Assallammualaikum
Sumber : Google |
Sumber : Google |
Shailla memang jenis kulit muka mudah gelap dan kering. Kalau berjemur terlalu lama dibawah cahaya matahari sekejap sahaja muka akan berbelang. Cara yang Shailla buat untuk mengatasi masaalah kulit mudah terbakar dan kekeringan adalah :
1. Basuh wajah dengan air biasa. Hindari penggunaan air panas kerana dapat membuat kulit semakin kering.
2. Gunakan pembersih wajah yang lembut dan tanpa tambahan pengharum, tujuannya adalah agar kulit kita terhindar dari iritasi kulit yang dapat menyebabkan kulit semakin kering.
3. Segera memakai pelembap setelah mencuci wajah.
Aqua Whitening Cream dari Hansaegee Nature
Untuk pelembap, Shailla menggunakan pelembap dari Aqua Whitening Cream dari Hansaegee Nature. Shailla sangat berhati-hati dalam pemilihan produk kerana Shailla jenis kulit kombinasi dimana jenis kulit kering, sensitif dan mudah naik jerawat. Sebab itu Shailla memilih pelembap dari Aqua Whitening Cream dari Hansaegee Nature kerana Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature ini mengandungi Camellia Japonica Seed Oil yang memberikan kelebihan yang bagus pada kulit wajah. Antaranya seperti tidak menyumbatkan liang roma, tidak menggalakkan jerawat untuk tumbuh beranak-pinak, merawat kulit kering serta kulit yang mengalami radang kemerahan dan mengekal kelembapan kulit ketika cuaca tengah panas.
Selain itu,Niacinamide yang terkandung di dalam Aqua Whitening Cream dapat memberikan warna kulit wajah lebih sekata dan lebih cerah. Kalau korang nak tahu, Sha sangat obsess dengan produk penjagaan muka yang mengandungi Niacinamide.
Testimoni
Paling penting kesan “Water drop” yang terdapat didalam Aqua Whitening Cream dari Hansaegee Nature ini memberikan kelembapan pada kulit dan tidak melekit. Aqua Whitening Cream ini juga berbau wangi seperti Aqua yang memberi Shailla rasa tenang setiap kali menggunakannya.
Apa yang Shailla suka tentang Aqua Whitening Cream ini adalah telah membaiki kulit rosak dan kemerahan terutama jika terkena panahan cahya matahari. Kalau Shailla pergi bercuti, pelembap ini merupakan penyelamat yang wajib dibawa bersama untuk merawat kesan sunburn, atau muka merah-merah disebabkan kesan panas matahari.
Selepas memakaikan pelembap ini,kulit muka Shailla terasa lembut dan lembap sahaja.Shailla juga suka letak ditapak tangan kerana tapak tangan Sha memang kering dan kasar. Selepaskan memakainya,terasa lembut sahaja dan lempap sahaja tangan Sha.
Selain itu, apa yang Shailla perasan setelah menggunakan Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream adalah garis halus berkurangan dan wajah menjadi kelihatan lebih lembap dan anjal. Kalau korang lihat gambar Shailla dibawah, tidak mengenakan apa-apa make up pun. Shailla hanya menggunakan Aqua Whitening Cream sahaja. Nampak segar bukan.
Fiza pun suka pakai ni. Licin je kulit kan.
ReplyDeleteramai guna produk ni nampak bagus...
ReplyDeleteKawan-kawan saya juga syorkan jenama ni kepada saya..
ReplyDelete