand the payable and hope that today is your fortunate lay - in any case, slots are fully random. Also, you need to positive you|ensure you|be certain to} play at a on line casino that has a huge number of jackpot slots. The finest trick to get higher odds to beat slots is to pick games with a theoretical Return to Player above 96%. You find a listing of the 12 finest slot machines to play right on this 바카라사이트 desk. While these games are great to play, branded slots are also the 'bait' plenty of on-line casinos use to attract newbies who don't know means to|tips on how to} pick a good slot machine. The volatility of a slot machine sport measures the danger concerned in enjoying in} a particular slot for actual money.

    ReplyDelete

Logo KBBA

REVIEW : SUKA SUSU KAMBING COKELAT

Susu sememangnya bagus untuk kesihatan tubuh badan secara keseluruhan. Ia mengandungi sumber kalsium dan fosforus yang baik. Susu juga membe...