September 11, 2020

Aromatic Virgin Coconut Oil (AVCO) Sebagai Penanggal Make Up

Assallammualaikum

Kali ini Sha ingin kongsikan Produk Minyak Kelapa Dara tapi boleh digunakan sebagai penanggal make up. Korang rasa boleh ke kita gunakan produk ini sebagai menanggalkan make up?

Sha akan tunjukkan Manfaat dan Cara Sha membersihkan make up menggunakan produk ini.

Aromatic Virgin Coconut Oil (AVCO)



AVCO adalah nama singkatan untuk Aromatic Virgin Coconut Oil. AVCO ini di kilang D'Aura Malaysia yang terletak di Shah Alam. D’Aura AVCO menggunakan 99% minyak kelapa dara asli berkualiti tinggi dan 1% haruman 100% semulajadi dari tumbuhan tanpa bahan kimia.

Kaya dengan kandungan vitamin E untuk dijadikan rutin penjagaan yang amat sesuai untuk kulit dan rambut. D’Aura AVCO sangat sesuai untuk kegunaan harian seperti penanggal make up, minyak muka, minyak badan pelembap bibir dan merawat rambut.

10 Kegunaan Minyak Kelapa Dara Untuk Kecantikkan



1. Melembap dan melembutkan kulit muka

2. Agen anti-penuaan untuk memperbaiki tekstur kulit

3. Mengurangkan pori tersumbat, kulit kendur, dan kedutan.

4. Make-up remover semulajadi tanpa sebarang bahan kimia.

5. Melembapkan bibir yang kering.

6. Boleh digunakan sebagai losyen tangan.

7. Melembapkan tumit kaki yang merekah

8. Membantu menjaga kesihatan rambut agar tetap subur, sihat dan mudah diurus.

9. Membantu mengurangkan stress dengan mengeluarkan bau yang nyaman.

10. Membantu merawat dan memulihkan strechmark

Tips Penyimpanan D'Aura AVCO

AVCO ini boleh membeku jika disimpan dibawah suhu 23°C. Jika ini berlaku, jangan risau kerana ia boleh ke bentuk yang asal jika dibiarkan di dalam suhu bilik atau direndam botol AVCO di dalam air suam.

Cara Penggunaan D'Aura AVCO



Pelembab kulit muka, badan, bibir dan rambut

Sapukan pada permukaan kulit muka, bibir atau rambut. Setelah itu, biarkan ia meresap hingga kering dengan sendirinya (haruman akan terbangkit naik selepas 10 saat).

Penanggal solekan /make-up remover

Untuk menggunakan D’Aura AVCO sebagai penanggal solekan (make-up remover), hanya pam D’Aura AVCO pada kapas muka, dan lapkan pada kawasan solekan. Boleh dibiarkan tanpa bilas atau cuci muka dengan pembersih muka seperti biasa.
Aromatic Virgin Coconut Oil (AVCO) Sebagai Penanggal Make Up?


Adakah AVCO ini boleh menanggalkan make up? Jawapannya betul! Kerana Sha sendiri telah mencuba dan menggunakan D’Aura AVCO ini sebagai penanggal meke up. Memandangkan make up remover Sha sudah habis, jadi Sha mencuba D’Aura AVCO sebagai penanggal make up. D’Aura AVCO merupakan produk kegemaran Sha untuk menanggalkan make up sekarang.

Korang tidak terasa seperti kulit korang ditarik kasar ketika menggunakan D’Aura AVCO ini terutama pada bahagian mata seperti yang semua tahu lapisan bawah mata sangat nipis jadi tidak boleh di sapu secara kasar dan kuat. Memandangkan tekstur D’Aura AVCO yang berminyak dan cepat meresap ke dalam kulit jadi sangat mudah untuk korang bersihkan make up. Apa yang Sha suka adalah sambil kita menanggalkan make up, secara tidak langsung juga melembabkan kulit serta bibir.

Selain itu juga, Sha suka pada bau D’Aura AVCO ini. Produk ini mempunyai 2 jenis haruman yang memukaukan iaitu Morning Fresh dan Floral Fresh. Sha punya haruman morning fresh. Pada mula pemakaian memang pure bau minyak kelapa. Tetapi selepas beberapa saat bau minyak kelapa itu bertukar menjadi haruman yang wangi dan menyegarkan.


D’Aura AVCO ini juga tidak menggunakan pembalut kaca, jadi senang untuk bawa ke mana-mana terutama untuk pergi bercuti memang wajib bawa kerana bukan hanya sebagai penanggal make up tetapi juga boleh digunakan untuk pelbagai kegunaan lain hanya dengan satu produk sahaja.

D’Aura AVCO sesuai digunakan oleh seisi keluarga untuk merawat serta mencantikkan kulit muka dan badan serta penjagaan rambut.

Untuk info lanjut dan pembelian, boleh layari:

Website : www.daura.com.my


Terima Kasih

September 09, 2020

Peluang Memiliki Emas 916 Di PGMall Dengan Harga Terus Dari kilang

Assallammualaikum


Bila bercakap tentang PGMall, pasti semua sudah tahu tentang kewujudan platform ini. PGMall terkenal dengan online shopping yang menawarkan produk-produk dengan harga yang berpatutan. Selain itu juga produk-produk terdapat di dalam inj juga pelbagai pilihan yang membuatkan Shailla rambang mata untuk pilih yang mana. 

PG Mall adalah sebuah platform e-commerce tempatan no.1 di Malaysia kini menawarkan pelbagai promosi hebat yang tidak boleh korang lepaskan. PG Mall merupakan salah satu dari TOP 3 laman web marketplace yang paling banyak dikunjungi di Malaysia. PGMall tersenarai di tempat 3 teratas di dalam laporan lprice Insignt.

Dengan PG Mall, segala urusan pembayaran dan pembelian menjadi mudah kerana mereka satu-satunya platform yang mempunyai semua kaedah pembayaran atas talian melalui E-wallet yang terdiri daripada Maybank QRPay, TouchnGo e-wallet, Boost, GrabPay, Alipay dan lain-lain.

Tak perlu keluar ke sana dan ke sini untuk membeli barang. Korang hanya perlu sebiji telefon dan nikmati pembelian atas talian di PG Mall.

916 Gold Culture Day (15th-17th September 2020



Lebih istimewa lagi bila emas juga turut ada dijual di PG Mall ini. Emas yang terdapat di laman PGMall seperti cincin, subang, rantai dan banyak lagi yang disukai oleh wanita terutamanya.

Persatuan Emas Malaysia (MGA) memulakan 9.16 sebagai Hari Budaya Emas yang akan jatuh pada 16 September setiap tahun.

Objektif Hari Kebudayaan Emas 9.16 adalah memberi kesedaran tentang hiasan emas adalah ikatan dalam budayan Malaysia, merangsang ekonomi emas tempatan dan membantu perdagangan dua hala Malaysia

Harganya ialah RM24X/g, harga terendah di bandar.

PGMall telah mengadakan hari istimewa untuk perhiasan emas 916 dengan harga kilang secara langsung dan penghantaran percuma.

"916" adalah angka yang bermakna bagi industri Emas, 916 mewakili 22 karat emas, yang merupakan sejarah yang paling popular digunakan untuk perhiasan emas di negara-negara seperti Malaysia dan Singapura.

Mana-mana peruncit / pemborong boleh menyertai pesta ini dan menjual dengan harga kilang langsung.


"Sebarkan rasa sayang dengan menebus kupon ini"

Link : https://pgmall.my/Jewellery-1

Touch n' Go ( 1st September - 30th September 2020) 


Apa yang Shailla suka tentang PG Mall ini ialah korang boleh menggunakan e-wallet untuk pembayaran. Apa yang menarik untuk pembeli baru (new shopper) di PGMall, korang berpeluang untuk dapat  sebanyak RM3 dengan pembelian minimun RM15 di PGMall.

Link : https://pgmall.my/tngnewshopper

Boost (5th September - 4th October 2020) 


Manakala untuk pembeli biasa PG Mall (existing customer) mendaftar di PGMall, korang akan dapat cashback sebanyak RM3 dengan setiap pembelian Rm15 ke atas.

Health & Beauty Essential week ( 15th September - 30th September 2020)

Berita baik untuk yang shopping produk kesihatan dan juga kecantikkan dari hujung rambut hingga hujung kaki seperti produk wangian, make up,rambut, muka, badan, mata, dan lain-lain lagi di PG Mall.


Bagi yang membuat belian bernilai RM100, korang dapat diskaun RM25 serta penghantaran percuma terhad pada rm4 dengan Kod penggunaan: LOVEPGHB25.


Manakala yang membuat belian bernilai RM150, korang dapat diskaun RM30 serta penghantaran percuma terhad pada rm4 dengan Kod Guna: LOVEPGHB30.


Apa lagi, takkan tengok sahaja, jom shopping sekarang di PG Mall!

PGMall



#PGMall #onlineshopping #shopping #MalaysiaNo1ecommerceplatform #ecommerceplatform #Shopnow #Shoponline #ByMalaysiansToMalaysians #Touchngo #boost #health&beautyessentialsweek #916sale #Goldculturalday #MGA #MalaysiaGoldAssociation 

Terima Kasih

September 07, 2020

CARA UNTUK TAMBAHKAN SUSU BADAN BAGI IBU MENYUSU

Assallammualaikum


Hampir semua ibu di dunia ini pasti impikan untuk menyusu anak masing-masingkan. Untuk ibu yang menghadapi masalah susu merudum dan bengkak susu, korang tidak perlu runsing lagi kerana sekarang di pasaran terutamanya  di pasaran online, terdapat pelbgai jenis produk milkbooster.

Salah satu produk untuk ibu-ibu yang nursing bayi tanpa perlu makan atau minum adalah produk dari Pump It Melkful Breast Oil.


Pump It Melkful Breast Oil ini dirumuskan oleh Certified Lactation Kaunselor yang juga membantu ibu-ibu untuk melancarkan proses menyusu bayi bagi memastikan ibu dapat memberikan nutrisi terbaik untuk bayi mereka. Melkful Breast Oil ini 100% minyak berasakan tumbuhan semulajadi, herba dan bunga yang digunakan secara tradisional. Dengan gabungan sumber semulajadi ini dapat menyokong hormon bagi meningkatkan pengeluran susu menjadi lebih lancar.


Sesetengah ibu yang breastfeeding bayi, mereka bimbang jika makan produk milkbooster ini, bahan-bahan terkandung dalam makanan atau minuman akan memberi kesan kepada bayi mereka. Contoh bayi akan kembung perut dan sebagainya. Jadi, apa yang menarik tentang Pump It Melkful Breast Oil ini adalah digunakan secara luaran.

Bahan-bahan yang terdapat di dalam minyak ini akan bertindak balas selepas sapuan dengan meresap ke dalam aliran darah untuk merangsang hormon pengeluran susu bagi membolehkan penyerapan berlaku dengan lebih cepat.Caranya korang hanya perlu sapukan pada bahagian atas payudara 2 kali sehari selepas nursing atau pam susu.

Pump It Melkful Breast Oil tidak perlu dipakai secara berterusan. Korang hanya pakai bila perlu sahaja. Selain itu minyak ini selamat digunakan oleh ibu dan bayi memandangkan bahan-bahan yang digunakan dalam produk ini adalah dari tumbuhan semulajadi. Paling penting minyak ini tanpa synthetic, paraben, sulfates & artificial fragrance.


Apa yang Shailla suka tentang produk Pump It Melkful Breast Oil ini selain tambah susu adalah botolnya yang comel serta mudah untuk di bawa ke mana-mana. Memandangkan botol yang kecil dan minyak tidak mudah tumpah, jadi senang untuk korang selit di dalam beg.

Memandangkan bahan utamanya adalah dari tumbuhan semulajadi, herba dan bunga, jadi tidak dinafikan bau dia ada sedikit bau tumbuh-tumbahan serta bunga yang menyenangkan dan tidak kuat.

Nak tahu lebih lanjut boleh pergi ke Website : www.pumpit.com.my

Sekian Terima Kasih
Logo KBBA

REVIEW : SUKA SUSU KAMBING COKELAT

Susu sememangnya bagus untuk kesihatan tubuh badan secara keseluruhan. Ia mengandungi sumber kalsium dan fosforus yang baik. Susu juga membe...