Assallammualaikum ❤️
Sudah lama rasanya tidak pergi
bercuti. Maklumlah kita masih lagi dalam situasi melawan covid 19. Rindunya
rasa hati ingin kembali ke saat kita buat persediaan untuk pergi bercuti sambil
menikmati suasana perjalanan untuk ke destinasi yang dituju.
Bila sebut tentang percutian ini, Teringin pula
nak staycation dekat
Melaka. Mengapa pilih Melaka? Kerana Melaka juga kaya dengan kesan peninggalan
sejarah dan merupakan destinasi popular pelancong tempatan dan antarabangsa.
Melaka juga merupakan destinasi pilihan utama warga Ibu Kota yang mencari tempat
percutian singkat untuk melarikan diri daripada kesibukan bandar buat seketika.
Shailla rancang ingin pergi beberapa tempat kegemaran yang
selalu pergi bersama keluarga bila habis PKP nanti. Antara tempat yang Shailla hendak
pergi adalah :
The Pines
Untuk percutian kali
ini,Shailla rancang nak cari hotel yang ada kolam mandi. Dalam banyak-banyak cari, Shailla tertarik untuk cuba menginap
disini. lagi-lagi tengok pula harga macam menarik dekat The Pines Melaka ini.
Mesti bertambah seronok staycation bersama keluarga. Walaupun sekarang masih
PKP, boleh je cari hotel pilihan dahulu, nanti dah habis PKP kita terus
pandu laju-laju kita lari dari realiti.
Homestay Inap Desa Warisan Duyong
Kalau korang nak tahu, sinilah tempat kelahiran arwah
nenek shailla. Apa yang menarik disini adalah terdapat Homestay Inap Desa
Warisan Duyong Kitaorang selalu datang ke sini kalau ada undangan seperti
Majlis Perkahwinan dan beberapa Majlis yang dianjurkan oleh Persatuan Sejarah
dan Warisan Melayu Duyong (Pesawad)
Selain itu, disini juga terdapat sebuah Galeri Warisan yang mempamerkan pelbagai artifak dan barang tinggalan sejarah yang lalu. Paling seronok disini terdapat persalinan pakai orang zaman dahulu yang boleh korang cuba. Memandangkan sekarang musim covid 19,tidak pasti boleh pakai atau tidak.
Perigi Hang Tuah
Kalau singgah di Kampung Duyong, Shailla bersama keluarga pasti akan singgah disini. Disini terdapat sebuah perigi yang diberi nama perigi Hang Tuah. Shailla kalau sampai sini memang akan ambil air perigi sapu pada tangan dan muka. Air memang terasa sejuk sahaja.Terasa muka segar seketika. Di tepi dan depan Perigi Hang Tuah ini terdapat gerai jualan. Shailla dan keluarga suka memborong barang-barang di bahagian depan Perigi Hang Tuah seperti gula melaka. Barang-barang kraftangan dia juga kalau ada berkenan, Shailla akan bawa balik.
Magic Art 3D Museum
Magic Art 3D Museum ini Shailla belum pergi lagi.
Selalu tengok kawan-kawan sahaja post di social media. Teringin juga untuk
pergi lihat sendiri muzium 3D ini rupa-rupanya adalah yang kedua terbesar
di Malaysia selepas muzium 3D di Langkawi. Dengar cerita Magic Art
3D Museum ini yang mempunyai 8 tema 3D berbeza seperti tema di kuil purba,
bandaraya Melaka, lautan, hutan dan beberapa tema lagi. Setiap tema ini lengkap
dengan iringin muzik yang bersesuaian untuk menaikkan lagi ‘mood’ atau
membuatkan anda lebih tenggelam dalam dunia 3D ini. Teringin juga rasa hati
ingin mencuba pengalaman ketika berada disini.
Asam Pedas Melaka
Kalau sampai Melaka tidak makan asam pedas,rasa macam
tidak lengkap percutian. Selalu Shailla akan pergi cari asam pedas area bandar Melaka
kerana area sini terdapat beberapa kedai yang menjul asam pedas yang sedap. Selepas
itu, Shailla akan pergi Pahlawan Walk Market bersebelahan dengan pusat beli
belah Mahkota Parade, pusat ini juga menyediakan pelbagai cenderahati untuk
dijadikan hadiah atau ole-ole kepada keluarga dan rakan.
Sebelum balik biasanya Shailla akan singgah pantai
Klebang untuk lepak-lepak sambal menikmati air coconut shake. Di Pantai Klebang
ini macam ada seperti gerai menjual pelbagai makanan dan barang-barang. Korang
juga boleh menyewa tempat duduk pelampung untuk santai-santai sambal melihat
anak-anak bermain pasir dan belon air.
Wah, tidak sabarnya rasa hati untuk berkunjung kembali
ke sini. Semoga covid 19 semakin pulih dan pergi buat selamanya. I need vitamin
sea!
Terima Kasih